Wednesday 27 February 2013

Terbaik Di Dunialah..!



Assalamualaikum..


Okey, kita nak mintak maaf kat blog kita yang kita dah lama tak buat entry baru.. Kita sibuk tengok cerita korea. Kita tengok Rooftop Prince ngan Ojakgyo Family. Kita ingat Ojakgyo Family tu tak best, rupanya best. Udah le banyak episode. Ada 58 episode. Ni tak abez lagi tengok nie. Esok kot abez. Pastu kita sibuk ngan latihan memandu kita yang kat Tangkak tu lagi. Nasib baik dah nak abez belajar. So, kita punya test hari Khamis nie. Doakan kita lulus yer. Pastu kita tengah buat bisnes sekarang. Kita buat penanda buku yang comel2. Kita jual murah jer. Ada yang 30sen, 40sen, 50sen, 60sen, 70sen, 80sen. Tak kisah besar ke kecik, asal cantik je up la price. Kita jual kat budak2 skolah je. Kita suro mak kita and adik2 kita jualkan. Baru je nak start. Tu yang busy sikit tuh. 

Stop ber'kita2'.! Aku nak cakap pasal driving lesson aku nih. 28.2 da nak test. Semoga berjalan lancar lah dan lulus. Amiiiin. Mula latihan balik lepas raya cina ary isnin, kat bukit problem sebab mungkin da lama tak buat kot. Tension asyik jer termati enjin kat atas bukit tuh. Law camtu jer gagal ler aku der. Tak boleh jadi nih. Aku kene cari apa puncanya. Pastuh Jumaat minggu lepas, aku gi latihan lagi. Jumaat memang tak ramai orang. So, aku dapat belajar lama sikit lah. Pagi tu aku dapat kereta JGU. Apa no aku tak tau, tak ingat. Pastu gi jalan raya, pastu buat balik litar dapat kereta JKE. Kereta Pak Atan. Perh, memang terbaik di dunia lah kereta Pak Atan tuh. Suka sangat. Naik bukit, parking, 3 penjuru semua lancar.Aku buat banyak kali. Kat jalan raya macam dah tak ada problem sangat. So, tak ada yang perlu dirisaukan lah kan. Jadi dalam hati aku dah tak sabar nak test ary khamis nih. Memang excited habis dah tuh.

Pas tu semalam (Isnin). Aku datang lagi. Pagi2 tuh aku tunggu kat kedai buah. Jumpa Diba. Masa tu ada Ira sekali. Diba cerita macam mana dia bole gagal kat litar. Dia kata dia gagal kat bukit. Dia cakap keretanya mengundur lepas dia turunkan handbrek tuh. Lepastuh dia cakap kaki dia menggigil and menggeletar masa nak balance kan minyak and clush tuh. Aku dah terbayang kan yang bukan2. Bab menggigil nie memang aku kena selalu. Tapi aku tak terlintas pulak pasal masalah tu. Lepas dia cakap baru aku tersedar. Kalau Diba tak cakap memang aku tak ingat langung habit aku yang satu tu. Mengingatkan aku time nak jawab SPM taon lepas, paper Add Math paper 1. Memang aku excited nak jawab Add Math, tak sabar. Umpama penuh ilmu di dada tinggal nak mencurahkan je kat paper tuh. So, tangan aku menggigil. Ah sudah. Hati tak nervous pon. Tapi tangan yang lelebih. Memang menguji kesabaran betul. Nak kira cepat pon lambat dah jadinya. Aku kene kira lambat2. Dalam 15minit pastu kembali stabil. Dugaan betul.

Aku asyik memikirkan dan membayangkan aku pulak macam mana nanti. Tup2, tiba giliran aku buat latihan. Aku dapat JGU. Macam biasa first skali kena naik bukit. Aku macam mengelabah. Aku naik tak betul. Kereta da mengundur aku tekan minyak. Bahaya betul. Aku dapat control, and aku pon undur balik. Pastuh, ketera nya termati kat atas tuh lepas aku turunkan clush. Aku jadi fedup. Apa benda ni. Asyik terberenti jer macam ni. Ni yang nak mara nie. Pastu da dapat turun da. Gi parking pulak. Nak keluar daripada parking tuh, aku terlanggar tiang tepi tuh. Aduh. Ntah pape je aku masa tuh. Malu beb. Dah le orang tengok. Yang Cikgu ZamZam dah ternampak dia membebel kat situ, kuat2 pulak tu. Nak bagi semua orang dengar. Dia cakap aku pusing cepat sangat. Aku masa tu tak sedar, sebab kepala aku asyik fikir yang bukit tu jer tadi. So, kan kiri kanankanan kiri.. Aku rasa aku tak buat yang kiri last tu kot. Tu yang terkena. Sebab selalu aku buat tak kena tau. Yang Cikgu ZamZam tu, bising sekali dahla, nak banyak2 kali pulak. Kalau ye pon toksah le eak bagi orang dengo, ni tak. Malu le aku doe. 

Lepastuh, gi 3 penjuru tu pulak. Cikgu ZamZam awasi aku. Aku buat la macam biasa yang aku selalu buat. Aku pusing kena awal sikit sebab aku takut terkena tiang depan. Tapi aku pusing awal tu tak cepat2 tau, lambat and tiba je tanda, aku pusing cepat sikit. Tu da memang cara aku nak adjust kereta. Kalau tak nanti kena tiang. Cikgu ZamZam bising lagi. Dia marah aku pusing cepat sangat. Eeeie, geram lak aku. Kan yang penting tak kena tiang. Tapi, apa apa pon TQ ye Cikgu ZamZam sebab tengok2 kan aku. Tapi tu lah. Lepas je aku buat tu kan, aku rasa down gila sebab dah la da nak test, tapi makin banyak salah pulak. Memang fedup gile. Pastu kena Cikgu Manap kat jalan raya. Kereta dia tak best. Clush dia pendek tapi kena menggunakan daya dan tenaga yang banyak kalau nak tekan. Kalau tak nanti clush tak masuk. Hisyh. Aku pon cuba buat yang terbaik. Tapi tiba je kat depan balai bomba tu. Tengah berenti. Aku tukar gear 1. Nak jalan tuh kereta termati. Perh, gagal lagi. Aku dah tension da masa tuh. Semua serba tak kena. Kalau aku tau, aku tak dengolah cerita Diba tuh. Menghilangkan fokus aku. 

Tiba je kat litar, dah sampai, Cikgu Manap cakap tarik handbrek and free gear. Aku gi tarik handbrek dan tukar gear 1. Ya Allah. Aku tak tau la aku fikir apa masa tuh. Aku macam da tak kena da masa tu. Cikgu Manap cakap awak ni kenapa, da nak test ni. Nasib baik dia baik, tak marah2. Aku duduk. Fikir balik kat mana yang aku salah tadi. Kalau macam ni lah masa test nanti, memang sia2 lah aku belajar sebulan lebih. Aku cuba rileks. Tenangkan hati. Sabar. Lupakan semua yang negatif. Okey. Aku siap selawat dan zikir lagi nak tenang kan hati aku ni. Moody sangat aku masa tuh. Tak sampai tahap nak nangis lagi lah. Aku boleh tahan. Nak je aku tanya Che Mat kenapa aku salah kat bukit tuh. Tapi malu. Tak pe, aku cuba lagi. Dapat kereta petak yang best. Nasib baik taw. Naik bukit, lancar. Kali kedua, aku terberenti banyak kali. Apa masalah ntah. Sebelum ni aku buat benda yang sama tak macam tu pon. Kali ni saja je buat aku macam ni. Tak tau faktor apa yang membuatkan semua benda tak kena. 

Kat jalan raya kali kedua aku ngan Pak Atan, lancar. Sebab kereta dia terbaik di dunia. Tulah sebab aku okey ngan Pak Atan. Tapi aku pelik kenapa semua takut ngan dia. Nasib baik aku tak sangat. Masa mula2 dapat dia aku biasa je. Ada kena marah, tapi tak touching pon. Kawan aku sampai trauma ( takla tahap kritikal ), da tak nak dengan dia. Pak Atan memang suka marah2. Bukan marah, cara dia tegur tu macam nak marah. Tu memang cara dia sebenarnya. Tapi aku tak gentar lah ngan suara dia, tak tau kenapa. Pernah kena marah ngan dia sebab nak belok tak toleh kiri kanan. Huhuhu.. Suka kat kereta Pak Atan. Kalaulah masa test nanti bole request kereta, dah lama aku request. Nak kereta Pak Atan jugak. Balik rumah ngadu kat ayah. Cakap yang aku naik bukit tak turun2 sebab kereta asyik termati. Aku fikir, apa lagi yang salah? Aku rasa aku da taw apa yang aku salah. So, kita tengok esok macam mana. Betul tak apa yang aku imagine. Kalau betul, aku takkan buat kesalahan yang sama masa test nanti. Harap kaki aku tak ketar.

Thanks for reading this entry..


No comments: