Wednesday 27 March 2013

Lifeless.. But Not Actually



Assalamualaikum..


Setelah sekian lama aku tahankan hati nak buat entry, akhirnya hari ni aku muncul. School leaver, especially ex-student SPM cakap, diorang lifeless.. Ntah kenapa aku rasa tak lifeless pon. Sekarang dah akhir bulan 3 pon kan. Still rasa macam baru semalam je keluar asrama. Tak puas lagi nak berjauhan dengan buku2 yang menimbun nanti. 

Aku tau, ada yang kerja sambilan, dok uma je tak wat pape, ada yang aktif bersosial, ada yang dok depan FB and Twitter memanjang, ada yang gi outing and hang out ngan kengkawan. Okey lah kan kalau korang ada aktiviti sendiri. Masalahnya, aku yang tak de pape aktiviti ni tak rasa macam lifeless pon. Kenapa pon aku tak taulahkan. Apa je yang aku buat kat uma?

Aku tidur je ke? Tak adalah. Makan aje? Tak pon. Kerja? Lagilah tak kan. Aku kerja kat uma je. Tapi, duduk rumah serious aku cakap memang penat gila. Bosan teramat. Nasib baik ada internet. Kalau tak, aku tak tau apa jadi ngan aku ni. Apa je yang aku buat kat uma? 

Biasalah lepas subuh aku tidur balik. Teruk tak? Teruk seyh. Lepastu, bangun dalam kol 9 pagi. Bangun terus je cari baju kotor nak basuh baju. Siap basuh, sidai semua dalam kol 11. Pastu tolong mak masak pulak. Kelentang kelentung, dah kol 12 tengah hari. Siap semua baru mandi. Lepas mandi makan. Lepas makan, aku on. On sampai petang. Malam pulak panas kan lauk apa semua nak makan, basuh pinggan semua. 

Kol 8 sampai kol 10 malam aku kerja. Jadi guru tuisyen kat uma. Ajo adek aku yang 3 orang ue. Kalau mula lambat, abez lambat la. Pastu, solat isyak apa semua, baru on lagi. Macam tulah aktiviti aku hari2. Naik bosan kot. Memang bosan sangat der. Kadang2 aku tension jugak sebab penat aku nak buat benda yang sama tetiap hari. Kalau hari Ahad petang, aku gosok kan baju adik and mak aku. 

Aku dah lama tak tengok TV. Kalau aku tak minat tengok cerita Korea, dah lama TV tu aku conquer. Sampai gaduh2 nak tengok TV. Dulu lah masa kecik2. Aku tak suka tengok kartun, tapi adik aku tu menyebok nak tengok kartun pulak dah. Apa lagi, cepat2 nyorokkan 'doremote'. Tak taulah mana dapat perkataan ni, padalah remote je. Saja kot nak tambah huruf kat depannya. 

Belajar kereta dah. Belajar masak dah. Belajar jahit baju je belum. Bila? Ntah le eak. Novel yang aku beli tu pon tak terhabis lagi nak baca. Aku malas ler nak baca novel uh. Lambat. Kalau dulu, masa aku form 1, form 2, form 3, novel memang kegilaan. 2 hari dah boleh abez. Nak kerja? Memang nak. Macam best je. Tapi tak nak le kerja kat KINI. Nanti jumpa semua orang. Tak nak. Nanti aku kena senyum. Kalau jumpa orang2 tua yang aku kenal, nak kena bersalam salaman pulak. 

Disebabkan rumah aku ni pedalaman, jauh sikit dari pekan, jadi aku dok uma jelah. Kat uma ni pon macam dah tak cukup masa je rasa. Dok uma je pon tak best jugak. Sebab diri sendiri tak terurus sebab aku menguruskan orang lain. Kalau kat asrama dulu, aku ada masa nak uruskan diri sendiri. 

Anyone perasan tak ada yang tak kena ngan entry aku? Yang perasan tu, diam2 jela. Kalau tak, buat tak tau jer. Tok sa nak fikir2 sangatla kan. Sebab masalah aku.

So, thanks for reading this entry..


Monday 18 March 2013

Dorm E 3.2



Assalamualaikum..


Hari ni aku nak cerita perkara-perkara yang gembira je. Sebab aku nak lupakan debaran 21 Mac ni. Setelah sekian lama aku tak pergi sekolah, teringat kenangan masa aku duduk asrama dulu. Aku start dok asrama masa form 4. Such a happy dorm geng last year. Rindu nya moment2 tu semua. Walaupon ada suka duka, tapi tak apa. Ingat lagi masa peletakan jawatan 2010/2011, aku macam tak heran sangat pasal jawatan kat asrama tu. Tapi, ntah siapa yang recommend kan aku, aku terpilih jadi mamadorm untuk sesi 2011/2012. Maksud mamadorm kat situ ketua dorm lah. Lagipon, aku kan budak baru kat situ.

Masa nak naik tahun 2012 tu, aku balik 2 hari awal sikit daripada budak2 yang lain, sebab kena uruskan dorm. Bukan aku sorang, AJK tertinggi and all mamadorm. Senang je jadi mamadorm ni. Sebelum dapat tau aku dapat dorm mana tu, aku macam dah redha je. Aku harap dapatlah Blok E sebab masa tu Blok B pon dibuka. Aku tak nak dok blok tu. Akhirnya aku dapat dorm E 3.2. Mengaku yang aku agak kecewa ngan ahli2 dorm aku masa dapat list tu. Tapi, malas lah nak tukar2 walaupon boleh tukar. Aku terima walaupon berat hati ni rasa.

Apa kelebihan jadi mamadorm? Macam tak ada je. Femous? Tak rasa pon diri ni famous. Tapi disebabkan asrama tu tak de lah besar sangat, tapi okey lah. Not bad sebab asrama dia baru. Jadi aku rasa selesa sangat kat situ. Dorm E 3.2 tu terletak kat tingkat 3. Kat tingkat 3 tu cuma ada 3 dorm jer. Aku dapat dorm tengah. No.2. Mula macam tak suka dok atas tu sebab masa aku form 4 aku dapat Dorm E 2.1. Dorm paling dekat. Aku terima je semua. Pagi tu aku pon jenguklah dorm tu. Aku kan ketua dorm. So, aku boleh pilih katil mana yang aku suka. 

Aku pilih kedudukan katil sama macam tahun lepas. Selasa ngan kedudukan tu. Penat aku keliling dorm tu, tapi tempat yang sama jugak aku pilih. Huhu. Aku pon suka hati je tentukan katil mana yang diorang kena duduk. Pagi tu aku mop dorm aku, lap tingkap and cek apa yang kurang. Pastu aku kemas barang2 aku. Banyak gila barang. Padat loker aku. Tengok pada senarai ahli, ada 9 orang semuanya ahli. Tak campur form 1 lagi ni. Esoknya baru dak form 1 datang. Jadi sebagai mamadorm, aku bizi sikit awal2 tahun tu. Dengan minggu orientasi lagi. Tak cukup masa. Tapi aku nikan punctual orangnya. So, aku boleh manage time table aku.

Ahli2 dalam dorm aku semua sekali ada 13 orang. Antaranya aku ( 249 ), Akak Fiza ( 325 ), Ana ( 071 ), Aini ( 113 ), Kak Isfa ( 335 ), Syera ( 165 ), Auni ( 205 ), Atira ( 175 ), Afiqah ( 245 ), Wana ( 252 ), Atika ( 298 ), Izzah ( 272 ), dan Azizah ( 280 ). Ni ahli2 yang bertahan sampai akhir tahun. Ada jugak yang masuk keluar, ada yang pindah. Kumbar and Kak Bila. Tapi, dalam happy2 tu, adalah jugak gaduh2 apa semua, salah faham berlaku. Lumrah kot dok asrama ni. Akak masuk masa bulan 2 tu. Saing ngan Kak Bila. Tapi Kak Bila keluar asrama naik cutinya tu. Kumbar ( real name dia Qamarina ) pulak keluar asrama gi STMI bulan 4. Kak Isfa, dia masuk pertengahan tahun sebab dia masuk lower 6 kat situ.

Nombor2 yang aku letak ni, nombor kitorang kat asrama. Kalau ada hal Cikgu Zaidi, ketua warden kitorang cuma panggil nombor je. Easy kan? 




Yang berdiri dari kiri, Akak ( upper 6 ), Aku ( form 5 ), Syera ( form 3 ), Afiqah ( form 2 ), Atikah ( form 1 ), Kak Isfa ( lower 6 ), Athirah ( form 3 ) yang kat bawah tu Auni ( form 3 ) ....2012...




Itu dia Ana, yang pakai inner warna putih.. Dia yang paling meriah kat dorm.. Sebaya aku..


Tu je gambar yang aku ada.. Nampak tak, even aku form 5, tapi aku lah yang kelihatan paling muda kat situ.. Hakhakhak.. Bangga. Nampak tak matang langsung lol. Aku tak taulah kenapa aku buat posing macam tu. Tak macam budak form 5 pon, sebab aku ni rendah. Masa aku mula2 masuk asrama pon, budak2 ni ingat aku ni form 1. Tak pe. Aku suka. Aku ada banyak gambar, tapi tulah sayangnya, aku buang pulak sebab macam tak de buat benda je gambar tu. Tak jangka yang aku ada blog. Kalau tak, dah lama aku simpan. 

Tapi, geng sekepala kat dorm tu ialah, aku, akak, kak isfa, afiqah, atikah. Memang geng. Kelakar. Lagi2 akak. Kemaen lagi dia. Asyik je buat kelakar. Itu ini, semua dia. Tak padan ngan dia yang paling tua kat dalam dorm tu. Tapi dia lah yang macam budak2 dalam dorm tu. Yang akunya tukang gelak kat dorm tu. Aku kalau gelak, jangan lah cakap. Makin menjadi2. Nasib baik budak dorm dah biasa ngan aku. Masa mula2 aku gelak sakan dulu, diorang macam tak percaya yang aku macam ni. Al maklumlahkan, aku ni sopan + pendiam ya amet. Grrr. Tulah, korang tak kenal aku. Don't judge a book by its cover okey. Yang pendiam tulah yang pembising. 

Udah le dorm paling bising kat aras tu. Abes asyik je buat kelakar. Mana tak nya. Ada Ana lagi. Ana udah le nyaring suara dia. Takut kena panggil je ngan Cikgu Zaidi. Nasib baik tak pernah kena panggil. Huh, lega beb. Duduk asrama mengajar aku banyak perkara. Sama ada baik atau buruk. Mengajar aku erti kesabaran, ketabahan, budaya kat asrama, perangai2 diorang.. Mengajar aku hidup berdikari.. Aku jadi orang yang punctual masa form 4. Masa form 5 dah tak bertahan dah. Sebab, duduk kat dorm aku ni amat lah selesa. Tak macam tahun 2011. Beza sangat aras 2 dan aras 3.

Untung siapa yang dapat dorm ni. Lagi beruntung siapa yang dapat katil aku. Tempat paling strategiklah aku cakap kau. Sebab apa, sebab selesa. Lepas tu, kat aras tu nak iron tok sah nak berebut2, sebab tak ramai mana pon aras tu. Iron banyak gila. Kalau aras 2 dulu, aku kena iron time tak ada orang nak iron. Malam minggu. Takut tau sebab bilik iron kat hujung sekali. Tak macam aras2 lain yang asyik je kena rampas ironnya. Nak guna toilet pon tak berebut2 jugak. Tak crowded. Memang tahun lepas aku selesa gila sebab, makan dah tak jemaah macam dulu2. Kali ni jemaah mengikut dorm masing2. Kiranya makan tak delah kena beratur panjang2 nak amek nasi. Ikut blog pulak tuh. 

Lepastu, form 5 and form 6 ada loker sendiri kat bilik study. So, loker aku yang penuh dengan buku tu tak adalah sepah sangat. Nak kemas beg pon senang. Rasa macam nak ulang semula detik tahun lepas. Tak nak ahli dorm yang lain dah. Nak ahli yang sama. Terlalu banyak moment aku dekat asrama dulu. I'm totally change. Dahlah masa aku form 4 dulu nerd gila. Ntah pape jer. Naik form 5 terus je gila2 kat dalam dorm. kat sekolah jangan cakaplah sebab aku dikelilingi oleh orang2 yang nerd jugak. Ada masa aku elaborate habis2.

Aku buat entry kali ni pon sebab aku nak hilang kan rasa nervous aku menjelang 21 Mac ni. Seram, takut, redha, tawakal, cuak..what else? Haaaah, macam2 lah.. Tokleh nak describe apa yang aku rasa sekarang. Akak dah dapat result dia hari ni. Congrets akak. Perjuangan kita tahun lepas harapnya membuahkan hasil dan memuaskan hati. Tidur lambat malam2. Petang akak tak tidur. Stay up hari minggu. Macam2 kan kak. Jadi, segalanya qadak dan qadar Allah. Apa yang dia bagi kita terima dengan redha. Dupdap Dupdap.. Tenanglah wahai hati. 

Thanks for reading this entry....








Saturday 16 March 2013

Dulu & Sekarang



Assalamualaikum..


Debaran plus cuak menjelang 21 Mac ni. 4 hari lagi. Tak sabar pon ada jugak. Menunggu hasil usaha aku selama 2 tahun. Ayah sekolah. Tapi mak ada kat uma sebab musabaqah kat Bukit Gambir tu tak jadi. Mungkin mak ikut skali kot aku amek result nanti. Difahamkan, result dan slip akan diperoleh pada pukul 10 pagi. Mungkin lambat sikit kot. Hmm.. Tak taulah macam mana aku nanti. Aku harap result aku baik2 je sekiranya target tak tercapai. Semoga aku redha dengan ketentuan-Mu. Aku cuba untuk menjadi positif dalam segala hal. Sebab aku tau yang aku boleh. 

Urmm, macam mana nak mula eak. Dulu, cita2 aku nak jadi akauntan. Maklumlah aku suka gila ngan math. Lepas tu aku nak jadi doktor. Aku nak jadi pegawai bank. Tapi masa kecik2 dulu, first ambition aku ialah arkitek. Tak taulah kenapa. Mungkin rasa macam grand kot. Nak jadi cikgu, pilot lagi. Tu masa aku kecik2 dululah. Lepastu bila aku start membaca novel, mula lah imaginasi aku berjalan meluas. Nak jadi setiausaha syarikat, nak jadi manager, nak jadi penulis novel. Macam2 lah. Tapi tulah, masalah aku sekarang, aku ni tak kreatif. Otak aku hanya boleh menerima fakta. Aku bab nak mengarang-ngarang ayat ni boleh, tapi bunga2 bahasa kurang, nak elaborate lambat sikit. Suka ulang2 ayat dan perkataan yang sama kadang2. Tokleh  nak tulis secara spontan lah. Ayat pon nanti agak tak sedap dibaca.

Lepastu aku ni selalu je kekeringan idea. Hafalan  dan ingatan akulah yang selalu membantu. Kadang2 adalah fikir2 jugak. Masa zaman sekolah rendah dulu, cikgu suka sangat suroh diri, pastu bagi soalan, siapa dapat jawab, baru boleh duduk. Benci sangat. Dahla aku ni lambat mencari jawapan. Lepastu, cita2 aku semakin bertambah bila naik sekolah menengah. Aku nak jadi businnesswomen, aku nak jadi baker, aku nak jadi macam Dr Fadhilah Kamsah, motivator and psikologist ( terlintas masa aku form 4, tak tau kenapa, faktor parents kot. ). Aku nak jadi pensyarah, nak jadi tour guider. Ntah apa2 je aku ni. Dulu pon ada gak bercita-cita nak jadi hakim and lawyer. Pastu nak jadi engineer lah. Semua aku nak jadi. Tamak gila aku ni. 

Bila difikir-fikirkan balik, aku macam tak sesuai je ngan semua ni. Tau tak kenapa? First, kita cakap pasal engineer dulu. Engineer ni dahla tough. Dengan keadaan fizikal aku ni, nampaklah tak sesuai. Lagi pulak sekarang ni ramai sangat yang nak jadi jurutera. Memanglah jurutera macam2 bidang kan. Tapi aku ni tak kreatif. Walaupon aku nakkan kemudahan, tapi aku tak tau macam mana nak realisasikan sesuatu benda tu. Contoh course kat IPTA macam chemical engineering tu. Memang seronok. Sebab dapat course yang quite popular, gaji lumayan sangat. Tapi aku ni perempuan. Belajar tinggi mana pon akhirnya ke dapur jugak. Computer engineering pulak, aku tak suka bab2 komponen2 dalam computer yang rumit2 tu. Sah2 aku tak pass. Fizik kena power beb. Aku tak suka fizik.

Second, merketing and management. Aku ni dah kurang bercakap ngan orang2 asing. Tahap keramahan aku low gila. Macam yang aku cakap tadi, aku ni tak kreatif. Inovatif pon tak. Tapi tetap aku nak jadi businesswomen one day cepat atau lambat. Polis? Aku tak suka sebab sebelum nak jadi polis kan ada procedur dia. Kena kawadlah, buat aktiviti lasak apa semua. Aku tak suka kawad seriously. Aku tau kawad tu best. Tapi masa kat sekolah dulu yang aku tak suka nya kawad tu sebab asyik je kena datang latihan banyak2 kali. Nanti muka belang. Bosan pulak tu. So far, baru dua kali jer aku masuk kawad. Tu pon peringkat sekolah masa kejohanan sukan. Masuk pon macam kena paksa je. Memang pon!!

Lagi what ar? Hah, ustazah. Gelaran ustazah ni pada aku mulia sangat. Memang aku respect lah ustazah2 semua kan. Tapi aku merasakan diri ni tak layak bergelar ustazah. Kenapa? Sebab pada aku, kalau nak jadi ustazah tu, kena betul2 jadi ustazah. Bukan sekadar gelaran je. Ustazah ni tanggungjawab dia besar. Ustazah ni tempat rujukan dan tumpuan, contoh kepada semua orang. Kalau ustazah pon tak betul, tunjukkan benda2 yang tak betul, tak boleh jugak. Ustazah ni, aku kalau boleh nak elakkan lah. Sebab aku ni tak layak. * sedar diri*.. Tapi kalau dah ditakdirkan aku akhirnya jadi ustazah macam mana?.....?!

Cita2 aku simple as ABC je sebenarnya. Sekarang aku sedikit sebanyak dah tau perkara2 yang aku perlu tau. Even cita2 aku tinggi, aku terpaksa lupakan. Tapi bukan selamanya aku lupakan. Kalau ada rezeki, alhamdulillah la. Kalau tak ada, insya-Allah nanti dan akan datang pasti ada. Sekarang, aku fikir kerjaya doktor teramat tough. Sebab apa, sebab tak banyak cuti even gaji lumayan gila. Lepastu asyik kena on call. Kalau doktor2 yang dah ada jawatan tinggi boleh la rileks2 lagi. Zaman sekarang ni, yang intern2 yang baru nak bertatih ngan alam kedoktoran memang bizi. Lepastu, yang dah kahwin tu bagi lelaki, asyik je tinggal isteri kat rumah. Yang perempuan pulak, kan sepatutnya kena uruskan rumah tangga sebaiknya, ini sibuk dengan kerja sampai anak2 terabai. Time management kena betul kat situ. Kalau tak hancurlah. Important point kat sini, kita sendiri yang kena manage betul2 life kita. Jangan salahkan kerjaya.

Bila kerjaya doktor tu aku dah buang jauh2, so, aku prefer dentist. Dentist ni kan specifik sikit. Just fokus kat gigi je. Patient pon tak adalah nak on call sangat. Boleh bukak klinik sendiri. Gigi ni penting tau. Kalau dah sakit gigi, kenikmatan nak makan pon tak ada. Bila dah sakit gigi, semua benda tokleh nak buat. Tapi memandangkan kuota untuk dentist ni cuma sedikit, kenalah fight sikit. Bukan senang nak dapat 4 flat. Susah beb. Aku ni pon tak tau kat mana aku further study nanti. Ntah course apa yang aku amek nanti aku pon tak tau. Aku cuma berserah, tak bermakna aku menyerah.

Farmasi pon macam interesting jugak. Sebab aku suka chemistry. Farmasi ni banyak sangat penghafalan sama macam medic. Kita kena tau bahan2 kimia dalam medicine, jenis2 penyakit, macam mana nak buat ubat tu. Nama2 saintifik dia yang pelik2 yang berbelit2 lidah nak sebut. Kemungkinan2 dan kebarangkalian semua kena amek tahu. Kuantiti dan dos setiap ubat. Tapi ayah macam tak mengalakkan sebab peluang pekerjaan macam sikit sangat. Udahle pengetahuan aku tentang kerjaya kurang. 

Macam yang aku mention, kan aku suka math. Tapi aku tak tau kenapa aku nak amek bidang yang menjurus ke arah sains. Sains ni banyak gila cabang2 nya. Aku sampai dah tak tau dah apa nama2 nya. Terlalu banyak. Macam nak amek pure math masa degree nanti. harap fizik tiada kaitan lah. Tapi apa yang aku nak, aku need free life. Tapi aku sedar sekarang ni semua benda perlukan duit. Kalau tak ada duit macam mana nak hidup. So, aku kena beat semua orang. MESTI!! 

Then, aku nak jadi penulis novel. Geram sangat sebab kebanyakan novel2 sekarang macam mengarut2. Lepastu buat kelakar yang tak berapa nak jadi tu lagi. Grrr.. Buatlah novel yang best and advance sikit. Barulah nampak real. Tol tak? Lepastu kebanyakan cerita macam lebih kurang sama je. Kat kedai aku terkial2 nak beli novel yang mana satu sebab takut menyesal terbeli novel yang tak best. Selalu aku beli novel keluaran SR Production. Hisyh, rasa macam tak sabar dah nak buat novel sendiri.

In conclusion, aku tak taulah apa yang aku membebel kat atas2 ni, sebab aku menulis mengikut tangan aku yang suka hati nak menaip. Aku nakkan kehidupan yang tak terlalu tight. Aku ada masa lapang, aku enjoy dengan kerjaya aku. Hope aku suka dengan life aku nanti. Lepastu, aku nakkan happy family. Aku nak family aku stabil. Aku nak jadi penulis novel, aku nak bukak pusat tuisyen, aku nak bukak kedai kek, aku nak bukak kedai buku. Bila dah ada banyak duit atau duit lebih, aku nak beli kebun banyak2. Tanam getah, kelapa sawit and so on lah. Hmm..Yeah!!!. Jadi peladang berjaya macam Mat Janis tuh. Ayah and mak macam mengharap yang aku ni jadi guru kaunseling kat sekolah2 tu. Hmm, oraits je kot. Tapi nak menhadap budak2 sekolah yang bermacam-macam perangai tu hmm.. memang taklah. Yang penting, aku kalau boleh tak nak bekerja dalam sekolah. Nak further study sampai aku boleh jadi lecturer. 

Hwah. Kemaen lagi kau. Mana kau nak capai semua ni? Hmm.. akan difikirkan semula. Macam nak bukak syarikat catering memandangkan orang sekarang kalau ada majlis atau kenduri dia malas nak masak, dia suka amek catering. Hmm, lagi. Teringin jugak nak jadi decorater. Macam best je hias2 kat rumah orang tu. Tapi maaflah aku ni tak rajin. Aku ni tak habis2 ngan trouble maker.

Whatever it is..........
Simple life...Free life..Think positive..Happy life..Pray to Allah..Never forget Allah..Seek The Pleasure of Allah..And you will get a miracle life like fairy tale story..Insya- Allah..

TQ for reading.....



Wednesday 13 March 2013

Ways to Release My Stress



Assalamualaikum..


For those who doesn't know me, this is my confession... I LOVE MATHS.. Kenapa aku suka sangat dengan math? Sebab math ni best sangat, best gile. Pengalaman aku masa kecik2 dulu, membentuk aku seperti aku yang sekarang. Thanks a lot to my belove father ( kelip2 mata ). 

Mungkin semua orang pernah alami pengalaman ni. Tapi aku tetap nak mention jugak. Aku akan menangis kalau aku tak dapat solve soalan math. Lagi2 kalau soalan tu senang, tapi pelik kenapa tak dapat jawapan. Kan tension macam tu. Tak dapat jawapan sebab careless. Kalau ulang jalan kira yang sama dua, tiga kali tak apa, ini banyak2 kali aku ulang buat benda yang sama, still tak dapat jugak solve, memang tension la. Cara nak selesaikan masalah aku yang ni kena nangis dulu baru dapat jawapan. Tak adalah sampai meraung2 nangis, tak de la sampai tersedu sedan macam apa, tak de la sampai hentak2 kaki kat lantai, taaaakk.. Just berair mata, kalau tak dapat lagi, menitis-nitis air mata. Lepas dah menangis tu barulah dia nak solve. Bayangkan lah aku waste masa kat soalan tu jer. But that happen masa aku tengah solve sorang2, orang lain tak de masa tu. Isyh3. 

Habit lasting masa aku form 3 kot ( untuk math jer ). Bila masuk form 4 and form 5, dah tak de dah. Nampaklah macam matang sikit kat situ. Kalau tak dapat tanya orang. Ada jugak kalau aku baca banyak kali nota, tapi tak faham2, most tension, bila esoknya nak exam. Malamnya kan study, so, nak baca yang lain ni, tapi tajuk tu still tak faham2, lepastu nak hafal lagi sebab otak dah full, tak bole nak masuk and tak boleh nak fokus. Then apa lagi, crying laa. Sebab geram kan? Hmm, salah sendiri. Padan muka!!

Based on apa yang aku tulis ni, menunjukkan ke yang aku ni cengeng? Aku rasa semua orang cengeng cuma dia tak tunjukkan kat orang yang dia tu cengeng. Kan? Aku ni bukan jenis yang suka menangis depan orang lain. Kalau bole aku nak far away daripada semua orang, melainkan kalau dah tak tahan sangat. Okey, pernah ada pengalaman menangis depan orang ramai. Kalau lah aku ada kuasa magik, aku nak hapuskan semua memori pasal kejadian malam tu. Memang stupid dan memalukan. Sebab buat aku menangis tak masal. Geram gila bila ingat balik. Nak cerita ke? Tak payah laa. nanti aku emo lak kang.

Tak sukalah menangis pasal hal yang remeh temeh ni. Hati aku ni tak lah sekeras mana pon. Tapi yang the bestnya, aku bole control aku punya emosi. Then, baru aku lepas bila tak ada orang. Tak best la nak nangis2 depan orang kan. Nak nangis, nangis sorang2. nanti orang cakap aku mencapap pulak.  Menangis kat sekolah? Oh no no no.... Tidak sama sekali. Most of my classmate, tak pernah nampak aku nangis tak tentu pasal. Ada ynag tak pernah nampak langsung sebab berapa kali aku nangis boleh dikira. Tapi kan kalau ada program motivasi, selalu je ada video2 sedih pasal parents kita, hah time tulah baru air mata nak meleleh depan budak2 ni. Tahan mana pon, kesat banyak kali pon tok le dah nak tahan. So, dalam situasi macam tu, aku lepas jugak laa. Tak nak la jadi hati batu sangat kan. 

The other ways, aku lebih suka tidur. Cara paling mujarab lah. Takya cari cara lain. Kalau dah tak tahan sangat, tidur je. Sebab bila kita tidur, automatik kita akan lupa semua sekali. Bangun tidur rasa macam selesa sikit kan. Cara2 ni just untuk orang yang jenis suka simpan masalah yang remeh temeh dalam hati macam aku. Serious aku cakap, masalah yang remeh2 ni lah yang suka buat aku nangis. Kadang2 kalau kecik hati pon aku menangis jugak. Tapi selalu situasi macam ni, aku pendam dulu. Kalau dah tak tahan sangat baru lepas. 

Tapi, aku pecah rekod tahun lepas. Memang tak tahan sebab merasakan yang diri ni sememangnya  mengecewakan. Thanks kat Madam Shiela. Malam tu, masa tuisyen ngan dia, tuisyen BI. Aku student asrama.  Dahla aku ni tak berapa nak terer sangat BI. Masa UPSR and PMR aku asyik jer terkandas in BI. So, B will come lah. Adalah yang madam cakap kat kelas tu yang membuatkan aku rasa geram, dan merasakan aku ni mengecewakan. Recall balik diri aku. Kenapa aku macam ni? Kenapa tak buat apa yang Madam suruh masa awal2 dulu? Nasib baik aku tak terlambat sedar benda tu semua. That makes me realise and wake up. Memang nak merembes dah masa kat kelas tu. Tapi sedaya upaya aku tahan. Penat ow tahan. Hati ni dah macam apa dah. Rasa worse gila. Everything about my BI. 

Memang nak nangis sangat, tambah nak nangis bila ingat ayah. Aku tak boleh kalau ingat ayah. Ingat ayah mesti nak nangis sangat2. Macam ayah tau apa yang sedang berlaku and dia pon ada kat situ memerhatikan aku. Tolonglah madam, berhenti. Tapi aku suka madam cakap macam tu. Biar aku ni sedar sikit. See, aku wake up from my loooong dream. Isyh, teruk betul. Keluar je kelas, mata terus berair, jalan cepat2. Sign kat Pak Cik pagar, terus gi masuk toilet Blok B. Nangis puas2 dalam kesenyapan. Dalam toilet tu muhasabah diri sekejap. Masa tu tak puas lagi nangis. Macam kesat2, rileks skejap. Rasa macam dah okey, aku pon keluar. Tapi, air mata ni hah tak nak berhenti, dia keluar lagi. Sebab ingat ayah. Masya-Allah. Mana aku nak pergi ni sebab masa tu masih lagi time prep. Aku gi bilik prep akak. Kat situ panggil akak. Pastu nangis depan dia. Tak tahan siot. Rasa macam tokleh nak berhenti nangis. Sebak gile. Depan bestfriend aku sendiri pon aku tak pernah tunjukkan tangisan aku. Tak pernah2 aku macam ni.

Masa tu aku cakap kat dia semua skali. Udah le sebelah tu rumah Ustaz. Mintak2 Ustaz tak ada. Amin.. Dia tak ada. That day, memang first time kot akak nampak aku nangis. Baru je tak nak bagi akak tengok aku nangis. Konon yang aku ni ada strong heart laa. Tapi, memang aku ada strong heart pon. Cuma tak 100% laa. Kalau macam ni, aku kena ada penasihat lah. Kalau tak aku still in a dream. Hey! Jangan rasa diri tu dah hebat eah. Geramnya ngan aku ni. Alhamdulillah, dengan berkat Madam malam tu je, aku jawab dengan lancar paper BI. Tajuk pon sharp2 jer. Syukur Ya Allah. Masa jawab tu asyik je senyum. Pastu ingat2 kat Madam. Very appriciate that, Madam. Result keluar nanti tak taulah macam mana kan. Tawakal jelah.

Kadang2 kalau tension yang tak berapa nak kritikal, aku lebih suka dengar radio, MP3 ke.. Urm, tengok tv ke, online ke.. Buat sesuatu yang interesting lah senang cakap. Tapi, kalau aku dah kecik hati kat seseorang, memang memang memang lah. Jangan lah buat aku kecik hati. Kalau aku dah kecik hati, aku jadi tawar hati. Kadang2 depends. Sebenarnya tak elok tau kecik hati sesama manusia. Tapi entahlah. Insya-Allah aku akan cuba elakkan. Aku jarang kecik hati. Sakit hati banyak lah. Huhu.. Lagi apa eak habit aku? Macam dah tak ada jer. 

ADIOSS...




Tuesday 12 March 2013

Decide Carefully!!



Assalamualaikum..



Guys, this is my first entry for this month. A little bit late. Sorry. Let's talk to the point. Sebenarnya, aku dah lama dah nak tulis entry ni. Tapi aku tak sempat gila nak tulis. Dah tu aku kalau tulis, bukan bole 30 minit jer,  nak lelama. Tu yang kena fill dulu ayat2 dalam otak, baru boleh luahkan. Bagi cepat dan jimat masa. 

Result SPM keluar 21/3/2013 nie. So, another few days I will keep waiting. Masa berjalan cepat sangat. Rasa macam baru semalam habis exam tau tak. Tapi, itulah realitinya kan. Setelah mendapat mimpi yang pelik2 pasal SPM, pasal UPU, aku hanya mampu berserah. Serius aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. Speechless di mulut tapi di hati bagai ombak melanda. Entry kali ni mungkin agak panjang kot. Tapi macam tak sure sebab aku dah cakap yang aku speechless tadikan. So, kalau aku tulis yang pelik2, suka hati aku kan sebab ini blog aku. 

Setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan aku jadi researcher.....apa hasilnya? Hurmm, tak adalah nak memuaskan sangat, tapi membantu okey. Semakin banyak research yang aku buat, semakin banyak maklumat yang aku dapat, semakin berbolak balik hati aku ni hah. Apa penyelesaiannya? Nak berhenti atau teruskan? Atau biarkan? Now, in dilema... Ini belum cerita pasal biasiswa lagi. Small matter je actually, tapi aku make it big prob. So, trouble making kan. Saja je aku ni. Tapi, boleh ke aq just buat2 tak tahu? In face reaction bole lah aku buat2 belakon, hati ni hah, dia tak moh nak ikod berlakon. Grrr...

Selama aku bergoogle, macam2 cerita, macam2 pengalaman, macam2 info aku dapat. That makes me rethink about it again. Diorang dah lepas, aku tak lepas lagi walaupon dah nak lepas. Selagi tak lepas, sure aku in dilemma. Tapi, tak nak le cepat2 lepas. Look, cepat salah, lambat pon salah. Lupakan. Aku search laa apa yang aku nak pilih dalam UPU tuh, macam2 asasi aku search. Alhamdulillah dapat penyelesaian. So, far itu cuma penyelesaian dari segi positifnya lah kan sebab itu yang diorang dapat, cuba citer yang tak dapat tu. Yang tu lagi lah, menyebabkan down,down,down dan down. 

Okey, orang cakap berusaha, berdoa, bertawakal, buat solat hajat banyak2, berzikir, baca surah2, buat solat istikharah, apa lagi? Hah, macam2 lah kan. So, macam2 nasihat yang aku dengar. Walaupon semua tu aku dah buat, tapi still semua tu tak menenangkan hati aku. Aku sebenarnya nak kan penjelasan dan sesuatu yang confirm. Aku nakkan pendedahan. Ada tak sesiapa yang boleh guide aku? Datanglah sini. Bagitau aku. So, aku bole tanya macam2. Segala tanda soal yang berjuta2 dalam fikiran aku ni harap berkurang. Bagitau aku in detail. dari A sampai Z. So that I can feel at peace and stay calm.

Secara rawak, most excellent student, excellent in SPM, of courselah target diorang nak masuk course medic. Itu memang favourite diorang. Da tak payah nak cakap apalah. Mostlah tapi tak semua. Aku amek yang majoriti sahaja. Lepas tu, kalau yang result yang sederhana, diorang suka sangat dengan engineering. Law pulak macam course sampingan masa nak amek degree kalau tak dapat yang lelain lah kan. Ini memang top course lah pada aku. Farmasi dan dentistry kuotanya hanya sikit, jadi hanya yang bertuah sahaja dapat masuk situ. Kalau dah straight A++, korang nak apa pon dapat, jadi toksah risau ye. 

Sebab tu, masa SPM kena study betul2, kalau tak, korang akan terfikir-fikir apa course yang sepadan. Even aku adalah target pelajar straight A kat sekolah aku, still aku rasa aku ni biasa2 je. Aku tak mengharap pon A++ berjela-jela. Cukup lah sekadar straight A. Tu dah mencukupi bagi aku. Zaman kita kat sekolah lain, zaman kita kat Universiti, Matrik lain jugak. Masa SPM tu pon aku masih terkial-kial nak cover tajuk2, inikan pulak silibus yang banyak2 dalam tempoh setahun. Can't imagine. Mungkin aku boleh, sebab aku dah alami pengalaman, tapi tu pengalaman masa kat sekolah. Masa kat IPTA and Matrik aku tak tau, format peperiksaan pon tak tau. 

Even student2 STPM pon susah nak dapat 4flat, inikan lagi.........( speechless). Aku kalau nak dapatkan the best mark masa kat sekolah dulu tu pon kena study hard gila. Kalau tak memang tak dapatlah nak jadi student straight A. Persaingan ramai gila. Memang dah tak sempat pon nak study2 smart sebab, masa aku study, aku buat nota, then nota tu keep dalam fail so that nanti senang lah kan nak baca2 kat mana2. Aku ni suka je buat nota, pastu bila nak baca balik nota tu, aku tak nak baca balik sebab, aku merasakan nota tu tak lengkap, dan kena buat nota lagi dan lagi. See, banyak noh kerja aku kat situ. Berapa banyak nota ntah aku buat. Sebab nota yang aku buat tu tak best. Nak buat nota ynag best2 bole, tapi lambat sangat. Jadi, aku buat nota cepat, sekadar faham dan hafal. Mood nak baca nota tu tak ada. Aku lebih prefer baca buku tebal dwibahasa aku tu jer. Lagi best.

Banyak betul benda yang aku nak membebel sekarang ni tapi aku tokle lah nak membebel sembarangan. Attitude kena jaga sikit walau di mana kita berada betul tak? Hmm.. So, apa yang aku nak tulis ni sekadar kesimpulan aku jer. Memandangkan kerjaya aku sebagai researcher tak bertauliah tak habis lagi, di sini sekadar coretan semata.

Tamhidi, USIM
First sekali, aku nak cerita pasal tamhidi ni. Sebab, inilah Universiti yang mula2 sekali aku jatuh hati. Sebab aku nak sangat masuk Tamhidi Pergigian. Cita-cita aku memang la nak jadi doktor. Tapi aku seriously tak nak jadi doktor yang betul2 doktor. Just nak jadi doktor gigi. Specifik sikit. Kalau medik, menjurus ke arah semua. Then, baru yang specifik. Dalam UPU aku ada masukkan Tamhidi Perubatan dan Tamhidi Sains dan Teknologi. Bila dah masuk Tamhidi ni, korang punya masa depan macam terjaminlah sebab kalau korang excellent, diorang akan serap korang masuk situ untuk gi degree. tak perlulah korang mohon2 kat UPU lagi.

Tapi, korang jangan ingat nak masuk sini senang tau. Kalau nak masuk Tamhidi Pergigian, korang kena ada straight A dalam tangan. Dah straight A plak, kena ada sekurang-kurangnya 5A+ ( tak tau lah kalau yang lelain tu kalau less dari 5A+ ), kalau tak ada sekurang-kurangnya, jangan letak harapan terlalu tinggi kat situ. Kalau ada rezeki, insya-Allah dapatlah. Lepastu, kalau nak masuk Tamhidi Perubatan pulak, kena ada yup, straight A, dan kena ada at least 8A+ ( aku main agak je sebab ni yang aku jumpa masa buat searching ). Kalau tak ada at least tu, jangan harap terlalu tinggi sebab sekarang ni terlalu ramai saingan.

Kalau korang ada mohon Tamhidi Sains dan Teknologi pulak, tak straight A pon tak apa kot. Nak masuk Tamhidi ni pon bukan senang. Sebab masa aku buat searching tu, akak tu SPM 2009, dia dapat 9A. Tu pon baru dapat Tamhidi Sains dan Teknologi. Tapi sekarang, aku tak tahu, mungkin straight A. Berapa A+ aku tak tahulah. Hanya bergantung pada rezeki. And korang mestilah taukan kalau nak masuk USIM ni kena ada Bahasa Arab in SPM. Kalau tak ada, tokleh le memohon.

Kiranya siapa yang masuk Tamhidi ni kena struggle habis. Tokleh memain. Langsung. Kecuali kalau otak korang jenis yang cepat pick up. Kalau macam aku ni, tokleh nak leka, kalau leka lain jadinya. Sebab apa aku cakap macam ni? Even aku result pon tak keluar lagi, tapi just FYI. Tak salahkan. Takut plak nanti ada orang cakap aku ni memandai pulak. Aku nak bagitau, yang kuota untuk Tamhidi Perubatan mungkin maksimum 200 orang. Tapi yang akan diserap masuk ke degree hanya tak lebih 120 orang. Aku tak tahu berapa kuota sebenar dia. Ini berdasarkan tahun2 lepas. Tahun ni tak tahu sama ada dia lebihkan dan tarik ramai student ke. Mana tau kan. Lepastu, bukan tu je, MUET korang kena dapatkan Band 4. Berdasarkan syarat Band 3 pon dah bole jer. Memandangkan ramai sangat yang pandai, so....... Memang killer.

Kalau Tamhidi Pergigian pulak, pelajar tamhidi yang akan diambil dalam lingkungan 70-90 orang. Korang kena struggle habis, sebab berdasarkan akak tu punya blog, memandangkan dia budak SPM 2011, dia tulis, kuota untuk ke Ijazah Pembedahan Pergigian cuma 35 orang. Nampak tak permainan dia kat situ. Band 3 dah bole kot. Tak jumpa pulak kena Band 4 ke apa. Tak tahulah lepas2 ni.

Bukan ni je. Student Tamhidi Sains dan Teknologi pon berpeluang beat student Tamhidi Perubatan dan Pergigian. Kalau diorang dapat pointer yang bagus, then dapat beat Med dan Dent, diorang pon boleh masuk situ. Udah le student Tamhidi Sains dan Teknologi tu punya le ramai. Tapi, ada je yang mohon UPU. Mungkin diorang tak nak further kat USIM lagi, diorang boleh mohon masuk ke IPTA lain in course yang sama kalau dapat. Apa lagi eak? Hmm, macam ni jer. Untuk USIM ni pon dah panjang berjela. Tak taulah yang lain aku tulis nanti.

Kalau ada tersalah maklumat mention ye..