Sunday 28 April 2013

Do Preparation From Now !!!



Assalamualaikum..


Tadi aku bukak facebook. Tengok2 status budak2 ni yang ntah pape tu kan. Aku bukak fb pon cuma nak tau mana tau ada info yang aku termissed ke apa kan. Skali tadi terjumpa status Wa. Dia dah buat preparation dah wei. Aku ni? Amboooi, enak mu yer senang lenang dok depan LP jer. Amek kau kan dah tersedo yang diri tu masih lagi tak buat list. Agak2 list yang aku buat nanti macam mana ye? Tak sampai hati rasanya nak tunjukkan kat ayah. Mesti berjela-jela. Nantilah aku cuba short kan sikit. Sikit jer. Ngehngeh.

Apa pasal lah eak cuti ni cepat sangat habis. Pejam celik pejam celik lagi sebulan je cuti aku. Dah le blur lagi. Aku ni memang la kan, tak bole kalau tak de orang yang ingat kan aku. Konfem aku leka punya lah. Nanti dah last2 baru le kau nak kelam kabut ye. Meh cubit tampar tumbuk sikit aku ni bio aku bangun. Perjuangan aku belum habis lagi, malah baru nak bermula pon. Bila lar kau nak sedar ni Fatihah yer.

Cuti ni aku buat apa je eak. Eeie, macam tak buat apa sangat pon. Banyak benda yang aku nak buat cuti ni tapi tak sempat. Apanyer pon yang tak sempat aku pon tak tau la kan. tengok eah aku punya list untuk cuti ni yang aku nak buat sangat...

  • Dapatkan lesen kereta. Dah dapat dah akhir bulan 2 kelmarin.
  • Nak tengok cerita korea banyak2. Kalau boleh aku nak tengok semua. So, aku dah tak payah fikir lagi sebab aku dah tengok semua kan. Memang tak habis2 la aku tengok kalau nak macam ni.
  • Nak belajar jahit. Tak belajar lagi. Macam mana ni?
  • Nak belajar masak. Boleh je masak asal ada resipi and bahan.
  • Nak improve english and language aku. Preparation for MUET nanti. Tak improve2 lagi. Baru je beli buku MUET. Sentuh sehari je. Konon nak baca novel BI. Dah beli novel. Tapi disebabkan dia punya novel language high lavel bagi aku, jadi aku tak berapa nak faham. So, aku bosan and stop.
  • Nak buat self care. Tak sempat langsung pon. Sedih tau. 

Tak banyak pon apa yang aku nak buat. Tapi yang tak banyak ni pon tak terbuat. Jangan tanya aku lah kenapa aku tak sempat buat semua ni. Keep it secret okey. Result SPM aku? Alhamdulillah..aku dapat keputusan yang baik. Tak adalah teruk sangat. Walaupon tak dapat s'As tapi tak pe. Lepas ni aku buktikan kat semua orang. Aku jadi budak paling nerd kat matrik nanti..tengoklah. Tak nak da memain kat matrik nanti. 

Temuduga MARA hari tu tak pergi. Terlepas date. Tapi tak apa kot. Sebab pilihan aku kat situ yang first Tindikan Matematik. Aku tak tau ape benda ni. Tak buat research lagi. Nanti lah. Tak ada mood rasanya bila teringatkan yang cuti aku ni dah tinggal berapa hari je lagi. Pasni aku dah kena menghadap buku tebal lagi.. Mak aii.. Pilihan kedua aku amek Psychology. Abez tak tau nak mohon apa dah memandangkan keputusan aku tak mengizinkan aku amek medic and dentistry. Nak mohon engineer memang tak la sebab aku tak minat langsung.

Lepas tu aku cuba mohon kat syarikat yang menawarkan program belajar ke Mesir. Aku mohon kat 2 buah syarikat secara online. Dua2 dapat. Tapi tak nak pergi kot. Nak gi sana mahal sangat. Tak nak lah susahkan mak ayah. Tak baik. Pergi memang lah best. Yang aku risaunya aku ni. Boleh ke terima kejutan budaya yang tetiba tu. Amek subjek sains lagi. Sains extream pulak tue. Grrr... english speaking nak kena power. Aku ada dapat jugak surat tawaran daripada MSU. Memang tak lah nak pergikan. Yuran kolej kan mahal. Tahun 1 je yang murah 'sikit'.

Yang the latest ni pulak, semakan permohonan ke matrikulasi. Guess what! Aku dapat matrik Perak. Aku tak mohon situ pon kan. Aku mohon Johor, Melaka and Negeri Sembilan. Awat jauh noh kau bagi aku ke Perak. Brapa lama aku nak mendaki gi Perak uh? Yang mintak Perak kau tak bagi pulak kan. Yang tak mintak kau bagi. Meh sini aku bagi siku sikit, Tak nak siku aku bagi buku lima. Hah, tau tak nak. Dah tu asal nak bagi aku jejauh pulak? Nak cari pasal ngan aku ke? Nak cari pasal meh ar depan2. Kita masuk gelanggang. Haaa, kan aku dah emo. 

Tapi bila difikir-fikir balik, yang aku tak nak tulah yang aku dapat. Mungkin ada hikmah kenapa aku dapat Perak. Mana tau rezeki aku lebih sikit kat situ instead of Johor ni. Tapi sekarang aku dalam dilema. Matrik ada 4 modul. Yang menjadi pilihan aku modul 1 dan modul 3. Modul 1 amek subjek Bio, Chem, Phy, Math and MUET. Yang modul 3 pulak Bio, Chem, Sc Com and MUET. Apa yang membezakan kat sini ialah aku serius tak nak amek fizik. Tapi fizik aku A- masa SPM. Aku bernasib baik sebab soalan SPM Fizik tahun aku senang sikit. Aku rasa tulah soalan Fizik yang tersenang antara yang tersusah dalam banyak2 soalan Fizik. Still Fizik susah. Orang kata dah masuk matrik jadi senang pulak. Macam mana ye? 

Aku kena buat research la pasal ni. Tak tau nak buat research bila ni. Lepas tu, tak kan aku nak amek Sc Com tu? Tak masal nak amek ICT. Dah le tak pernah belajar. leceh pulak nak kena belajar benda baru memandangkan tempoh setahun yang pendek tu. Kalau sekadar pengetahuan am aku boleh le belajar. Ini aku nak struggle pada subjek asing yang aku tak berapa nak suka pulak tuh. Dilema aku kat sini. Aku kena buat research cepat2 ni..

Yang UPU pulak. Ntah aku macam dah tak de mood bila fikirkan UPU. UPU ni lama sikit aku buat research. Lagipon aku masih blur2 lagi pasal ni. Aku cari satu2 tau each IPTA aku cek semua. Bila dah tau sikit mestilah ada yang menarik perhatian. Macam masa aku mula2 dulu tu, aku nak sangat masuk Tamhidi Pergigian. Now, aku macam tak kesah je ngan tamhidi tuh. Padahal dulu nak masuk sangat tu. Kan ada 3 kali kemas kini. First time hantak tak termasuk kemas kini. Jadi boleh 4 kali tukar and hantar. Masa mula2 dulu, aku mohon laa tamhidi pergigian, asasi sains kesihatan bersekutu, asasi pergigian, tamhidi perubatan, asasi pintar, tamhidi sains dan teknologi, asasi perubatan, and asasi bahasa inggeris. Masa ni aku tengah blur2 lagi. Kurang pengetahuan lagi.

Pastu, kali kedua mohon lagi. Aku tukar lagi. Aku pilih tamhidi pergigian, asasi pergigian, asasi sains, asasi pengajian islam dan sains, asasi sains ums, tamhidi perubatan, asasi sains kesihatan bersekutu, and tamhidi sains dan teknologi. Permohonan ni aku buat sebelum result SPM keluar. Cuba2 je masa ni. Lepas tu, permohonan kali ketiga, lepas result SPM keluar, aku tukar lagi. Aku pilih asasi sains, asasi sains hayat, asasi sains fizikal, asasi sains bersekutu, asasi sains kemanusiaan, tamhidi sains dan teknologi, diploma sains matematik, and diploma pengajian islam ( sejarah dan tamadun islam ).

Lepastu, aku rasa macam ada something wrong dengan permohonan aku, aku tukar lagi setelah fikir banyak kali. Aku dah decide and ianya muktamad. Lepas ni aku redha jela mana 1 yang dapat. Sebab semua yang aku mohon berkemungkinan layak and boleh dapat. Cuma mana 1 je yang aku tak tau. First and second choice aku mohon asasi sains uitm n ums. Memandangkan aku nak jadi dentist nanti, dengan result SPM yang tak mengizinkan aku, aku mohon lah ni. Tapi, bila dah masuk sini serupa je masuk matrik. Cuma asasi sains tak ada Sc Com. Pastu kalau dapat sinilah kan, persaingan ramai sangat. Dah le budak2 excellent yang dia pilih. Hmmm, kena amek Fizik lagi. Memang tahap merendah diri aku tinggi la kalau aku masuk situ kan. Abez masing2 pon pandai and boleh tahan. Jadi aku kena beat budak2 ni, jadi semangat aku nak belajar meningkat lebih kot nak dibandingkan masuk matrik tuh. Masuk asasi sains ni pon tough jugak la weyh. Bukan senang. Fizikal and mentaliti kena strong. Sebab setahun jekan. Nak yang 2 tahun boleh tapi lambat lah.

Pilihan ke-3 pulak aku amek asasi sains fizikal kat UIA. Asasi kat UIA kan specifik, jadi aku macam tak berminat sangat. Aku pilih ni pon sebab bukan nak jadi engineer. UIA dah tawarkan asasi kejuruteraan. Jadi asasi sains fizikal bukan untuk engineering. Aku nak amek pure math masa degree nanti. Boleh le jadi cikgu or lecturer nantikan. Aku yakin aku boleh sebab aku minat Math kan. Pilihan ke-4 ni aku cuba2 je, mana tau dapat kekan. Kalau tak dapat pon tak apa laa. Kan rezeki masing2. Aku mohon asasi pengajian islam dan sains kat UM. Belajar kat sini lama. 2 tahun. 2 yang tak nak tu. Tapi, mohon je.

Pilihan ke-5 aku mohon diploma pengajian islam ( sejarah dan tamadun islam ). Yang ni aku berminat sikit sebab apa. Belajar sejarah kan. Hafal dan kena banyak baca. Cerita2 tentang Islam. Belajar pon dalam bahasa Melayu je. BI tak masuk campur sangat. Jadi aku boleh struggle dapatkan dekan setiap exam and dptkan pointer 4.00. Boleh! Aku boleh! Malaysia boleh! Hwah bersemangat betul aku nieyh. Ngengenge... Pilihan ke-6 aku pilih tamhidi sains dan teknologi. Aku tak nak masuk sini serius. Kalau dapat sini, aku prefer matrik. Sebab apa aku cakap, masuk USIM ni kena belajar Arab sekali. Jadi time untuk aku struggle agak membebankan sikitlah. Aku target 4flat,4A,4.00 pointer. Jadi, subjek aku, aku kena kurangkan sikit. Baru boleh capai target. Bukan tak nak amek or belajar Arab lagi. Nak, tapi faham lah situasi aku. Aku tak nak beban sangat. Tak nak banyak bende nak kena fikir. 1 tahun je. Dalam tempoh setahun tu aku kena buktikan. Lepas 1 tahun tu barulah aku bole berlapang dada fikir benda lain pulak kan.

Pilihan 7 pulak, aku mohon asasi sains kemanusiaan. Tak minat, tapi mohon je. Kalau aku choose sini, masa depan aku akan terarah ke motivator dan yang sewaktu dengan nya. Nak amek pengurusan or bisnes admin lepas abes asasi ni pon boleh kot rasanya. Nanti kalau kat IPTA aku memang nak amek minor psikologi. Sebab best kalau kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Pilihan ke-8 pulak aku letak diploma sains matematik upsi. Ini pilihan ayah. Sebab ayah nak aku jadi cikgu aje. Memandangkan aku ni perempuan. Sesuai je ngan aku. 

IPG pon aku mohon jugak. Tak tau dapat temuduga ke tak. Tarikh and keputusannya tau 6 Mei ni. jadi bersabarlah sedikit yerk. Research pon tak buat lagi. Persiapan tak buat lagi. Kalau dapat, aku kena godek2 Mr Goo ni. Semua maklumat mengenai IPG interview aku kena tw. Kiranya IPG in my first list. Yang kedua matrik, yang ke3 pulak UPU.

Detailkan aku bagi maklumat pasal aku. Hati ni risaukan diri sendiri. Apalah masa depan kau nanti. Aku ni jadi apalah nanti. My fate, my destiny... Semuanya ketentuan Allah. Aku menerima sahaja. Apapon aku akan cuba buat yang terbaik buat diri aku sendiri. 

Thanks for reading this entry.






Thursday 25 April 2013

April Fool..



Assalamualaikum..


AAAaaaa.. Lama gila tak tulis entry. Sorry. Tak de masa. Plus tengah down gila. Pastu kira2 how many days left for my holiday, makin nak cepat2 tengok cite korea. Huh, tak masal. Tapi betul la. Aku kalau boleh nak tengok semua. Tapi, nak select mana satu cite yang best tak tau. Takut nyesal pulak kang tengok tak best. Jadi sebelum tengok kena look up dulu at Mr Goo. Tengok cast dia, tengok episode ratings, pastu baru boleh tengok. Tengok lah tajuk aku yang kat atas 2, April dah nak abes tetiba nak april2 fool segala. Lebey jer kau. 

Eeeie, asal le eak cepat noh masa berlalu, rasa macam baru semalam 1 April. Hari ni terus je loncat 25 April. Kemain kau nak loncat2 25 hari. Loncat seminggu je dah le kan. Hampir 4 bulan aku bercuti. Macam tak de buat pape, padahal aku lah orang yang paling busy aku rasa kat rumah ni. Busy aku ni, bukan busy buat kerja berfaedah, buat benda lagha. Masyaa Allah. Apa nak jadi ngan aku ni yerk. Istighfar dulu bebanyak ye Fatihah ye. 

Aku tak de mood sebenarnya nak membebel hari ni. Mood nak berblog tengah tak de sekarang. Jadi, aku tulis sikit je nanti. Nanti kalau aku ada masa aku edit balik le. Aku tulis ni pon sebab tak sampai hati nak tinggalkan entry bulan April ni. So, rasanya entry bulan April ni satu je kot. Bulan 5 nanti In Shaa Allah aku tulis banyak sikit.

Goodbye..