Thursday 28 February 2013

Alhamdulillah..i got it!



Assalamualaikum..


Tak nak tipu2.. Terus terang aku cakap yang sememangnya aku teramatlah sangat gembira dan bangga hari ni.! Aku dah lulus test jalan raya dan litar. Yahoooooo.. Sekarang ni, aku macam tak percaya yang aku dah dapatkan lesen memandu aku. Lesen P aku dah boleh amek minggu depan. Setelah berkali-kali aku kena psiko ngan tester tuh. Dengan berkat kecermatan aku, aku lulus. Alhamdulillah.. macam tak percaya yang aku memang boleh buat semua tu untuk sekali je. Memang terbaiklah kau Teah. Aku bangga dengan kau Teah. 

Malam semalam hari Rabu malam Khamis, aku cuba tenangkan hati yang gemuruh ni. Aku cakap sorang2 apa yang perlu aku buat esok. Pastikan aku buat yang terbaik. Niat dalam hati jer. Lepas tuh aku telefon Haziqah, mintak tips2 masa nak jalan dan buat bukit and parking. Okey, semua dah faham. Tinggal nak buat esok jer. Di sebabkan aku dah tidur lama2 petang tu, aku tokleh tidur malamnya. Sepatutnya aku rehatkan minda, hati dan fizikal aku. Ni tak, aku gi dok tengok cerita Ojakgyo Family, pastu aku maen game Zuma. Masa tu aku cuba rilexkan hati yang berdebar ni hah. Tidur pukul 2 pagi. Masya-Allah. Dahtu paginya bangun pukl 5.50. Udah le kene ada kat kedai buah tu pukul 6.45. Bangun lambat pulak. Mak kejut lambat. Dengar je suara mak terus bangun gi bilik air. Hakhak. Beg dah siap2 kan dah malam tadi. Pagi tinggal iron baju dan tudung. Tu pon rasa macam dah lambat. Tapi nasib baik sempat sampai pada waktunya. Che Mat dah sampai dulu laktuh. Awal gila dia sampai. Aku orang kedua sampai. Huh lega sebab tak kena tinggal sebab semalam dia dah pesan kalau lambat kena tinggal.. 

Perjalanan yang amat mendebarkan. Aku cuba rileks. Baca apa2 yang patut. Stabilkan pernafasan. Senyap je aku masa tuh. Dengar budak2 ni berbual pasal driving. Sesekali aku mencelah la apa yang patut. Sampai je, aku gi tengok angka giliran aku. Alhamdulullah, aku dapat no.24.. walaupon agak terakhir, tapi tak apa kot. Lagi nervous kalau dapat awal2. Aku bukan boleh, nanti semua mengigil. Pastu gi bayar dan masuk bilik sebab nak amek baju dan dengar taklimat. Kat dalam bilik tu adalah jumpa kengkawan lama. Sekadar senyum sahaja. Yang perempuan ada yang salam. Taklimat tu Encik Rahman yang bagi. Kawan aku, Diba, dia cakap Encik Rahman ni tester. Diba cakap dia ni best. Aku pon, oooowh ( angguk2 je ). Keluar gi toilet dulu, baru naik atas. Ingat naik atas terus mula, rupanya kena tunggu lagi. Kalau kena tunggu sekejap takpe. Ini lama tau tak. Lenguh segala urat sendi aku. Urat kaki dah rasa macam nak tegang dah. Udah le kaki memainkan peranan yang sangat penting hari tu. Aku urut2 sikit kaki aku tuh biar reda sikit ketegangan. Dah tak tegang pun. Alhamdulullah. Dalam pukul 10.30 baru tester tu naik. Udah le smart2 semuanya, pakai tali cermin mata hitam pulak tuh. Hmm, tak heran sebab budak2 yang lepas cakap diorang garang. Tak pon aku tengok. Hari ni Pak Atan tak jerit2 sangat. Yang tester tu pon in good mood jer.

Lepastu tiba la giliran aku. Aku dapat kereta JJB. Nombor flat apa ntah, tak ingat. Masa tu aku cuma berharap kaki aku tak menggigil dan tayar kena line kuning. Aku masuk kereta, aku buat perkara asas yang selalu aku buat tu. Pak Atan kata tak payah betulkan cermin, tapi aku betulkan sebab aku terbiasa buat macam tuh masa latihan. Ah sudah Pak Atan nampak, kena marah tau tak. Semua pandang. Aku buat tak tau je dan jalan. Tak gentar pon. Bukit aku lepas. Masa tu tayar aku 10% keluar ke depan. Memang masuk lar tuh. So, aku pon up tangan. Bukit memang mencabar bagi aku. Masa latihan tak mencabar, tapi masa test memang mencabar. Lepas je bukit pass, rasa macam timbunan batu kat bahu aku ni dah di kurangkan sikit. Lega sangat sebab tak terberenti keretanya. Parking sisi pulak, aku buat dengan berhati-hati dan perlahan. Lepas kereta masuk tu, aku angkatlah tangan, tester tu tak nampak. Pak Atan kata tunggu arahan daripada dia. Tapi dia tak pandang2. Aku takut time habis jer. Aku turun tangan balik, tengok Pak Atan, Pak Atan tak jerit pon. Aku angkat jela tangan kan. Pastu dia pandang. Adalah dalam 1 minit aku dok situ. Nasib baik doe. Keluar gi 3 penjuru pulak. Aku buat lah cara aku. Lambat dan berhati2, aku pusing stereng memang lambat. cepat2 kang terapat pulak. Aku tak guna brek langsung. Lega. Lulus. Letak kereta kat tepi pondok tuh. Keluar gi naik atas. Mengigil kepala lutut aku. Naik tangga mengigil. Nasib baik kaki tak gigil tadi. Naik atas dia suro sign, tulis nama dan ic. Aku pon buatlah. Tangan aku pulak mengigil. Bapak dialah. Yang tester tu tengok je. Aku cuba tulis secepat yang mungkin. Kalau aku yang jadi tester tuh, dah lama aku ketawakan calon tu sebab menggigil. Jahat tak? Haah memang jahat, aku ni suka ketawakan orang. Ini tak dia buat muka serius dia tuh. Alah, lantak kau lah. Yang penting kau dah luluskan aku kan. Tu dah kira bersyukur sangat lah tuh.

Pas dah selesai semua tu aku turun la gi kantin. Aku oder milo ais. Tak makan. Sebab tak selera and takut nanti sakit perut tetiba plak. Aku duduk situ sebab tunggu untuk yang jalan raya pulak. Haih bilalah nak lepas ni?..Sabaaar..Okey!..Dalam pukul 12 tuh dak yang no 1 dah gi jalan dah. Nasib baik lah sebab masa tuh cuma ada 2 kereta jer. Macam lambat sikit kan. Tapi tak pe. Dalam kol 1 tu stop test sekejap sampai lah 1.45 petang. Lepas rehat baru banyak kereta. Masa pukul 1 tuh aku gi surau nak solat dulu. Sementara tunggu azan aku buat solat hajat dulu. Tak lama pon sekejap jer. Sebelum azan tu tak ramai orang lagi. Aku ngan dak2 ni je. Lepas je azan dah ramai sikit. Aku tak boleh la nak terhegeh0hegeh kan sebab ramai lagi yang nak sembahyang. Tempat solat dia keciklah. Lepastu stand by kat tempat duduk tuh. Aku mengharap kereta Pak Atan lah turn aku. Tapi aku fikir positif masa tuh. Kereta Pak Atan ke tak, buat je yang terbaik. Kan dah buat latihan, dah belajar. Sebulan pulak tu. Mesti boleh buat. Insya-Allah Allah akan tolong. Aku duduk diam2 jer. Tiba je kereta, aku dapat kereta lain. Tak apa. Yang penting mind set kena betul. Cikgu Ganesan cakap tak boleh bawak beg sekali masa nak jalan. Tapi, aku nak alas guna apa? Aku ni dah le kecil. Kang susah pulak aku nak bawak kereta. Aku tanya dia, dia kata boleh. Nasib baik. Sebab tu je sumber aku. Memang tu niat aku. Aku malas nak bawak bantal.

Dapat je kereta aku pon bergerak gi kat kereta tu. Tertanya-tanya siapalah aku punya tester. Rupanya penceramah yang bagi taklimat kat bilik tadi.  Serta merta gemuruh aku gementar aku berkurangan. Kiranya sepanjang aku ngan dia, ibarat dia macam Pak Atan. Aku tak pernah nervous bila ngan Pak Atan. Macam meningkatkan keyakinan aku la kat situ nak buat yang terbaik. Senang cakap ada harapan lah kat situ. Apa pon depends on aku. Sama ada aku okey ke tak. Kalau tak okey tak lulus jugakkan. Aku bagi salam, pastu mintak izin nak bawak beg sebagai alas. Dia bagi. Ow yeah..! Aku pun masuk. betulkan tempat duduk, pastu betulkan cermin kereta macam biasa. Aku nak betulkan cermin yang sebelah sana tuh. Dia cakap tak payah. Pastu dia suroh aku cepat2. Aku kena rileks la sikit. Masa tu macam da kelam kabut jugak. Aku silap. Sepatutnya aku abaikan cakap dia. Ayah da cakap da rileks kalau dia suroh cepat ke apa. Aku lupa sebab dah nervous sikit. Jadi stereng aku tak cek, gear masa tuh aku rasa macam tak perlu sebab 'entah'. Kiranya macam aku dah taulah kan yang gear tu dah free ( suka hati kau je tak nak cek. Kalau tak kau dapat 19/20 tau tak! ). Padahal aku dah baca dah 20 syarat2 kat paper tuh. Hmm, rugi dah kat situ.

Aku dapat jalan A. Aku dah bersedia dah ni nak gi jalan A ni. Tiba2 dia soh aku gi jalan B. Macam best lah kan sebab jalan B tu dahla senang, mudah dan sekejap. Tiba2 sesi perbualan berlaku kat situ so makin lambat lah jadinya. Dialah ni saja buat aku konfius. Nak psiko aku lah tu. Aku cakaplah kat kertas tu dia tulis jalan A. Aku bagitau dia kot2 dia tak tau ke kan. Pastu dia tanya aku nak jalan A ke B. Aku macam nak jalan B la kan sebab dia dah bagi aku chance kat situ. Aku cakap aku tak kisah. Sebab dia yang tester kan. Dia lah yang sepatutnya decide. Aku pulak yang kena terkulat2 kat sebelah dia memikirkan jalan apa. Memang nak psiko aku la tuh. Nak kena ni. Dia cakap ada ke jalan tak kisah? Awak pergilah jalan tak kisah. Aku geleng sambil cakap tak ada. Dia cakap awak nak jalan A ke B ni? Aku cakap boleh laa jalan B, kan. Masa tu macam boleh ke main tukar2 jalan macam ni? Isyh dia ni biar betul. Macam tak sangka yang aku kena macam ni. Dia diam dan aku mula bergerak. Lepastu, masa kat selekoh tu aku tekan clush sikit sebab nak kurangkan kelajuan kereta. Dia tegur aku. Macam aku buat salah besar jer. Aku cuak. Alamakkkk, dia perasan ke? Aku cakap aku tekan sikit. Dia kata 'ah?'. Dia tak dengar. Aku cakap kuat sikit. Pastu dia cakap tak boleh tau tekan clush. Aku jawab lah owh, tak tau pon ( macam kurang ajar sikit kat situ, isyh mulut aku ni ). Jalan jela tegak. Lega sebab dia tak suro turun. Cuak kot. Saje jelah dia ni.

Pastu aku macam tersedar daripada trick yang dia cuba lakukan. Aku tanya sekali lagi ni sebenarnya nak gi jalan mana? Dia jawab terserah awak lah awak nak dengar cakap saya ke cakap awak. Nada dia macam dah geram. Aku tergamam dan mula tersedar yang aku dimainkan. Jadi aku diam and decide nak gi jalan A seperti asalnya. Aku tak jawab pon apa yang dia cakap. Pastu aku tegak je. Rasa macam smooth jer. Yela jalan tegakkan. Happy. Halangan lepas ni yang garis2 putih tuh. Apa nama ntah. Hah! Kat situ kena hati2. Bawak slow2 sikit lah kan. Aku tunggu trafik hijau. Lepas tu jalan. Tiba2, dah nak sampai kat garis2 putih tu, ada bas pulak berenti kat depan tuh. Aduh, macam mana ni? Dah la lepas line putih tu ada garisan petak kuning yang tak dibenarkan berhenti. Lepastu aku rasa macam double line kat tengah2 tu. Aku berada di tengah2. Aku tengok Ira lalu je sebab tak ada kereta masa tuh. Signal masa tu terpasang. Kiranya signal kat garis2 purih tu adalah penyelamat aku. Kalau tak aku memotong tanpa pasang signal. Gagal lah. Dahla garisan tengah tu dua line. Yeke? Kalau ye lah kan, dah boleh gagal dah aku masa tu. Sekali lagi nasib menyebelahi aku yang kereta kat lorong sebelah jauh lagi. Tak adalah jauh sangat. Kiranya kalau aku tak cepat memang kritikal lah masa tuh. Aku pon potong bas tu cepat sikit. Amin dia tak mara. Lega plus cuak plus takut. Tak pernah2 masa latihan macam ni. Ni first time kot. Hisyh, nak kena lah bas ni!! Rasa macam Allah membantu aku kat situ. Syukur aku dapat control. Lepastu tegak je sampai trafik light. Aku jauh lagi masa tuh. Kiranya aku dah nampak yang lampu tu dah nak hijau. Masa tu tinggal 9,8,7,6 aku stand by gear 2. Aku gerak slow sikit sebab tak nak berenti. Nanti kena tukar gear 1 pulak. Leceh. Masa tu aku ingat, bila tiba je sana terus jalan. Rupanya tak. Makin lambat pulak. Aku pun berhenti tukar gear 1. Nak gerak ni. Kereta depan masih tak gerak lagi. Aku lepas clush, eah kereta tak nak jalan. Aku free gear dan tukar gear 1 cepat sikit. Nasib baik tak ada sekatan sebab kereta depan masa tu pon lambat. Padahal line tak panjang mana pon. Selang 5 kereta je kat depan aku tuh.  Rupanya depan sekali pon calon test macam aku jugak. Depan aku Ira. Aku tak nak dekat sangat dengan dia sebab dia bawak asyik tekan2 brek je. Jadi aku takut kan aku tersondol dia. Aku jarakkan jauh sikit dari kereta dia.

Nasib baik berjalan keretanya. Yang tester kat sebelah diam jer. Ada jugak pepandang reaksi dia. Aku dapat lah rileks sikit kan. Aku takut dia suruh turun je. Nasib baik doe. Pastu nak belok ni. Aku belakang Ira pulak. Aku takut jugak masa kat situ. Lama jugak lah aku berhenti kat situ sebab Ira lambat. Lepas dia pass, kereta pulak lalu. Yang tester tu pulak tetiba tanya aku, 'awak nak belok mana ni?'. Aku terus fikir yang aku dah tersalah berhenti. Itu yang aku dengar lah. Aku diam, kot dia cakap lain ke kan. Pastu aku belok. Dah belok tuh tiba2 dia cakap lagi ' aah, betul lah'. Hisyh dia ni. Tak kan tak hafal. Betullah apa yang aku dengar tadi. Aku tak salah dengarkan. Masa tu aku takut dia suruh turun lagi. Cuba lah bagi aku rileks tadi. Dahla simpang tadi kritikal bagi aku. Dia pulak nak konfiuskan aku lagi. Nak kena dia nie. Masa taklimat tadi dia cakap tak payah berhenti kalau kat depan balai bomba tuh. Depan aku Ira. So, aku tak perlulah berhentikan. Tiba Ira tak berhenti. Aku sememangnya tak berhentilah. Dia dah cakap pagi tadi kan. Aku pandang kiri 3 kali kot. Selalu buat sekali je. Hakhak.. Lagipon masa tu tengah gear 1. Perlahankan. Adalah masa aku nak tengok 3 kali. Padahal tak de kereta pon. Lebih je aku ni. Lantak ler. Dan jalan terus. Hah kat situlah agak kritikal sikit. Aku lambat pasang signal. Nasib baik aku tersedar. Masa tu dah nak belok, aku sempat pasang sebelum belok tuh. Dia perasan kot. Aku cuba cover kot2 dia rasa tak puas hati ke apa. Aku jalannnnnnn.

Lepas je pass area kritikal tu, aku teramatlah lega. Cuma aku tak main handbreak lagi ni. Lepas ni. Berhentilah kat trafik light tuh. Berkat aku hafal turn trafik light tu, aku dapat lah main handbreak. Aku dah baca dah syarat2 nya kan. Sekali pon jadilah sebab masa yang first tadi tak berkesempatan. Kali ni mesti. Alhamdulillah. Dapat tarik. Tetiba kereta Ira ke depan pulak. Aku ingat dah hijau. Perh kelam kabut jugak lah nak turun kan handbrek pastu nak tukar gear lagi. Huh, rupanya tak lepas trafik tadi. So, kena berhenti. Lama lagi masa tuh. Aku pon main handbrek. Berkat aku hafal turn, semua berjalan lancar. Ayah cakap tak payah kisah lampu trafik tuh. Ayah lain, aku lain. Pada aku, itu satu persediaan. Look! Berguna kan? Suka sangat. Lepastu belok. Ada lagi satu garis2 putih kat situ. Aku dah bersedia. Buat macam biasa. Ntah kenapa kat situ yang selalunya aku kelam kabut, rasa tak sempat gila, boleh pulak aku tengok cermin pandang belakang dan cermin sisi. Aku nampak kereta belakang aku buat benda yang sama macam aku. Kiranya aku boleh keluar dengan selamat lah. Sebab selalu masa latihan kereta belakang aku tak bagi chance pon, dia langgar je garis2 tuh. Rasa macam Allah tolong aku sekali lagi. Syukurlah. Lepas tu jalan. Lega sebab semua berjalan lancar sampai lah kat tempat mula tadi. Kan dah siap berhenti, tarik handbrek dan free gear. Ni aku gi tukar gear 1 pulak. Tulah dah terbiasa berhenti tukar gear 1. Dah terikut2 dah. Masa kereta tu termati, aku dah redha jer. Enjin dah termati pulak tuh. Aku tak start balik. Tiba dia tanya enjin hidup ke tak? Aku cakap tak. Dia suruh aku start. Okey aku start. Sedih masa tu. Macam dah nak gagal je rasa. Tapi sabar je. Aku tengok lah borang aku, dia tak isi lagi, baru isi sebelah sana. Sini kosong lagi. Aku tengok dia tanda macam banyak pangkah. Aku tak pandang lama masa tuh. Pandang sekilas jer. Aku duduk je diam2. Lepas tu aku pandang lagi, nampak dia tanda kat kotak lulus. Aku lega sangat. Dia tanya 'tadi termati enjin kan?' Aku angguk. Dia cakap lagi 'Habis tu dah gagal lah sebab enjin dah termati'. Aku diam. Jangan le eak. Aku buat muka sedih. Dia cakap lagi ' okey minggu depan datang latihan lagi key?'. Eah dia ni, tanda aku lulus tapi cakap macam tuh pulak. Psiko aku lagi la tu. Aku macam tiada reaksi taw. Dia bagi aku borang tu nak sign, aku pon sign lah. Tengok lulus. Cover muka jugak bio tak nampak obvious sangat yang aku happy. Aku cuma senyum jer. Pastu dia tanya lagi nak datang latihan minggu depan tak? Aku cakap lah tak. Alhamdulillah.. Syukur sangat masa tuh sebab aku takut aku kecewakan semua orang.

Walaupon tak de lah kecewa sangat, tapi aku tak nak lah orang2 sekeliling aku rasa macam tu. Especially mak and ayah. Heheheh... Lepastu aku pon keluar. Sambil amek beg aku cakap terima kasih. Tak pernah aku rasa macam ni. Rasa macam terima kasih aku tu terlalu tulus tau. Dia cakap sama-sama. Aku dapat rasa yang tester tu rasa tenang and gembira sebab dia dah buat 1 kebaikan masa tuh. Dia buat aku anggap dia tester yang baik setelah dia psiko aku berkali-kali tadi. Tak taulah apa yang terjadi kalau aku amek jalan B tadi. Ntah lulus ntah gagal. Aku tak tau dia berkata benar ke tak. Tak tanya sebab terlalu gembira plus tak percaya bila fikirkan kesalahan2 aku tadi. Terima kasih En. Rahman. That time, aku dapat instant yang aku sebenarnya selesa ngan tester tu sama macam aku selesa masa dengan Pak Atan. Kereta pon tak meragam langsung. Sama macam kereta Pak Atan. Seriously, masa aku buat kat litar tuh, aku asyik ingat Pak Atan je. Aku tak nak gagal sebab tak nak dia rasa aku ni budak 'sebel' ( bahasa indonesia ) sebab aku dah buat latihan banyak kali kot. Alhamdulillah lulus. Lepas lulus tuh aku ingat Pak Atan lagi. Sebab most aku spend time driving dengan dia. Dia pon dah kenal aku kan. Cuma aku tak pernah berbual dengan dia. Semua orang takut nak gi jalan ngan dia. Tapi aku tak, sebab aku suka naik ngan Pak Atan. Rasa lebih selamat gituh. Dengan orang lain cuma berapa kali jer. Dengan Pak Atan aku rasa pemanduan aku lancar. Dia cuma tegur apa yang patut je. Selebihnya aku uruskan sendiri.

Lepas lulus test bahagian 3 pon aku ingat Pak Atan lagi. Ntah tak tau kenapa. Mungkin sebab aku rasa kat situ cuma Pak Atan je kot yang caring. Tak macam orang lain. Even dia suka jerit2 dan marah2, tak per. Apa yang dia cakap, tegur and marah aku selama ni aku ingat sampai aku lulus test bahagian 3 tuh. Tulah, lepas ni dah tak jumpa Pak Atan lagi. Hari terakhir latihan, aku dapat guna kereta Pak Atan. That the last. Hari Rabu tu lah. Hmm.. Thanks kat Cikgu perempuan yang vogue tu even dia paling banyak marah2 aku, aku sekarang dah taw nak adjust stereng aku masa belok walaupon tak expert lagi macam dia, kat Cikgu Nazmi, orang pertama yang ajar aku memandu. Dia baik. Lagi kat Che Mat, TQ sebab jemput dan hantar kitorang kat kedai buah tu. Dia yang jaga kat bahagian litar tuh. Kat Pak Atan, TQ a lot sebab guide and guard aku masa driving. Sebab setiap kali ngan Pak Atan aku dapat kesalahan baru, kena marah then, aku akan ingat sampai lulus test. Kat Cikgu Manap pulak thanks sebab dia orang pertama yang bawak aku gi jalan raya. Seriously nervous gila. Dah la ketawakan aku sebab aku nervous. Nasib baik dapat dia kalau tak aku akan fobia jugak kot nak memandu lagi. Kat En Comel Charlie Chaplin, En Ganesan. Dia pon ada bawak aku gi jalan raya and thanks sebab guard and guide aku for a few times. Dia yang buat pratest aku. Dia bagi aku 88% je. Lepastu Cikgu Zamzam, walaupon dia tak pernah ajar aku apa2, tapi dia marah aku masa parking sebab terkena tiang depan tuh masa nak keluar. Alasan dia, aku pusing cepat sangat. Walaupon malu, terima kasih yerk. Lepastu abang agressif, TQ sebab ajar aku adjust stereng kat 3 penjuru if kereta rapat dengan tiang. Kalau tak memang aku tak tau lah sampai sekarang. Dia pon ada jugak jemput dan hantar aku kat kedai buah tu selain Che Mat. Tak ketinggalan jugak BOSSSS. First time gi jalan ngan dia memang tension sebab dia asyik suroh aku cepat jer. Buat aku down taw. Tapi untuk second time dah tak lagi, mungkin dia nak psiko aku tak. Lambat je kot. Thanks boss sebab psiko aku. Orang last yang terpenting, tester2 yang dikasihi ( eeeie, macam geli jer ) tester kat bukit, tester kat parking dan 3 penjuru, jalan raya, thanks a lot sebab bagi peluang kat aku untuk lulus sekali seumur hidup. Kat akak2, abang2, penceramah2, pakcik2 dan makcik2 kerani terima kasih ye sebab uruskan kami ni. Thanks kat semua sekali yang pernah berurusan dengan aku. Sori kalau tak mention kat sini.

Berkat kesabaran aku kena marah, kena tegur, aku akhirnya aku lulus. Suka yang teramat. Sekarang ni masih lagi tak percaya yang aku lulus test menandu sebab sebelum ni aku dapat mimpi yang aku gagal test ni. Aku dapat markah 13 dan 10. Ntah pape jer. Amek lesen P hari Rabu minggu depan, tak sabar nie.

Aku rasa cukup kot sampai sini. Perasan yang aku cerita kat atas ni semua in detail. Hakhak. Suka akulah nak tulis cam mane pon kan. Anyway, thanks for reading my long long long entry...




No comments: