Saturday 3 May 2014

After Matrik..




Assalamualaikum...


Selesai sudah zaman matrik aku. Rase sekejap sangat duduk kat matrik tu. Macam baru semalam je masuk. Nampak tak betapa busy nya aku? Baru sekarang baru nak post entry baru. Tergendala sekejap masa nak tengok cerita korea. Haha..

Memang tak sia-sia aku masuk matrik. Seronok gile. Nak tau ape yang seronok? Seronok sebab sepanjang aku belajar kat matrik, semua chapter aku faham. Tak macam SPM dulu. Terkontang kanting mencari jalan tak jumpa-jumpa. Buntu. Study dengan buku tebal. Buku rujukan Biology, Fizik, Kimia yang banyak kali baca tak masuk-masuk. Duduk matrik senang.

Tak faham terus jumpa lecturer. Hari-hari gi admin sampai aku dah tak tau nak tanya lecturer soalan ape yang aku tak faham. Kadang2 dalam bilik aku mencari-cari soklan untuk gi admin tanya lecturer untuk keesokan harinya. Tak de la pack sangat jadual duduk matrik. Pada aku la. Sebab kat matrik aku memang tak keluar bilik. Keluar bilik kalau ada urusan je. Untuk enjoy memang tak. KMJ memang terbaik. Semua nota-nota kuliah nya aku suka. Sebab semua yang dah ada dalam nota kuliah tu jawapan. Tinggal hafal je.

Tutorial and past year mesti buat. Semua latihan yang lecturer bagi kene completekan. Jangan completekan last minutes. Tapi aku selalu je buat last minutes. Buat cepat2 dan pantas. Kalau terhegeh-hegah, sampai habis matrik pun xsiap kn. Roomate bising korang abaikan je. Sumbat telinga dengan earphone. Aku selalu buat macam tu. Sampai keje aku siap baru la bole huhahuha dengan dyorang. 

Sem1 dan sem2 aq memang totally berbeza kesibukan nya. Masa sem 1, rileks gile. Sebab tak ada kemahiran dinamika. Sem 1 aku Ko-k. So, bersukan jela aku kerjanya walaupun tak berapa nak sukan sangat. Markah Ko-k tip top je. Malam tidur awal sebab tak nak ngantuk kat kuliah. Tidur pukul 12 hari2. Dah nak last2 tu, baru stay up sikit tidur pukul 1.30. Kalau dulu masa SPM, memang selalu sangat aku ngantuk & tidur dalam kelas. Kat matrik tak langsung. Mungkin aku semangat sangat kot mase tu. Sem 1 kehidupan aku teratur dan seronok.

Bile start sem 2, macam-macam hal. Dengan kajian dinamika, majlis, kajian english, khidmat masyarakat agama, assignment bio, presentation dinamika and english. Memang banyak. Aku agak pressure jugak mase tu. Rase nak nangis pun ade. Nak jumpa lecturer dinamika bapak susah. Semua ni buat dalam group. Kerja berkumpulan ni kene banyak bersabar. Sebab ade je nanti orang yang tak buat keje dapat markah. Kalau rasa tak adil, report je kat lecturer. Senang. Tapi, kalau korang baik sangat, tak pe kawan korang tak buat keje, just leave it. Biar jela dyoanrg dapat markah free. Kan?

Sem 2 tu jugak la, aku mula rase terkontang kanting dan tak tenang memikirkan pasal kajian. Malam stay sampai pukul 2 lebih. Weekend pukul 3.30. Pagi bangun late sikit la. Hihi.. Tapi compare sem1 and sem2, aku lebih suka sem2. Belajar sem2 lg best drpd sem1. Bile aku dah duduk matrik, aku rase aku tak nak kot amek dentist. Perh, nak hafal bio sampai rase nak termuntah bagai. Tapi aku bersyukur sebab ape yang aku hafal keluar semua. Even yang aku hafal tu beberapa chapter. Yang lain aku just fahamkan je, Tak hafal. Yang the best nya, tajuk yang aku tak suka tak keluar langsung kat soklan struktur biology. Dia keluar kat soalan essay. So, aku boleh pilih untuk tidak menjawabnya.

Lepas ni, aku nak mohon course yang aku minat and ade peluang pekerjaan. Tak kempunan pun critical course. Aku nak enjoy dengan course yang aku belajar. Tu je yang aku nak. Lagipun, aku mohon IPG lagi. Kali ni aku mohon pendidikan khas. Insha-Allah dapat la. Kalau dapat cikgu la aku lepas ni. So...

Thanks for reading this entry.






                                                   

Saturday 22 June 2013

Real life in KMJ..



Assalamualaikum..


Aku ingat aku tak berkesempatan nak tulis entry untuk bulan ni. Rupanya sempat jugak sebab 2 minggu lepas dah balik dah. Kalau boleh aku memang tak nak balik. Tapi memandangkan aku ada tugas penting yang kena buat aku pon balik lah uma. Leceh balik uma ni sebenarnya sebab semua benda tak siap nanti. 

Hmm, nak mulakan cerita dengan apa eak? Minggu orientasi ke? Minggu orentasi yang sangat tak best. Tapi program kebanyakan dengar taklimat dari setiap unit. Lebih kurang macam tu lah. Petang kene riadah. Tapi sebelum riadah ada perjumpaan bersama mentor atau ngan fasilitator. Untuk tahun ni, tahun 2013, in take nya lain sikit. Kalau dulu majoriti penghuni KMJ berasal dari Johor. Tapi tahun ni, majoriti bukan berasal dari Johor. Ramai sangat orang utara diorang campak sini. Kesian kat diorang nak balik jauh.

Masa minggu orientasi tu kita berkumpulan dengan ahli praktikum masing2. So, nak adapt dengan kawan baru yang ntah siapa2 and kaku bagai tu memang la kan. Masa minggu orientasi tu aku rasa macam stranger gile sebab aku tercampak kat budak modul 2. Perh, beza sangat dengan tanggapan aku. Aku ingat aku dapat modul 1. Rupenye modul 2. Memang tak ar kan. Dengan berat hati aku melangkah beratur kat MD12. 

Nak cerita detail pasal minggu orientasi memang lambat la aku nak tido. Aku dah decide esok petang aku nak balik KMJ. Kat uma jangan harap la aku nak siapkan kerja aku. Memang tak bergeraklah jawabnyer.
Korang kena pepandai la manage diri sendiri masa oerntasi tu nanti. Sebabnya, memang akan penat gile sampai nak makan pun tak sempat. Melainkan makan laju2. Haaa, nampak tak, nampak tak. Betapa kelam kabut nya aku kat situ. Stand by roti awal2 banyak2 dengan air kotak. Untuk sarapan pagi, Tengah hari of course makan nasi. Takkan tak makan pulak. Kat KMJ dia tak sediakan polistrine nak tapau2 ni. Kalau nak senang, ambil makanan guna tupperware sendiri.

Waktu beli makanan dah la ramai gile orang, Dengan nak amek makanan nya lagi, nak bayar lagi kena beratur. Wasted time kat situ. Nak solat lagi. Baik makan kat bilik jer. Pakaian tak perlu risau. Minggu orientasi mostly pakai baju ko-k KMJ. Baju tu dia yang sediakan. Dia akan announce kalau kene pakai baju formal ke ape ke and sebagainya. Tak basuh baju pun tak pe. Tak ada hal. Nak basuh pun boleh. Tapi penat lah. Nak tips ke? Tips untuk baju tak berbau walaupun tak basuh. Ini untuk kes2 darurat la macam minggu orientasi ni kan. Tips nya pakai baju dua lapis. Konfem tak berbau punyalah. Jadinya, baju luar tu tak kene peluh banyak sangat kan.

Tidur memang tak cukup laa. Kene bangun pukul 4 pagi. Kalau tak, beratur lah kau kat luar bilik air tu lame2. Yang best nya, pukul 4 tu, keadaan masih lagi sunyi sepi. Yang mandi cuma 2, 3 orang jer. Nak tidur balik lepas mandi pun boleh.  Habis je orientasi tu, memang heaven giler. Bebas nak buat ape. Nak tidur lame2 pun boleh. Ape lagi eak nak cerita? Macam tak de je. Kalau ade aku tambah2 laa nanti.

Thanks for reading this entry..

Monday 27 May 2013

My Next Destination is KMJ



Assalamualaikum..


Ada beberapa jam je lagi aku nak bertolak ke KMJ. Macam tak percaya pulak yang aku ni dah nak jadi budak matrik. Admit jugak laa sebab dulu aku macam pandang rendah kat matriklulasi. Akhirnya aku memilih untuk masuk matrik berbanding masuk Asasi Sains UiTM. Aku harap aku dah buat pilihan yang tepat dan muktamad. Andai kata aku menyesal masuk matrik, berserah la pada Allah, semoga segalanya diredhai.

Apa eak yang aku rasa sekarang? Aku rasa tak sabar tapi takut, berdebar tapi berkobar2, bersemangat tapi dalam masa yang sama was2 dan cuak. Ye, aku memang tak sabar sangat nak masuk matrik, berkobar2 ni nak further study kat matrik, bersemangat habis dah ni. Malah aku berazam nak buat yang terbaik. Aku nak buktikan yang budak matrik lebih hebat daripada budak asasi. Dah target lepas matrik aku akan dapat sambung degree in dentistry. In Shaa Allah kalau ada rezeki. Segalanya peracangan Allah kan. 

Tapi dalam masa yang sama, aku takut. Aku ni boleh ke? Ke aku ni cakap lebou jer? Otak aku ni dah lama tak di generate. Boleh ke berfungsi macam dulu? Cuti ni macam2 benda aku makan. Asam, jajan, maggi. Jadi, aku tak tau otak aku ni pada tahap yang mana. Aku harap apa yang aku rasa sekarang ni bukan hanya hangat2 tahi ayam. Tak mao ler. 

Kesian kat ayah. Banyak dia berhabis duit kat aku bulan ni. Aku akan make sure 4 flat dalam tangan. Tapi bila tengok silibus biologi, kimia, math, sains komputer kat portal KMJ, aku gulp. Rasa macam, Masya-Allah. Boleh ke aku sumbat nota2 yang banyak gila ni dalam kepala? 1 chapter belajar 7 jam je. 1 chapter tu ada 80 m/s ++ nota ringkas. Even masa SPM dulu pon aku sumbat2 dia pantul balik. Orang kata kena rajin buat tutor. Okey, aku akan jadi orang yang paling rajin buat tutor key. Carry mark kena full. Koko kena aktif.

Sepatutnya aku berada di KMPk. Tapi disebabkan rayuan aku diterima, maka aku dipindahkan ke KMJ. Dekat je kot. 15 minit dah sampai. Sedih jugak sebab aku tak dapat sama2 study ngan bestfriend aku, Haziqah. For the second time, kami terpisah. Mungkin ini ujian yang kami harus lalui. Redha jelah. Kat mana kita berada, kita tetap kawan tau. 

Jadi, aku mesti berjaya. Aku kena buktikan kat semua orang yang aku boleh. Aku kena berhenti tengok cerita Korea, kurang kan tidur, fokus dalam praktikum, rajin buat tutor and nota. Jangan buang masa ngan benda2 lagha, kalau tak faham pelajaran, cepat2 tanya cikgu, jangan cakap banyak2 kalau jumpa kawan2 yang best macam akak atau pon macam Eka and Asma. The most important, aku tak nak ada sebarang masalah hati. 

So far, cuma 3 orang je yang aku rasa betul2 kawan aku. Bukan senang nak jadi kawan aku yang sebenar2 kawan. Sebab aku ni kalau bab kawan memang memilih sikit. Still, aku kawan ngan semua orang, cuma biasa2 je aku layan dia. Apa lagi eak aku nak cakap? Macam dah tak ada jer. Berhenti dululah. Ini entry terakhir untuk bulan ni. Jadi, entry yang berikutnya akan aku tulis kalau ada masa.

Thanks for reading.

Saturday 18 May 2013

Kenapa aku pilih Matrikulasi?



Assalamualaikum..



Aku tak ada mood pon nak tulis sebenarnya. Tapi ada sesuatu yang mendorong aku nak menulis. Entry ni semua pasal aku. Tak ada kaitan dengan orang lain. Aku rasa ini adalah pendapat aku. Pendapat masing2 berbezakan. First sekali, aku dapat tawaran temuduga MARA course Tindikan Matematik first choice. Tapi aku tak pergi pon. Kenapa? Sebab aku terlepas due. Apelah. Lagipon aku macam tak berapa nak berminat. Masa tu lah. Lepas aku tau yang tindikan matematik ni, lepas kita habis study, kita akan jadi guru MRSM, aku tak taulah kalau dia amek cirtain2 orang, yang aku tau macam ni sistem dia. Next time, sistem dia maybe bertukar ke kan. So, nanti dia posting lah kita kat mana2. Bila aku dapat tau rasa macam rugilah pulak. Tapi tak apa. Mak kata aku dah memang tak ada rezeki kat sini. Belajar kat Malaysia 2 tahun, kat oversea 4 tahun. Lama kot. Nak jadi doktor ke apa? Aku pon tak faham.

Second, aku ada mohon medikmesir and daulahmedik ke apa benda ntah kan. Aku tak ingat. Aku dapat tawaran further study kat Mansoura Mesir course pergigian. Memang mintak pon. Tapi memandangkan kos nya terlalu mahal, aku tolak. Lagipon macam takut je nak gi Mesir tu. Tak ada keyakinan. Kesian kat ayah nanti sebab kena keluar banyak duit. Bagi aku lebih baik belajar kat Malaysia sahaja. Jimat duit. Family aku bukan orang berada. Kalau orang berada boleh je amek medik or dentist kat kolej2 yang berlambak kat Malaysia ni kan. 

Third, aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Masa mula2 tu macam bengang je sebab dapat jauh. Aku dah terkebil-kebil. Apa pasal kau bagi aku jejauh pulak nih? Matrik Tangkak ni dekat je ngan rumah aku kau tak nak bagi pulak. Dah dalam hati masa tu menyalahkan PRU-13. Tak masal. Sebab dah teremo sikit masa tu jadi macam2 lah aku fikir. Saje je nak membazir duit. Nak gi sana kena guna minyak banyak, bayo tol lagi, masa perjalanan lagi. Hwah. Ini sudah lebih. Kalau kau bagi Matrik Tangkak kan dekat, takde lah aku nak membising lelama kan. Tapi tu dulu. Sekarang okey je kot. Jauh pun jauh laa. Orang kata jauh berjalan luas pandangan. Ayah ada mintak rayuan tukar matrik. Tak tau dapat ke tak. Redha sahaja. 

Kesimpulan research aku, KMPk ni best, kolej dia antara yang tercantik antara matrik2 yang ada kat Malaysia ni. Cuma yang tak best nya susunan perabut dalam bilik. Kurang memuaskan. Still oke je. Tapi katanya susunan bilik tu boleh diubah. Taktau la kesahihannya macam mana. Lepas tu kalau nak guna toilet, kena beratur atau main cop2. Grrr. Buat lagi benda alah ni. Kalau kat KMJ, biasa2 je tempatnya. Kemudahan cukup. Susunan perabut dalam bilik memuaskan aku. Macam penghuni KMJ lagi sikit berbanding KMPk. Jadi tak adalah padat sangat kan. KMPk jauh dari bandar. Taktau lah kalau ada pekan di kawasan yang berdekatan. Ada pekan pon dah cukup bagi aku. Tak ya nak gi bandar sangat lah. KMJ pulak dekat ngan bandar. Bandar Tangkak. Tangkak bandar ke? Ntah, not sure. Aku rasa pekan je. Bukit Gambir lagi best dari Tangkak la beb. Orang kata bandar, tapi pemandangan macam bukan bandar. Aku belum masuk matrik lagi. Jadi aku cakap berbasa basi jela. Tak de pengalaman lagi.

Lepas tu dapat tawaran IPG. First choice Pendidikan Matematik SK. The latest, UPU, aku dapat asasi sains UiTM. Pun first choice. Ntah kenapa asyik je dapat first choice. Rezeki kot. Matrik je yang tak terima pilihan aku. Sobsobsob. Jadi berlakulah kekonfiusan di sini. Mak macam galakkan aku masuk UiTM tu. Ayah pun. Tapi ayah lebih kepada IPG. Mak pun. Tapi memandangkan IPG lambat lagi. Jadi diorang macam nak aku pilih UiTM. Sebelum UPU keluar, selepas permohonan UPU ditutup tamat, aku baru tau yang Modul 3 kat matrik dibenarkan amek cos medic, dentistry and farmasi masa degree nanti. Tapi Modul 1 didahulukan daripada Modul 3. Tak pe, yang penting 4 flat kan.

Jadi antara sebab kenapa aku pilih matrik adalah aku nak jadi doktor sebenarnya. Nak jadi doktor gigi. Nak amek dentist kat USM. Ini reason yang pertama. Aku sendiri tak tau kenapa aku nak jadi dentist. Padahal tough kot daripada medic. Katanyalah. Aku tak tau lagi minat aku ke arah mana. Yang aku tau sekarang, aku minat dentist. Second reason is kan aku nak jadi dentist, so buat apa nak amek fizik? Kalau belajar sekadar gitu2 aku bole terima. Kalau nak campur sekali dalam pointer jangan harap lah. Aku nak fokus untuk 1 bidang je. Tak nak banyak2 bidang. Aku memang minat Matematik. Tapi tak bermakna aku minat Fizik. Kalau asasi sains kena belajar fizik. Matrik ada modul 3. Memang aku nak tukar kalau dapat modul 1. Jadi tak payah belajar Fizik. Tak sanggop nak struggle lebih2 dalam masa 10 bulan. Aku tau kemampuan aku macam mana. Jadi matrik is my choice. Biologi pada aku susah nak dapat A. Kalau nak dapat B senang je. Jadi kalau nak dapat A aku kena fokus betul2, that why aku tolak fizik awal2 sebab nak fokus banyak kat biologi.

Lagi reason aku. Aku nak balas dendam. Hwah. Ganas punya ayat. Maksudnya nak tebus balik kegagalan aku mendapat A in SPM. Sebab SPM chemist and biology aku tak dapat A even A- pon dia tak bagi. Jadi aku nak 'get revenge' atas kegagalan aku. Amacam? Takut tak? Aku dah tak sabar dah ni. Jagalah korang2 yang straight2 A's semua. Aku akan beat korang. Ermmm, lagi? Berdasarkan pengalaman aku lah. Tak tau lah kalau yang lelain tu. Masa aku kat SMKBG dulu, cikgu ni dia pupuk minat aku terhadap sains yang dulunya aku kata susah. Masa menengah rendah dululah. Dia sungguh2 ajar kitorang apa semua. Lagi pon pelajar skola tu jenis yang agak lemah jugak. Yang pandai hanya segelintir time batch aku. Batch lain agak hebat jugak lah. Jadi cikgu nya macam mengajar sungguh2 supaya budak2 ni faham. 

Masa kat SMKTM pulak, jangan cakap la. PMR diorang memang excellent habis. Tapi bila SPM kecundang. Aku wonder why? Sepatutnya boleh maintain kan. Rupa-rupanya, owh. Disebabkan diorang punya PMR excellent, jadi cikgunya macam ajar je, lepastu budak2 ni tak faham. Subjek killer kan. Belajar dalam bahasa Inggeris. Aku dulu masa PMR belajar campur BM BI. Jadi aku boleh cover2. Aku kalau belajar full english pon tak masuk. SPM tak sama macam PMR. Jadi aku takut situasi ni berlaku lagi. Aku takut kalau aku pilih asasi sains, aku diabaikan. Even SPM aku belajar dwibahasa. Tu yang boleh skor sikit tuh.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kebanyakan pelajar kat PALAM tu pandai2, dah ada tutor, kuiz dan sebagainya. Jadi lecturer diorang macam no hal. Mungkin sesetengah sahaja yang jaga anak murid dia, yang selebihnya mungkin mengabaikan. Banyak entry2 kat blog, ex matrik ramai yang mencipta kejayaan. Situasi sama macam kat SMKTM. Aku kena ubah cara pembelajaran aku. Tak faham kena terus tanya lec cepat2. Kalau kat matrik macam terjaga. Kena rajin2 jumpa lec tanya itu ini. Sebab tulah. Sebenarnya belajar kat mana2 pon sama je. Yang penting usaha, doa, tawakal. 

Jadi toksahla pertikaikan aku kenapa and kenapa. Dah aku fikir gaya ni. Ada je aku tengok budak2 matrik yang oke2. Berjaya je semua. Mesti yang nak sangat masuk asasi sains tu marah kat aku sebab aku tak pilih asasi sains kan. Dah dapat tak nak gi pulak. Kalau dah ditakdirkan tak berjaya jugak masa kat matrik ni nanti, degree nanti aku amek lari sikit kot dari bidang yang sepatutnya. Apa pon aku akan cuba buat yang terbaik. Tak de dah nak memain lagi. Dah tak sempat nye dah tau tak.

Aku ni pon macam berbelah bagi. Betul ke keputusan yang aku buat? Betul ke aku sekarang ni menolak tuah yang diidam-idam kan oleh pelajar2 yang nak sangat masuk asasi sains tu? Atau aku ni tak bersyukur? Astaghfirullah halazim.. Aku speechless laa. Aku dah bagi reason tp ntah kenapa 10% dalam hati ni nak masuk asasi sains. Aku ni cuma budak biase je. Nak dapat result gempak kena study hard sikit. Study smart aku tak reti. Kalau aku ni golongan gifted, jenis yang baca terus masuk kepala, cepat pick up and catch up tak pe. Aku ni kena baca banyak kali, hafal, buat latihan and so on. Jadi aku sedar kemampuan aku. Aku kena tolak salah satu. Aku tak nak aku tersilap lagi.

Dah laa aku tergugat dengan keindahan UiTM Puncak Alam tuh. Dah la asrama baru..cantik pulak tuh. Selesa nak dibandingkan dengan matrik. Cantik sangat laa aku cakap kau. Belajar kat sana mesty lah best sebab standard kan. Most budak pandai je masuk sana. Memang first class la aku cakap kau. Sebab tu rasa rugi. Tapi bila fikir balik. Hmm, lupakan lah keindahan tu semua. Yang penting result aku yang indah lagi selesa. Kan itu yang aku nakkan. Jadi, go on okey. Tu semua hawa nafsu je tu. Aku takkan terpedaya. Ingat budak matrik tak hebat ke?

For those yang in the same boat macam aku kne fikir kemampuan kita macam mana. Sedar diri tu sikit. Tanya diri ni, aku mampu ke tak. Kalau dah nekad, dah konfem In Shaa Allah boleh. Asalkan kita usaha. doa dan tawakal. Niat kerana Allah. Tu je. Toksah nak fikir susah, susah, susah. Kau ingat asasi, diploma, stpm, matrik senang ke kalau tak belajar? Hah? Jangan la fikir nak senang je. Jangan nak fikir nak dapat pointer tinggi kalau belajar pon cukup makan je. Percayalah setiap usaha kita mesti ada hasilnya.


Thanks for reading.

* Kalau aku diterima masuk ke IPG, memang ler aku rasa macam dalam mimpi. Rasa macam tak layak belajar kat IPG. Kalau diberi peluang apa salahnya kan. Termakbul lah doa ayah. Maka terkuburlah impian aku nak jadi dentist. *

Wednesday 15 May 2013

Interview IPG 2013..




Assalamualaikum..


Akhirnya entry bulan ni tiba juga yer. Aku tak de kekuatan sebenarnya nak tulis malam ni. Sebab penat pagi sampai petang tadi tak release lagi. Sakit segala urat sendi aku ni hah. Tangan kanan pulak lenguh sebab pagi tadi angkut beg sandang berat sangat. Tapi dah okey sikit pas adik aku urut tadi. Huhu.. Nak mula dari mana eak? Urmm, 6 Mei hari tu kan semakan tarikh temuduga keluar. Pukul 12 tu jugak cek dapat ke tak. Selalu kalau bukak KPM punya laman web slow gila. Tiba hari tu tekan-tekan terus keluar. Tengok-tengok dapat. Happy. Tapi alamak. Kenapa? Mesti le happy sebab mohon dapat eak. Bukan senang nak dapat iv IPG ni. Yang mohon bukan 100, 200 orang tew, nak beratur memang tak cukup line laa. Kiranya aku ni untung le eak dapat kan. Alamaknya jak gi aku cakap.

Pas da dapat tu terus je bagitau ayah yang aku dapat. Aku dapat Pendidikan Matematik SK. Memang pilihan pertama aku pon. So, interview nya kat IPGK Teknik, Bandar Enstek KL, Negeri Sembilan. Sebelah KLIA jer. Jadi kalau nak tengok aeroplane mendarat boleh tengok live kat situ. Eheh, auta. Jangan percaya. Dah le aku tak pena gi tempat tuh. Jadi tak tau la tempatnya kat mane kan. Cadangan aku bertolak dari rumah petang Isnin tuh pastu tiba sana check in hotel ke apa ke, malam cari tempatnya kat mane. Tapi ayah tak nak pulak. Ntah kenapa ntah. Pastu selang dua hari ayah cakap dia ada kawan kat sana yang bole tunjukkan jalan. Ayah cakap kawan dia tau tempat tuh. Aku pon humm, oke jelah kalau macam tuh.

Aku pon buat la preparation. Tengok experience2 diorang tahun2 lepas. Macam cuak pon ada. Macam takut pon ada. Tapi kan interviewer nye lain2. Tak sama. So, aku pon no worry la pasal tuh. Lantak le dia nak marah ke nak provoke aku ke apa ke. Tak kesah ler. Tak payah nak provoke2 sangatlah kan. Tulah yang diorang kata masa diorang kena iv dulu. Semua soalan2 nye aku salin atas ketas pastu cari jawapan. Penat salin slap pic jer. Pakaian simple cuma dia nak kita pakai kasut kulit/PVC. Hmm, mak ada. Pinjam je. Kasut tu dah try da kat uma lagi tapi tak pakai stokin laa masa tu. Try jalan hmm, okey je.

Ayah pulak asyik je cakap2 pasal nama menteri ini itu, aku pon owh nanti cek kat google. Pastu aya cakap ini itu, on internet terus cek google. Macam2 bagi nasihat kat aku cakap kuat2 apa semua, cakap je banyak2. Aku pon angguk2. Kemaen lagi ayah. Yelah ayah memang nak sangat aku masuk IPG. Padahal aku tak berapa nak sangat pon. Tak tau kenapa. Aku tau kerja cikgu ni antara yang terlapang daripada kerja yang tersibuk. Sebenarnya kerja mana2 pon sibuk je aku rasa. Cuma cikgu ni dia lain sikit tau. Menurut ayah , ( padahal aku dah tau pon ) kenaikan pangkat pagi guru yang dah ada Ijazah ni cepat sebab bila dah ada ijazah automatik kita punya DG41. Yeke? Ayah laa yang cakap. Mana aku tau bab2 ni kan. Aku cuma tau sikit. Tu pon sebab ayah dah cakap banyak kali. Mak aii. Nampak tak punya ler dia semangat nak aku dapat IPG tuh.

Bukan tu je, ada lagi alasannya, dia cakap jadi cikgu ni cutinya sama macam budak sekolah. Jadi masa cuti bulan 11 & 12 bole luangkan masa ngan keluarga. Memang aku akui inilah sebab aku minat nak jadi cikgu. Sebab aku ni perempuan, bila dah kawen nanti kena uruskan anak2 and keluarga. At the same time aku boleh didik anak2 aku supaya tak jadi budak nakal yang macam kat sekolah tuh. Ayah cakap ramai yang kerja pejabat makan gaji kat luar sana tanya macam mana nak apply guru. Ni yang aku nak marah ni. Aku memang pantang kalau orang merendah2kan kerjaya guru. Eeeie, kau ingat ko bole suka2 je ea nak jadi cikgu? Nak jadi cikgu sebab tak nak kerja pejabat. Hancur le budak2 kalau dapat cikgu macam kau ni tau tak. Nak mengajar biar ikhlas ea. Hah! Kan aku dah emo. Padan muka kalau siapa yang terasa tuh.

Pastu Isnin malam nye, aku baca balik nota2 yang aku cari kat google. Masa tu aku tak de mood. Ntah kenapa macam nak marah. Tak cukup tidur kot. Konon study awal kol 8 nak ingat2 balik le kan. Tiba2 dunia menjadi gelap. Padahal tengah baca ni. Rupanya tertidur. Tak masal tau tak sebab bangun2 jam dah pukul 12.09 tengah malam. Bapak dia lama gila aku tidur. Ngantuk sangat ke apa kau ni? Teruks seyh. Dah bangun tuh cepat2 cari nota baca balik. Kol 2.30 pagi mandi siap2 nak bertolak ke IPGK Teknik. Kol 3 lebih baru bertolak dari rumah. Bawak semua keperluan jangan sampai tertinggal benda penting. Naya je kalau tertinggal kan.

Sampai kat Seremban ayah call kawan dia. Ala, orang kampung jugak. Dia cakap dia tau tempatnya kat mana. Padahal tak tau. Aku jugak yang tunjukkan jalan. Bertuah punya kawan ayah ni. Sebab aku dah tau lokasi tempat tu kat maps google. Kat uma lagi aku dah search tempatnya. Kalau aku tak search memang sesat le kan. Grrr =,=''. Pastu sampai le tempatnya. Awal sangat sampai. Masa tu belum ada orang lagi. Pukul 7 kot. Memang le tak ada orang lagikan. Daftarnya kol 8 pagi. Tunggu le situ. Pastu tak tau nak buat apa aku pon pakai le kasut mak tuh siap2. Sarung muat, skali jalan asyik je nak tertanggal. Apa cerita ni. Macam apa dah aku jalan. Mak suro sumbat tisu/apa2. Aku pon sumbat. Sumbat tak sumbat. Dah ketat habis dah ni. Degil jugak nak terkeluar kakinya. Sakit kot kaki aku. Tak tahan dah.

Kat rumah okey sebab aku tak pakai stokin agaknya. Manalah aku tau kalau pakai stokin jadi macam tu. Ingat pakai stokin oke sikit. At the end, ayah cakap gune je kasut litup aku yang asal tu. Sakai pon sakai lah. Lagipon budak ni pakai kasut jalan tu je. Leklu je aku tengokkan. Sebab kasut aku ni dah berkhidmat lama. Sayang kasut tu. Macam tak sangka yang akhirnya ia jadi peneman aku masuk ke bilik iv. Bukan kasut mak. Lagi la sayang plus plus kat kasut tuh. Tak delah sakai sangat kan. Cuma macam nampak lah yang aku slalu guna kasut tuh. Mana tau berkat kasut tu aku diterima meneruskan pengajian kat IPG. Jangan memain tau. Hah!!

Kan semua tau kalau iv IPG ni ada 3 sesi. Pertama Ujian INSAK, sesi berkumpulan and sesi individu. Aku rasa dalam banyak2 sesi, sesi berkumpulan tu kot yang tak berapa nak oke sangat. Aku pon masuk lah bilik iv tu dengan fail2 sekali, beg dan alat tulis. Masa tu time kitorang nak ujian INSAK. Soalan 135, jawab dalam masa 30 minit. Pesan orang berpengalaman, iaitu ayah aku. Ayah aku ni dia banyak noh pesan sampai dia tak sedar dia dah cakap banyak kali. Dia cakap kena jawab semua. Kalau tak jawab semua automatik gagal. Masa dapat kertas OMR tu terus laa isi apa yang patutkan. Pastu baca doa2 yang patut. Dia cakap lepas dapat kertas soalan terus jawab. Aku apa lagi, terus bukak baca dan bulat. Memang tak sempat le nak fikir jawapan aku tu betul ke tak. Aku tanda je. Zup zap zup zap. Pantas gile aku jawab. Tiba2 dah sampai soalan seratus lebih. Ekor mata aku nampak budak sebelah aku ni tengok jam. Aku dari awal tak tengok jam. Sebab aku buat cepat gile kan, jadi aku ingat ada la dalam 10 minit lagi masa tinggal. Skali amek kau. Tinggal 5 minit. Dah le sejuk eak. tengok jam pulak dah nak times up. Apa lagi jantung aku automatik berdegup laju. Heyyy, tak berguna. Terus pembacaan aku macam berserabut sikit. Nasib baik segera dikawal. 

Pastu aku adjust2 lorekan aku, cek aku jawab semua ke tak soklan nye. Pastu dah time up, aku pon keluar. Tak lama pastu, dia panggil masuk. Aku ingat 6 orang je dia panggil rupanya 9 orang. Pastu tengah tunggu sorang budak ni, gi mana ntah dia. Jadi iver nyer suro kitorang perkenalkan diri. Aku jadi orang pertama yang cakap. Aku tak tahu isi apa yang aku kena cakap. Aku cakap la pasal diri aku. Aku cakap nama aku and tempat asal aku. Pastu dia suro aku terangkan pasal diri aku. Aku cakapla semuakan. Nak cakap semua tapi tak sempat sebab dia dah suro orang lain pulak bercakap. Aku baru promo diri aku sikit nih. Grrr. Aku pon berhenti bercakap. 

Pastu aku pon dengar lah budak sebelah aku perkenalkan diri. Macam hafal skrip je aku tengok. Gaya dia cakap memang gaya debator. Jadi taulah aku. Yang tak menahannye, dia cerita pasal family dia. Dia cakap mak ayah dia guru, abang and akak dia pun guru, mengajar kat sekian3 dalam subjek blablabla. Aku pun alamak, kena perkenalkan diri macam tu ke? Tu bukan perkenalkan diri, tu promote famili. Tapi tak pe, aku faham. Kau neves kan. Samalah kita. Jadi bila dia promote dia punya family dia tak sempat nak promote diri sendiri sebab iver nye dah suro berhenti cakap. Pastu sambung la budak2 ni yang lain. Masing2 promote family. Lantak korang lah beb. Aku sendiri pon tak sedar yang aku promo diri aku lelebih. Tak de le lebih sangat. Biasa jer. Masa sesi perkenalan tu, aku sedar yang kat situ ada 2 orang debator. Okey, bonus bagi korang kan sebab pernah jadi debator. Jadi senang nak cilok ayat2 gempak sikit. Aku bab buat ayat lambat sikit. Jadi ayat aku tak berapa nak cantik. Aku mana reti cakap skema. Aku cakap cara aku. Cara sopan la tapi. Bukan gaya debator yang hebat tuh.

Sepatutnya ikut asal group aku 3 orang je yang datang. Tapi dia nak cepat dia sekaliguskan kitorang. Mess up mind set aku je lah sebab aku ingt untuk tengok video je. Rupanya sekali iv. Sesi individu tak ada. Dia bagi tajuk kokurikulum. Perh senang gila tajuk. Tak de yang senang lagi gak nyer. Iver nye suro kitorang terangkan video yang kitorang tengok tadi. Cakap la video tadi menunjukkan aktiviti kokurikulum bla bla bla... Pastu, dia suroh ceritakan pengalaman kami dalam aktiviti koko. Aku cerita pasal camping masa skolah rendah, kawad kaki sekolah, aktiviti gotong royong. Pastu dah la, dia suro tukar orang lain pulak. 

Soalan seterusnya dia suro bincangkan faedah menyertai aktiviti koko. Disebabkan senang laa aku kekeringan idea walaupon senang eak. Tokle nak fikir yang bernas sebab semua dah start cakap. Aku kalau bole nak jadi orang pertama yang cakap, tapi ada yang lebih pantas dari aku. Aku pon biolah dia cakap. Ingat nak cakap orang yang kedua, rupanya ada yang menyambung. Aku dah gulp, isi apa yang aku nak bagi ni nanti. Lepas tu aku cepat-cepat cakap. Aku cakap la aktiviti koko ni penting sebab dapat mengeratkan tali persaudaraan. Sebagai contoh, blablabla... lepastu merapu sikit2 kat sini sebab tak ada ayat, ulang ayat yang sama pon ada. Mula lah lidah berbelit sikit sebab dah tak de ayat. Pastu aku berhenti laa cakap bagi chan kat orang lain.

Soalan seterusnya dia cakap " Kita ada 16 nilai2 murni. Pilih 1". Masing2 pilih. Aku terus cakap AMANAH. Dalam kepala cuba sedaya upaya fikir kerangka ayat. Tapi macam blur jer. Tiba turn aku, aku cakap la. Saya memilih sifat amanah kerana bagi saya kalau tak ada sifat amanah dalam diri, automatik sifat tanggungjawab, kerjasama, bersatu padu, tolak ansur tidak dapat dipupuk dalam 1 kumpulan. Contohnye, ...bla bla bla.... Ntah apa2 contoh ntah aku bagi. Mulut aku yang berkata-kata. Tibai je aku asal aku cakap kan. Tak payah la nak mempertikaikan aku ni asyik cakap ayat yang sama ke apa ke. Isi yang korang bagi pon lebih kurang sama je aku tengok. Aku je yang bagi contoh lain sikit. Korang tak habis2 bagi contoh camping kawad camping kawad. Taula aku kurang pengalaman berkawad. 

Next question. Dah keluar speaking ni, mula lah sesi speaking ni. Iver nyer tanye, speak anything about cocuriculum activities. Perh, bapak dia senang. Aku tunggu siapa yang nak cakap dulu. Nampaknya semua tengah merangka ayat. Aku terus je cakap I want to talk first. Kemain lagi aku. Mana aku dapat keberanian pon aku tak tau le. Aku memang merapu habis larh wa cakap lu. Sebab nervous jadi orang first speaking. Tulah mulut ni gatai noh kan. Otak rangka lain, mulut cakap lain. Ni ayat yang aku cakap, for me activities such as washing dishes, sweeping the floor, planting plants are activities cocuriculum for me because we also can gain our healthy life blablabla Tapi disebabkan aku punya susunan ayat speaking memang broken, mess gile. Padahal boleh cakap banyak sangat. Jadi dalam banyak2 ayat, ayat pertama je okey. Ayat kedua dan seterusnya habis grammer aku langgar. 

Dia tanya lagi, how cocuriculum activities can help you to success in life? Hwah, soalan apakah ini? Apa aku nak jawab nie. Blur giler. Dala tadi merapu. Kalau BM bole le aku mencilok eak. Ini speaking, mana aku nak cari kamus. Aku duduk je diam2, otak memikirkan ayat. Orang lain punya ayat aku tak berapa nak dengar sangat sebab aku nak cari bagaimana?bagaimana? Akhirnya jumpa. Tapi 1 ayat je aku bole buat. Aku cakap macam ni, Activity cocuriculum can help us to apply work ( padahal job, sebab dah berserabut tang tu ) that need outdoor activity at united or university. Nak sambung, tapi sambungan dalam BM je yang aku mampu buat dalam hati. 

Pastu dia tanya selain IPG ada dapat mana2 tak. Aku cakap aku dapat temuduga MARA and matrik Perak. Kat group tu pon ada jugak eak yang dapat matrik Perak. Tak best betul. Tak payah le nak sama ngan aku. Sebab aku harap that was the first and the last aku jumpa korang tau. Korang kan pepandai, korang masuk laa IPTA ke asasi ke. Jangan masuk matrik tau. Tapi tak kesah pon. Terserah. Lepastu dia tanya ada nak tanya apa2 tak sebelum bersurai. Mungkin part yang last tu dia bagi chan kitorang kenapa nak jadi cikgu aku jelaskan lah sejujurnya. Aku cakap sebagai seorang bekas pelajar, saya melihat segelintir guru mempunyai cara pengurusan pembelajaran yang kurang affective. Berdasarkan pemerhatian saya tanggungjawab guru bukan sahaja hanya mengajar malah membantu pelajar memahami sesuatu topik dan subtopik dengan cara yang lebih mudah faham. Bukan semata-mata mengajar berdasarkan nota dan buku rujukan semata-mata. Terutama dalam subjek sains tulen dan add math. Jadi pelajar terpaksa membuat bacaan semuala subjek tersebut di rumah. Lepastu dah stop dah.

Masa tulah aku teringat Cikgu Zarinah. Dialah satu-satunya cingu yang pernah aku jumpa yang sungguh-sungguh mengajar. Even budak2 ni selalu cakap belakang pasal dia pada aku dia la cikgu yang aku betul2 respect. Aku tak tau sebab apa diorang cakap belakang. Cikgu cakap masa belajar kat sekolah ni awak fokus betul2, nanti kat rumah awak asyik nak main aje. Memang betul pon apa yang dia cakap. Lagipon konsep semua dia dah buatkan, tinggal hafal je. Lepastu dia pesan jangan salahkan cikgu kalau cikgu tu tak ajar awak ke apa ke, awak sendiri yang kena bergerak, belajar sendiri. Sebab dia lah aku minat subjek sains ni. Sebab tulah, aku tak nak cikgu tu jadi cikgu sekadar suka2. Tolonglah. Orang yang nak belajar, terutama pelajar yang memerlukan bantuan pemahaman yang lebih mudah sebab bukan semua orang boleh cepat pick up. Lagi2 subjek sains tulen sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris, lagilah lambat nak faham. Ada orang lambat sikit baru nak faham. Macam aku ni. Kena study hard sikit baru boleh nak improve. Ini cakap je lebih. 

Sebab tu sains tulen aku baca dwibahasa. Jawab exam guna BM. Semua ni Cikgu Zarinah yang ajar. Memang betul dalam BM lebih senang memandangkan aku ni BI pon kurang okey. Tak bermakna aku tak bole jawab dalam BI. Boleh jer. Cuma BM lebih selesa. Ada lagi sorang yang sependapat ngan aku. Dia ni kurang bercakap dari tadi. Sepatah dua ayat je dia cakap. Tapi dia sependapat ngan aku. Cikgu ajar laju sebab nak follow silibus lepastu cikgu garang dan sebagainya. Benda ni jugak berlaku kat sekeliling aku. Tak payah nak amek contoh jauh2 sebab yang dekat pon dah ada. Jadi kawan kita lebih suka tanya kita berbanding cikgu. Dia cakap lagi walaupon cara nya lambat, tapi betul. Dia cakap dia suka cara pembelajaran yang santai. Bukan yang macam ni dan macam ni. Nak je aku cakap 'saya setuju sangat dengan pendapat awak'. 

Dan berakhirlah episod temuduga IPG aku untuk tahun ini. Aku dah cuba yang terbaik, tapi ada yang lebih baik daripada aku. Aku cuma nak orang kat sekeliling aku selesa ngan aku. Tapi jangan kau buat aku tak selesa ngan kau sebab kalau kau buat macam tu nanti kau akan tak selesa ngan aku. Jadi, aku akan start buat preparation untuk ke KMPk..KMPk mariiiiiii... tak sabar nak masuk matrik nih. 

Thanks for reading this entry.












Sunday 28 April 2013

Do Preparation From Now !!!



Assalamualaikum..


Tadi aku bukak facebook. Tengok2 status budak2 ni yang ntah pape tu kan. Aku bukak fb pon cuma nak tau mana tau ada info yang aku termissed ke apa kan. Skali tadi terjumpa status Wa. Dia dah buat preparation dah wei. Aku ni? Amboooi, enak mu yer senang lenang dok depan LP jer. Amek kau kan dah tersedo yang diri tu masih lagi tak buat list. Agak2 list yang aku buat nanti macam mana ye? Tak sampai hati rasanya nak tunjukkan kat ayah. Mesti berjela-jela. Nantilah aku cuba short kan sikit. Sikit jer. Ngehngeh.

Apa pasal lah eak cuti ni cepat sangat habis. Pejam celik pejam celik lagi sebulan je cuti aku. Dah le blur lagi. Aku ni memang la kan, tak bole kalau tak de orang yang ingat kan aku. Konfem aku leka punya lah. Nanti dah last2 baru le kau nak kelam kabut ye. Meh cubit tampar tumbuk sikit aku ni bio aku bangun. Perjuangan aku belum habis lagi, malah baru nak bermula pon. Bila lar kau nak sedar ni Fatihah yer.

Cuti ni aku buat apa je eak. Eeie, macam tak buat apa sangat pon. Banyak benda yang aku nak buat cuti ni tapi tak sempat. Apanyer pon yang tak sempat aku pon tak tau la kan. tengok eah aku punya list untuk cuti ni yang aku nak buat sangat...

  • Dapatkan lesen kereta. Dah dapat dah akhir bulan 2 kelmarin.
  • Nak tengok cerita korea banyak2. Kalau boleh aku nak tengok semua. So, aku dah tak payah fikir lagi sebab aku dah tengok semua kan. Memang tak habis2 la aku tengok kalau nak macam ni.
  • Nak belajar jahit. Tak belajar lagi. Macam mana ni?
  • Nak belajar masak. Boleh je masak asal ada resipi and bahan.
  • Nak improve english and language aku. Preparation for MUET nanti. Tak improve2 lagi. Baru je beli buku MUET. Sentuh sehari je. Konon nak baca novel BI. Dah beli novel. Tapi disebabkan dia punya novel language high lavel bagi aku, jadi aku tak berapa nak faham. So, aku bosan and stop.
  • Nak buat self care. Tak sempat langsung pon. Sedih tau. 

Tak banyak pon apa yang aku nak buat. Tapi yang tak banyak ni pon tak terbuat. Jangan tanya aku lah kenapa aku tak sempat buat semua ni. Keep it secret okey. Result SPM aku? Alhamdulillah..aku dapat keputusan yang baik. Tak adalah teruk sangat. Walaupon tak dapat s'As tapi tak pe. Lepas ni aku buktikan kat semua orang. Aku jadi budak paling nerd kat matrik nanti..tengoklah. Tak nak da memain kat matrik nanti. 

Temuduga MARA hari tu tak pergi. Terlepas date. Tapi tak apa kot. Sebab pilihan aku kat situ yang first Tindikan Matematik. Aku tak tau ape benda ni. Tak buat research lagi. Nanti lah. Tak ada mood rasanya bila teringatkan yang cuti aku ni dah tinggal berapa hari je lagi. Pasni aku dah kena menghadap buku tebal lagi.. Mak aii.. Pilihan kedua aku amek Psychology. Abez tak tau nak mohon apa dah memandangkan keputusan aku tak mengizinkan aku amek medic and dentistry. Nak mohon engineer memang tak la sebab aku tak minat langsung.

Lepas tu aku cuba mohon kat syarikat yang menawarkan program belajar ke Mesir. Aku mohon kat 2 buah syarikat secara online. Dua2 dapat. Tapi tak nak pergi kot. Nak gi sana mahal sangat. Tak nak lah susahkan mak ayah. Tak baik. Pergi memang lah best. Yang aku risaunya aku ni. Boleh ke terima kejutan budaya yang tetiba tu. Amek subjek sains lagi. Sains extream pulak tue. Grrr... english speaking nak kena power. Aku ada dapat jugak surat tawaran daripada MSU. Memang tak lah nak pergikan. Yuran kolej kan mahal. Tahun 1 je yang murah 'sikit'.

Yang the latest ni pulak, semakan permohonan ke matrikulasi. Guess what! Aku dapat matrik Perak. Aku tak mohon situ pon kan. Aku mohon Johor, Melaka and Negeri Sembilan. Awat jauh noh kau bagi aku ke Perak. Brapa lama aku nak mendaki gi Perak uh? Yang mintak Perak kau tak bagi pulak kan. Yang tak mintak kau bagi. Meh sini aku bagi siku sikit, Tak nak siku aku bagi buku lima. Hah, tau tak nak. Dah tu asal nak bagi aku jejauh pulak? Nak cari pasal ngan aku ke? Nak cari pasal meh ar depan2. Kita masuk gelanggang. Haaa, kan aku dah emo. 

Tapi bila difikir-fikir balik, yang aku tak nak tulah yang aku dapat. Mungkin ada hikmah kenapa aku dapat Perak. Mana tau rezeki aku lebih sikit kat situ instead of Johor ni. Tapi sekarang aku dalam dilema. Matrik ada 4 modul. Yang menjadi pilihan aku modul 1 dan modul 3. Modul 1 amek subjek Bio, Chem, Phy, Math and MUET. Yang modul 3 pulak Bio, Chem, Sc Com and MUET. Apa yang membezakan kat sini ialah aku serius tak nak amek fizik. Tapi fizik aku A- masa SPM. Aku bernasib baik sebab soalan SPM Fizik tahun aku senang sikit. Aku rasa tulah soalan Fizik yang tersenang antara yang tersusah dalam banyak2 soalan Fizik. Still Fizik susah. Orang kata dah masuk matrik jadi senang pulak. Macam mana ye? 

Aku kena buat research la pasal ni. Tak tau nak buat research bila ni. Lepas tu, tak kan aku nak amek Sc Com tu? Tak masal nak amek ICT. Dah le tak pernah belajar. leceh pulak nak kena belajar benda baru memandangkan tempoh setahun yang pendek tu. Kalau sekadar pengetahuan am aku boleh le belajar. Ini aku nak struggle pada subjek asing yang aku tak berapa nak suka pulak tuh. Dilema aku kat sini. Aku kena buat research cepat2 ni..

Yang UPU pulak. Ntah aku macam dah tak de mood bila fikirkan UPU. UPU ni lama sikit aku buat research. Lagipon aku masih blur2 lagi pasal ni. Aku cari satu2 tau each IPTA aku cek semua. Bila dah tau sikit mestilah ada yang menarik perhatian. Macam masa aku mula2 dulu tu, aku nak sangat masuk Tamhidi Pergigian. Now, aku macam tak kesah je ngan tamhidi tuh. Padahal dulu nak masuk sangat tu. Kan ada 3 kali kemas kini. First time hantak tak termasuk kemas kini. Jadi boleh 4 kali tukar and hantar. Masa mula2 dulu, aku mohon laa tamhidi pergigian, asasi sains kesihatan bersekutu, asasi pergigian, tamhidi perubatan, asasi pintar, tamhidi sains dan teknologi, asasi perubatan, and asasi bahasa inggeris. Masa ni aku tengah blur2 lagi. Kurang pengetahuan lagi.

Pastu, kali kedua mohon lagi. Aku tukar lagi. Aku pilih tamhidi pergigian, asasi pergigian, asasi sains, asasi pengajian islam dan sains, asasi sains ums, tamhidi perubatan, asasi sains kesihatan bersekutu, and tamhidi sains dan teknologi. Permohonan ni aku buat sebelum result SPM keluar. Cuba2 je masa ni. Lepas tu, permohonan kali ketiga, lepas result SPM keluar, aku tukar lagi. Aku pilih asasi sains, asasi sains hayat, asasi sains fizikal, asasi sains bersekutu, asasi sains kemanusiaan, tamhidi sains dan teknologi, diploma sains matematik, and diploma pengajian islam ( sejarah dan tamadun islam ).

Lepastu, aku rasa macam ada something wrong dengan permohonan aku, aku tukar lagi setelah fikir banyak kali. Aku dah decide and ianya muktamad. Lepas ni aku redha jela mana 1 yang dapat. Sebab semua yang aku mohon berkemungkinan layak and boleh dapat. Cuma mana 1 je yang aku tak tau. First and second choice aku mohon asasi sains uitm n ums. Memandangkan aku nak jadi dentist nanti, dengan result SPM yang tak mengizinkan aku, aku mohon lah ni. Tapi, bila dah masuk sini serupa je masuk matrik. Cuma asasi sains tak ada Sc Com. Pastu kalau dapat sinilah kan, persaingan ramai sangat. Dah le budak2 excellent yang dia pilih. Hmmm, kena amek Fizik lagi. Memang tahap merendah diri aku tinggi la kalau aku masuk situ kan. Abez masing2 pon pandai and boleh tahan. Jadi aku kena beat budak2 ni, jadi semangat aku nak belajar meningkat lebih kot nak dibandingkan masuk matrik tuh. Masuk asasi sains ni pon tough jugak la weyh. Bukan senang. Fizikal and mentaliti kena strong. Sebab setahun jekan. Nak yang 2 tahun boleh tapi lambat lah.

Pilihan ke-3 pulak aku amek asasi sains fizikal kat UIA. Asasi kat UIA kan specifik, jadi aku macam tak berminat sangat. Aku pilih ni pon sebab bukan nak jadi engineer. UIA dah tawarkan asasi kejuruteraan. Jadi asasi sains fizikal bukan untuk engineering. Aku nak amek pure math masa degree nanti. Boleh le jadi cikgu or lecturer nantikan. Aku yakin aku boleh sebab aku minat Math kan. Pilihan ke-4 ni aku cuba2 je, mana tau dapat kekan. Kalau tak dapat pon tak apa laa. Kan rezeki masing2. Aku mohon asasi pengajian islam dan sains kat UM. Belajar kat sini lama. 2 tahun. 2 yang tak nak tu. Tapi, mohon je.

Pilihan ke-5 aku mohon diploma pengajian islam ( sejarah dan tamadun islam ). Yang ni aku berminat sikit sebab apa. Belajar sejarah kan. Hafal dan kena banyak baca. Cerita2 tentang Islam. Belajar pon dalam bahasa Melayu je. BI tak masuk campur sangat. Jadi aku boleh struggle dapatkan dekan setiap exam and dptkan pointer 4.00. Boleh! Aku boleh! Malaysia boleh! Hwah bersemangat betul aku nieyh. Ngengenge... Pilihan ke-6 aku pilih tamhidi sains dan teknologi. Aku tak nak masuk sini serius. Kalau dapat sini, aku prefer matrik. Sebab apa aku cakap, masuk USIM ni kena belajar Arab sekali. Jadi time untuk aku struggle agak membebankan sikitlah. Aku target 4flat,4A,4.00 pointer. Jadi, subjek aku, aku kena kurangkan sikit. Baru boleh capai target. Bukan tak nak amek or belajar Arab lagi. Nak, tapi faham lah situasi aku. Aku tak nak beban sangat. Tak nak banyak bende nak kena fikir. 1 tahun je. Dalam tempoh setahun tu aku kena buktikan. Lepas 1 tahun tu barulah aku bole berlapang dada fikir benda lain pulak kan.

Pilihan 7 pulak, aku mohon asasi sains kemanusiaan. Tak minat, tapi mohon je. Kalau aku choose sini, masa depan aku akan terarah ke motivator dan yang sewaktu dengan nya. Nak amek pengurusan or bisnes admin lepas abes asasi ni pon boleh kot rasanya. Nanti kalau kat IPTA aku memang nak amek minor psikologi. Sebab best kalau kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Pilihan ke-8 pulak aku letak diploma sains matematik upsi. Ini pilihan ayah. Sebab ayah nak aku jadi cikgu aje. Memandangkan aku ni perempuan. Sesuai je ngan aku. 

IPG pon aku mohon jugak. Tak tau dapat temuduga ke tak. Tarikh and keputusannya tau 6 Mei ni. jadi bersabarlah sedikit yerk. Research pon tak buat lagi. Persiapan tak buat lagi. Kalau dapat, aku kena godek2 Mr Goo ni. Semua maklumat mengenai IPG interview aku kena tw. Kiranya IPG in my first list. Yang kedua matrik, yang ke3 pulak UPU.

Detailkan aku bagi maklumat pasal aku. Hati ni risaukan diri sendiri. Apalah masa depan kau nanti. Aku ni jadi apalah nanti. My fate, my destiny... Semuanya ketentuan Allah. Aku menerima sahaja. Apapon aku akan cuba buat yang terbaik buat diri aku sendiri. 

Thanks for reading this entry.






Thursday 25 April 2013

April Fool..



Assalamualaikum..


AAAaaaa.. Lama gila tak tulis entry. Sorry. Tak de masa. Plus tengah down gila. Pastu kira2 how many days left for my holiday, makin nak cepat2 tengok cite korea. Huh, tak masal. Tapi betul la. Aku kalau boleh nak tengok semua. Tapi, nak select mana satu cite yang best tak tau. Takut nyesal pulak kang tengok tak best. Jadi sebelum tengok kena look up dulu at Mr Goo. Tengok cast dia, tengok episode ratings, pastu baru boleh tengok. Tengok lah tajuk aku yang kat atas 2, April dah nak abes tetiba nak april2 fool segala. Lebey jer kau. 

Eeeie, asal le eak cepat noh masa berlalu, rasa macam baru semalam 1 April. Hari ni terus je loncat 25 April. Kemain kau nak loncat2 25 hari. Loncat seminggu je dah le kan. Hampir 4 bulan aku bercuti. Macam tak de buat pape, padahal aku lah orang yang paling busy aku rasa kat rumah ni. Busy aku ni, bukan busy buat kerja berfaedah, buat benda lagha. Masyaa Allah. Apa nak jadi ngan aku ni yerk. Istighfar dulu bebanyak ye Fatihah ye. 

Aku tak de mood sebenarnya nak membebel hari ni. Mood nak berblog tengah tak de sekarang. Jadi, aku tulis sikit je nanti. Nanti kalau aku ada masa aku edit balik le. Aku tulis ni pon sebab tak sampai hati nak tinggalkan entry bulan April ni. So, rasanya entry bulan April ni satu je kot. Bulan 5 nanti In Shaa Allah aku tulis banyak sikit.

Goodbye..