Wednesday 27 March 2013

Lifeless.. But Not Actually



Assalamualaikum..


Setelah sekian lama aku tahankan hati nak buat entry, akhirnya hari ni aku muncul. School leaver, especially ex-student SPM cakap, diorang lifeless.. Ntah kenapa aku rasa tak lifeless pon. Sekarang dah akhir bulan 3 pon kan. Still rasa macam baru semalam je keluar asrama. Tak puas lagi nak berjauhan dengan buku2 yang menimbun nanti. 

Aku tau, ada yang kerja sambilan, dok uma je tak wat pape, ada yang aktif bersosial, ada yang dok depan FB and Twitter memanjang, ada yang gi outing and hang out ngan kengkawan. Okey lah kan kalau korang ada aktiviti sendiri. Masalahnya, aku yang tak de pape aktiviti ni tak rasa macam lifeless pon. Kenapa pon aku tak taulahkan. Apa je yang aku buat kat uma?

Aku tidur je ke? Tak adalah. Makan aje? Tak pon. Kerja? Lagilah tak kan. Aku kerja kat uma je. Tapi, duduk rumah serious aku cakap memang penat gila. Bosan teramat. Nasib baik ada internet. Kalau tak, aku tak tau apa jadi ngan aku ni. Apa je yang aku buat kat uma? 

Biasalah lepas subuh aku tidur balik. Teruk tak? Teruk seyh. Lepastu, bangun dalam kol 9 pagi. Bangun terus je cari baju kotor nak basuh baju. Siap basuh, sidai semua dalam kol 11. Pastu tolong mak masak pulak. Kelentang kelentung, dah kol 12 tengah hari. Siap semua baru mandi. Lepas mandi makan. Lepas makan, aku on. On sampai petang. Malam pulak panas kan lauk apa semua nak makan, basuh pinggan semua. 

Kol 8 sampai kol 10 malam aku kerja. Jadi guru tuisyen kat uma. Ajo adek aku yang 3 orang ue. Kalau mula lambat, abez lambat la. Pastu, solat isyak apa semua, baru on lagi. Macam tulah aktiviti aku hari2. Naik bosan kot. Memang bosan sangat der. Kadang2 aku tension jugak sebab penat aku nak buat benda yang sama tetiap hari. Kalau hari Ahad petang, aku gosok kan baju adik and mak aku. 

Aku dah lama tak tengok TV. Kalau aku tak minat tengok cerita Korea, dah lama TV tu aku conquer. Sampai gaduh2 nak tengok TV. Dulu lah masa kecik2. Aku tak suka tengok kartun, tapi adik aku tu menyebok nak tengok kartun pulak dah. Apa lagi, cepat2 nyorokkan 'doremote'. Tak taulah mana dapat perkataan ni, padalah remote je. Saja kot nak tambah huruf kat depannya. 

Belajar kereta dah. Belajar masak dah. Belajar jahit baju je belum. Bila? Ntah le eak. Novel yang aku beli tu pon tak terhabis lagi nak baca. Aku malas ler nak baca novel uh. Lambat. Kalau dulu, masa aku form 1, form 2, form 3, novel memang kegilaan. 2 hari dah boleh abez. Nak kerja? Memang nak. Macam best je. Tapi tak nak le kerja kat KINI. Nanti jumpa semua orang. Tak nak. Nanti aku kena senyum. Kalau jumpa orang2 tua yang aku kenal, nak kena bersalam salaman pulak. 

Disebabkan rumah aku ni pedalaman, jauh sikit dari pekan, jadi aku dok uma jelah. Kat uma ni pon macam dah tak cukup masa je rasa. Dok uma je pon tak best jugak. Sebab diri sendiri tak terurus sebab aku menguruskan orang lain. Kalau kat asrama dulu, aku ada masa nak uruskan diri sendiri. 

Anyone perasan tak ada yang tak kena ngan entry aku? Yang perasan tu, diam2 jela. Kalau tak, buat tak tau jer. Tok sa nak fikir2 sangatla kan. Sebab masalah aku.

So, thanks for reading this entry..


No comments: