Saturday 16 March 2013

Dulu & Sekarang



Assalamualaikum..


Debaran plus cuak menjelang 21 Mac ni. 4 hari lagi. Tak sabar pon ada jugak. Menunggu hasil usaha aku selama 2 tahun. Ayah sekolah. Tapi mak ada kat uma sebab musabaqah kat Bukit Gambir tu tak jadi. Mungkin mak ikut skali kot aku amek result nanti. Difahamkan, result dan slip akan diperoleh pada pukul 10 pagi. Mungkin lambat sikit kot. Hmm.. Tak taulah macam mana aku nanti. Aku harap result aku baik2 je sekiranya target tak tercapai. Semoga aku redha dengan ketentuan-Mu. Aku cuba untuk menjadi positif dalam segala hal. Sebab aku tau yang aku boleh. 

Urmm, macam mana nak mula eak. Dulu, cita2 aku nak jadi akauntan. Maklumlah aku suka gila ngan math. Lepas tu aku nak jadi doktor. Aku nak jadi pegawai bank. Tapi masa kecik2 dulu, first ambition aku ialah arkitek. Tak taulah kenapa. Mungkin rasa macam grand kot. Nak jadi cikgu, pilot lagi. Tu masa aku kecik2 dululah. Lepastu bila aku start membaca novel, mula lah imaginasi aku berjalan meluas. Nak jadi setiausaha syarikat, nak jadi manager, nak jadi penulis novel. Macam2 lah. Tapi tulah, masalah aku sekarang, aku ni tak kreatif. Otak aku hanya boleh menerima fakta. Aku bab nak mengarang-ngarang ayat ni boleh, tapi bunga2 bahasa kurang, nak elaborate lambat sikit. Suka ulang2 ayat dan perkataan yang sama kadang2. Tokleh  nak tulis secara spontan lah. Ayat pon nanti agak tak sedap dibaca.

Lepastu aku ni selalu je kekeringan idea. Hafalan  dan ingatan akulah yang selalu membantu. Kadang2 adalah fikir2 jugak. Masa zaman sekolah rendah dulu, cikgu suka sangat suroh diri, pastu bagi soalan, siapa dapat jawab, baru boleh duduk. Benci sangat. Dahla aku ni lambat mencari jawapan. Lepastu, cita2 aku semakin bertambah bila naik sekolah menengah. Aku nak jadi businnesswomen, aku nak jadi baker, aku nak jadi macam Dr Fadhilah Kamsah, motivator and psikologist ( terlintas masa aku form 4, tak tau kenapa, faktor parents kot. ). Aku nak jadi pensyarah, nak jadi tour guider. Ntah apa2 je aku ni. Dulu pon ada gak bercita-cita nak jadi hakim and lawyer. Pastu nak jadi engineer lah. Semua aku nak jadi. Tamak gila aku ni. 

Bila difikir-fikirkan balik, aku macam tak sesuai je ngan semua ni. Tau tak kenapa? First, kita cakap pasal engineer dulu. Engineer ni dahla tough. Dengan keadaan fizikal aku ni, nampaklah tak sesuai. Lagi pulak sekarang ni ramai sangat yang nak jadi jurutera. Memanglah jurutera macam2 bidang kan. Tapi aku ni tak kreatif. Walaupon aku nakkan kemudahan, tapi aku tak tau macam mana nak realisasikan sesuatu benda tu. Contoh course kat IPTA macam chemical engineering tu. Memang seronok. Sebab dapat course yang quite popular, gaji lumayan sangat. Tapi aku ni perempuan. Belajar tinggi mana pon akhirnya ke dapur jugak. Computer engineering pulak, aku tak suka bab2 komponen2 dalam computer yang rumit2 tu. Sah2 aku tak pass. Fizik kena power beb. Aku tak suka fizik.

Second, merketing and management. Aku ni dah kurang bercakap ngan orang2 asing. Tahap keramahan aku low gila. Macam yang aku cakap tadi, aku ni tak kreatif. Inovatif pon tak. Tapi tetap aku nak jadi businesswomen one day cepat atau lambat. Polis? Aku tak suka sebab sebelum nak jadi polis kan ada procedur dia. Kena kawadlah, buat aktiviti lasak apa semua. Aku tak suka kawad seriously. Aku tau kawad tu best. Tapi masa kat sekolah dulu yang aku tak suka nya kawad tu sebab asyik je kena datang latihan banyak2 kali. Nanti muka belang. Bosan pulak tu. So far, baru dua kali jer aku masuk kawad. Tu pon peringkat sekolah masa kejohanan sukan. Masuk pon macam kena paksa je. Memang pon!!

Lagi what ar? Hah, ustazah. Gelaran ustazah ni pada aku mulia sangat. Memang aku respect lah ustazah2 semua kan. Tapi aku merasakan diri ni tak layak bergelar ustazah. Kenapa? Sebab pada aku, kalau nak jadi ustazah tu, kena betul2 jadi ustazah. Bukan sekadar gelaran je. Ustazah ni tanggungjawab dia besar. Ustazah ni tempat rujukan dan tumpuan, contoh kepada semua orang. Kalau ustazah pon tak betul, tunjukkan benda2 yang tak betul, tak boleh jugak. Ustazah ni, aku kalau boleh nak elakkan lah. Sebab aku ni tak layak. * sedar diri*.. Tapi kalau dah ditakdirkan aku akhirnya jadi ustazah macam mana?.....?!

Cita2 aku simple as ABC je sebenarnya. Sekarang aku sedikit sebanyak dah tau perkara2 yang aku perlu tau. Even cita2 aku tinggi, aku terpaksa lupakan. Tapi bukan selamanya aku lupakan. Kalau ada rezeki, alhamdulillah la. Kalau tak ada, insya-Allah nanti dan akan datang pasti ada. Sekarang, aku fikir kerjaya doktor teramat tough. Sebab apa, sebab tak banyak cuti even gaji lumayan gila. Lepastu asyik kena on call. Kalau doktor2 yang dah ada jawatan tinggi boleh la rileks2 lagi. Zaman sekarang ni, yang intern2 yang baru nak bertatih ngan alam kedoktoran memang bizi. Lepastu, yang dah kahwin tu bagi lelaki, asyik je tinggal isteri kat rumah. Yang perempuan pulak, kan sepatutnya kena uruskan rumah tangga sebaiknya, ini sibuk dengan kerja sampai anak2 terabai. Time management kena betul kat situ. Kalau tak hancurlah. Important point kat sini, kita sendiri yang kena manage betul2 life kita. Jangan salahkan kerjaya.

Bila kerjaya doktor tu aku dah buang jauh2, so, aku prefer dentist. Dentist ni kan specifik sikit. Just fokus kat gigi je. Patient pon tak adalah nak on call sangat. Boleh bukak klinik sendiri. Gigi ni penting tau. Kalau dah sakit gigi, kenikmatan nak makan pon tak ada. Bila dah sakit gigi, semua benda tokleh nak buat. Tapi memandangkan kuota untuk dentist ni cuma sedikit, kenalah fight sikit. Bukan senang nak dapat 4 flat. Susah beb. Aku ni pon tak tau kat mana aku further study nanti. Ntah course apa yang aku amek nanti aku pon tak tau. Aku cuma berserah, tak bermakna aku menyerah.

Farmasi pon macam interesting jugak. Sebab aku suka chemistry. Farmasi ni banyak sangat penghafalan sama macam medic. Kita kena tau bahan2 kimia dalam medicine, jenis2 penyakit, macam mana nak buat ubat tu. Nama2 saintifik dia yang pelik2 yang berbelit2 lidah nak sebut. Kemungkinan2 dan kebarangkalian semua kena amek tahu. Kuantiti dan dos setiap ubat. Tapi ayah macam tak mengalakkan sebab peluang pekerjaan macam sikit sangat. Udahle pengetahuan aku tentang kerjaya kurang. 

Macam yang aku mention, kan aku suka math. Tapi aku tak tau kenapa aku nak amek bidang yang menjurus ke arah sains. Sains ni banyak gila cabang2 nya. Aku sampai dah tak tau dah apa nama2 nya. Terlalu banyak. Macam nak amek pure math masa degree nanti. harap fizik tiada kaitan lah. Tapi apa yang aku nak, aku need free life. Tapi aku sedar sekarang ni semua benda perlukan duit. Kalau tak ada duit macam mana nak hidup. So, aku kena beat semua orang. MESTI!! 

Then, aku nak jadi penulis novel. Geram sangat sebab kebanyakan novel2 sekarang macam mengarut2. Lepastu buat kelakar yang tak berapa nak jadi tu lagi. Grrr.. Buatlah novel yang best and advance sikit. Barulah nampak real. Tol tak? Lepastu kebanyakan cerita macam lebih kurang sama je. Kat kedai aku terkial2 nak beli novel yang mana satu sebab takut menyesal terbeli novel yang tak best. Selalu aku beli novel keluaran SR Production. Hisyh, rasa macam tak sabar dah nak buat novel sendiri.

In conclusion, aku tak taulah apa yang aku membebel kat atas2 ni, sebab aku menulis mengikut tangan aku yang suka hati nak menaip. Aku nakkan kehidupan yang tak terlalu tight. Aku ada masa lapang, aku enjoy dengan kerjaya aku. Hope aku suka dengan life aku nanti. Lepastu, aku nakkan happy family. Aku nak family aku stabil. Aku nak jadi penulis novel, aku nak bukak pusat tuisyen, aku nak bukak kedai kek, aku nak bukak kedai buku. Bila dah ada banyak duit atau duit lebih, aku nak beli kebun banyak2. Tanam getah, kelapa sawit and so on lah. Hmm..Yeah!!!. Jadi peladang berjaya macam Mat Janis tuh. Ayah and mak macam mengharap yang aku ni jadi guru kaunseling kat sekolah2 tu. Hmm, oraits je kot. Tapi nak menhadap budak2 sekolah yang bermacam-macam perangai tu hmm.. memang taklah. Yang penting, aku kalau boleh tak nak bekerja dalam sekolah. Nak further study sampai aku boleh jadi lecturer. 

Hwah. Kemaen lagi kau. Mana kau nak capai semua ni? Hmm.. akan difikirkan semula. Macam nak bukak syarikat catering memandangkan orang sekarang kalau ada majlis atau kenduri dia malas nak masak, dia suka amek catering. Hmm, lagi. Teringin jugak nak jadi decorater. Macam best je hias2 kat rumah orang tu. Tapi maaflah aku ni tak rajin. Aku ni tak habis2 ngan trouble maker.

Whatever it is..........
Simple life...Free life..Think positive..Happy life..Pray to Allah..Never forget Allah..Seek The Pleasure of Allah..And you will get a miracle life like fairy tale story..Insya- Allah..

TQ for reading.....



No comments: