Tuesday 12 March 2013

Decide Carefully!!



Assalamualaikum..



Guys, this is my first entry for this month. A little bit late. Sorry. Let's talk to the point. Sebenarnya, aku dah lama dah nak tulis entry ni. Tapi aku tak sempat gila nak tulis. Dah tu aku kalau tulis, bukan bole 30 minit jer,  nak lelama. Tu yang kena fill dulu ayat2 dalam otak, baru boleh luahkan. Bagi cepat dan jimat masa. 

Result SPM keluar 21/3/2013 nie. So, another few days I will keep waiting. Masa berjalan cepat sangat. Rasa macam baru semalam habis exam tau tak. Tapi, itulah realitinya kan. Setelah mendapat mimpi yang pelik2 pasal SPM, pasal UPU, aku hanya mampu berserah. Serius aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. Speechless di mulut tapi di hati bagai ombak melanda. Entry kali ni mungkin agak panjang kot. Tapi macam tak sure sebab aku dah cakap yang aku speechless tadikan. So, kalau aku tulis yang pelik2, suka hati aku kan sebab ini blog aku. 

Setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan aku jadi researcher.....apa hasilnya? Hurmm, tak adalah nak memuaskan sangat, tapi membantu okey. Semakin banyak research yang aku buat, semakin banyak maklumat yang aku dapat, semakin berbolak balik hati aku ni hah. Apa penyelesaiannya? Nak berhenti atau teruskan? Atau biarkan? Now, in dilema... Ini belum cerita pasal biasiswa lagi. Small matter je actually, tapi aku make it big prob. So, trouble making kan. Saja je aku ni. Tapi, boleh ke aq just buat2 tak tahu? In face reaction bole lah aku buat2 belakon, hati ni hah, dia tak moh nak ikod berlakon. Grrr...

Selama aku bergoogle, macam2 cerita, macam2 pengalaman, macam2 info aku dapat. That makes me rethink about it again. Diorang dah lepas, aku tak lepas lagi walaupon dah nak lepas. Selagi tak lepas, sure aku in dilemma. Tapi, tak nak le cepat2 lepas. Look, cepat salah, lambat pon salah. Lupakan. Aku search laa apa yang aku nak pilih dalam UPU tuh, macam2 asasi aku search. Alhamdulillah dapat penyelesaian. So, far itu cuma penyelesaian dari segi positifnya lah kan sebab itu yang diorang dapat, cuba citer yang tak dapat tu. Yang tu lagi lah, menyebabkan down,down,down dan down. 

Okey, orang cakap berusaha, berdoa, bertawakal, buat solat hajat banyak2, berzikir, baca surah2, buat solat istikharah, apa lagi? Hah, macam2 lah kan. So, macam2 nasihat yang aku dengar. Walaupon semua tu aku dah buat, tapi still semua tu tak menenangkan hati aku. Aku sebenarnya nak kan penjelasan dan sesuatu yang confirm. Aku nakkan pendedahan. Ada tak sesiapa yang boleh guide aku? Datanglah sini. Bagitau aku. So, aku bole tanya macam2. Segala tanda soal yang berjuta2 dalam fikiran aku ni harap berkurang. Bagitau aku in detail. dari A sampai Z. So that I can feel at peace and stay calm.

Secara rawak, most excellent student, excellent in SPM, of courselah target diorang nak masuk course medic. Itu memang favourite diorang. Da tak payah nak cakap apalah. Mostlah tapi tak semua. Aku amek yang majoriti sahaja. Lepas tu, kalau yang result yang sederhana, diorang suka sangat dengan engineering. Law pulak macam course sampingan masa nak amek degree kalau tak dapat yang lelain lah kan. Ini memang top course lah pada aku. Farmasi dan dentistry kuotanya hanya sikit, jadi hanya yang bertuah sahaja dapat masuk situ. Kalau dah straight A++, korang nak apa pon dapat, jadi toksah risau ye. 

Sebab tu, masa SPM kena study betul2, kalau tak, korang akan terfikir-fikir apa course yang sepadan. Even aku adalah target pelajar straight A kat sekolah aku, still aku rasa aku ni biasa2 je. Aku tak mengharap pon A++ berjela-jela. Cukup lah sekadar straight A. Tu dah mencukupi bagi aku. Zaman kita kat sekolah lain, zaman kita kat Universiti, Matrik lain jugak. Masa SPM tu pon aku masih terkial-kial nak cover tajuk2, inikan pulak silibus yang banyak2 dalam tempoh setahun. Can't imagine. Mungkin aku boleh, sebab aku dah alami pengalaman, tapi tu pengalaman masa kat sekolah. Masa kat IPTA and Matrik aku tak tau, format peperiksaan pon tak tau. 

Even student2 STPM pon susah nak dapat 4flat, inikan lagi.........( speechless). Aku kalau nak dapatkan the best mark masa kat sekolah dulu tu pon kena study hard gila. Kalau tak memang tak dapatlah nak jadi student straight A. Persaingan ramai gila. Memang dah tak sempat pon nak study2 smart sebab, masa aku study, aku buat nota, then nota tu keep dalam fail so that nanti senang lah kan nak baca2 kat mana2. Aku ni suka je buat nota, pastu bila nak baca balik nota tu, aku tak nak baca balik sebab, aku merasakan nota tu tak lengkap, dan kena buat nota lagi dan lagi. See, banyak noh kerja aku kat situ. Berapa banyak nota ntah aku buat. Sebab nota yang aku buat tu tak best. Nak buat nota ynag best2 bole, tapi lambat sangat. Jadi, aku buat nota cepat, sekadar faham dan hafal. Mood nak baca nota tu tak ada. Aku lebih prefer baca buku tebal dwibahasa aku tu jer. Lagi best.

Banyak betul benda yang aku nak membebel sekarang ni tapi aku tokle lah nak membebel sembarangan. Attitude kena jaga sikit walau di mana kita berada betul tak? Hmm.. So, apa yang aku nak tulis ni sekadar kesimpulan aku jer. Memandangkan kerjaya aku sebagai researcher tak bertauliah tak habis lagi, di sini sekadar coretan semata.

Tamhidi, USIM
First sekali, aku nak cerita pasal tamhidi ni. Sebab, inilah Universiti yang mula2 sekali aku jatuh hati. Sebab aku nak sangat masuk Tamhidi Pergigian. Cita-cita aku memang la nak jadi doktor. Tapi aku seriously tak nak jadi doktor yang betul2 doktor. Just nak jadi doktor gigi. Specifik sikit. Kalau medik, menjurus ke arah semua. Then, baru yang specifik. Dalam UPU aku ada masukkan Tamhidi Perubatan dan Tamhidi Sains dan Teknologi. Bila dah masuk Tamhidi ni, korang punya masa depan macam terjaminlah sebab kalau korang excellent, diorang akan serap korang masuk situ untuk gi degree. tak perlulah korang mohon2 kat UPU lagi.

Tapi, korang jangan ingat nak masuk sini senang tau. Kalau nak masuk Tamhidi Pergigian, korang kena ada straight A dalam tangan. Dah straight A plak, kena ada sekurang-kurangnya 5A+ ( tak tau lah kalau yang lelain tu kalau less dari 5A+ ), kalau tak ada sekurang-kurangnya, jangan letak harapan terlalu tinggi kat situ. Kalau ada rezeki, insya-Allah dapatlah. Lepastu, kalau nak masuk Tamhidi Perubatan pulak, kena ada yup, straight A, dan kena ada at least 8A+ ( aku main agak je sebab ni yang aku jumpa masa buat searching ). Kalau tak ada at least tu, jangan harap terlalu tinggi sebab sekarang ni terlalu ramai saingan.

Kalau korang ada mohon Tamhidi Sains dan Teknologi pulak, tak straight A pon tak apa kot. Nak masuk Tamhidi ni pon bukan senang. Sebab masa aku buat searching tu, akak tu SPM 2009, dia dapat 9A. Tu pon baru dapat Tamhidi Sains dan Teknologi. Tapi sekarang, aku tak tahu, mungkin straight A. Berapa A+ aku tak tahulah. Hanya bergantung pada rezeki. And korang mestilah taukan kalau nak masuk USIM ni kena ada Bahasa Arab in SPM. Kalau tak ada, tokleh le memohon.

Kiranya siapa yang masuk Tamhidi ni kena struggle habis. Tokleh memain. Langsung. Kecuali kalau otak korang jenis yang cepat pick up. Kalau macam aku ni, tokleh nak leka, kalau leka lain jadinya. Sebab apa aku cakap macam ni? Even aku result pon tak keluar lagi, tapi just FYI. Tak salahkan. Takut plak nanti ada orang cakap aku ni memandai pulak. Aku nak bagitau, yang kuota untuk Tamhidi Perubatan mungkin maksimum 200 orang. Tapi yang akan diserap masuk ke degree hanya tak lebih 120 orang. Aku tak tahu berapa kuota sebenar dia. Ini berdasarkan tahun2 lepas. Tahun ni tak tahu sama ada dia lebihkan dan tarik ramai student ke. Mana tau kan. Lepastu, bukan tu je, MUET korang kena dapatkan Band 4. Berdasarkan syarat Band 3 pon dah bole jer. Memandangkan ramai sangat yang pandai, so....... Memang killer.

Kalau Tamhidi Pergigian pulak, pelajar tamhidi yang akan diambil dalam lingkungan 70-90 orang. Korang kena struggle habis, sebab berdasarkan akak tu punya blog, memandangkan dia budak SPM 2011, dia tulis, kuota untuk ke Ijazah Pembedahan Pergigian cuma 35 orang. Nampak tak permainan dia kat situ. Band 3 dah bole kot. Tak jumpa pulak kena Band 4 ke apa. Tak tahulah lepas2 ni.

Bukan ni je. Student Tamhidi Sains dan Teknologi pon berpeluang beat student Tamhidi Perubatan dan Pergigian. Kalau diorang dapat pointer yang bagus, then dapat beat Med dan Dent, diorang pon boleh masuk situ. Udah le student Tamhidi Sains dan Teknologi tu punya le ramai. Tapi, ada je yang mohon UPU. Mungkin diorang tak nak further kat USIM lagi, diorang boleh mohon masuk ke IPTA lain in course yang sama kalau dapat. Apa lagi eak? Hmm, macam ni jer. Untuk USIM ni pon dah panjang berjela. Tak taulah yang lain aku tulis nanti.

Kalau ada tersalah maklumat mention ye..


1 comment:

salwa syafiqah said...

Assalamualaikum dik.
Salam perkenalan. Saje jalan2 terjumpa blog adik.
Macam mana dapat xmasuk tamhidi dentistry?
Akak ex tamhidi dentistry.