Wednesday 13 February 2013

Korean Drama Collections..


Assalamualaikum..

As usual, rutin harian aku adalah menontoh drama2 korea. Dulu aku tak berapa nak minat sangat. Kawan2 aku sukalah tengok. Aku tanya, best ke? Diorang kata best. Tapi aku tak taulah best yang macam mana masa tu. Masa tu aku form 2. Diorang sibuk memperkatakan Boys Over Flower yang ada Lee Min Ho and the F4 geng, actor kegilaan gurlz2. Seriously, aku tak tahu. Dengan nama2 yang bebanyak tu, aku tak bole nak hafal dah sebab banyak noh. Aku tanya lagi cerita apa lagi yang best? Diorang cakap Full House and Princess Hour. Owh... Kat rumah aku tak sempat nak tengok tv. Malam2 study and buat homework. Petang kadang2 ada tuisyen, KKQ, kadang2 kalau penat tidur. Dulu aku tak tahu timer cite korea kat tv kol brapa. Nak tengok dah separuh jalan. So, malas lah sebab tak faham kan. Tapi, diorang cakap My Girl, memang the best. Macam2 lah aku dengo masa tu. Disebabkan aku tak pernah kena angin korea, jadi aku masih lagi tak kisah. Cuma ooo nantilah aku tengok. Hakhakhak..

Macam mana aku start tengok cerita korea? Aku start tengok masa hari terakhir PMR. Terbaiklah. Sebenarnya, ia bermula dengan cerita Benci Bilang Cinta. Cerita indonesia tulah. Pelakon utama dia Baim Wong dan Marshanda. Aku suka gila tengok cerita tuh. Udah le dah nak PMR. Kena angin BBC ni pulak . Masa tu bulan 7. Serious aku cakap, semakin dekan hari peperiksaan, semakin kuat dugaan. Lepas tengok BBC, aku tengok pulak Seindah Senyum Winona. Cerita tu boleh tahan best lah jugak. Diorang cakap cerita BBC tu sama macam Princess Hour. Jadi, aku semakin teruja nak tengok cerita korea. Teruja tahap biasa2 jelah. Masa tu aku ingat nak tengok cerita korea kene beli CD. Rupanya boleh tengok kat internet je. Masa tu aku tak tahu. Aku cop tv kat uma sebulan aku punya. Sebulan sebelum PMR aku tak bukak lappy langsung. 

Aku ingat lagi masa hari terakhir PMR, aku ada paper Bahasa Arab. Kan habis cepat. Kol 10 dah boleh balik. Ayah jemput dan hantar aku balik rumah. Lega kot dah lepas PMR tuh. Balik rumah terus je bukak lappy sebab dah sebulan tak bukak. Ntah aku godek2 apa masa tu kat Mr Goo, terjumpa pulak link Watch Free Korean Drama Online. Aku pon tekan lah laman web tu. Banyak sangat cerita korea. Aku pon carilah cerita2 yang femous yang aku pernah dengo kat situ. Drama pertama yang aku tengok ialah Princess Hour. Semenjak tu pagi petang siang malam tengok cerita korea. Memang time kena angin lah masa tu. Bukan angin lagi dah. Bayu, monsun pon datang sama. Sampai sekarang aku tengok cerita korea. Kalau dah bayu bila nak abes kan? Kalau angin and monsun boleh bertukar2 dan beralih.

Kadang2 kalau tak ada cerita yang best, aku tengok kat web lain pulak. Kalau tak ada atau lembab sangat nak tunggu, aku beli je CD. Beli yang cetak rompak punya. Murah je. Tok sah beli yang memahal. Sekeping CD RM5. Lagi bagus kalau pinjam orang je. Lagi jimat. Tak perlu keluar duit. Aku beli tak banyak. Aku start beli CD-CD ni masa aku form 4. Masa tu aku nak sangat tengok Secret Garden. Aku pon beli lah. Ada beberapa je CD yang aku beli setakat ni. Tak banyak pon. Hanya cerita terpilih sahaja.




Ini dia. Aku dapat CD ni masa tahun 2011. Secret Garden. Best cerita ni. Ada 20 episode. Hero dan heroin dia Hyun Bin dan Ha Ji Won. Memang tak sia2 lah beli. Sweet betul diorang dalam cerita ni. Genre dia comedy, fantacy, romance. Suka tengok cerita ni. Aku tak tahu macam mana nak describe cerita ni. Kalau nak tahu, kene tengok lah. 




Ini CD kedua aku. Aku dapat tahun 2012. Sebenarnya, aku pandang rendah kat cerita ni. Aku fikir ntah apa2 je cerita ni. Pelakon pon tak berapa nak famous. Tak memberangsangkan lah nak tengok. CD ni aku tak beli. Aku mintak CD lain, tapi tak dapat CD yang aku nak tu. Aku main SA. Dia belikan aku CD ni. Aku pon hmm, tak pelah. Ada 20 episode kan. Seriously cerita ni sangat besssssst. Aku silap sebab ingatkan tak best. Genre cerita ni fantacy, comedi. Memang teruja sangat. Cerita ni mengisahkan seorang perempuan yang koma selepas kemalangan. Jadi, rohnya berjalan2. Ntah pape je kan. Dia ada kekasih. Tapi kekasih dia ada niat jahat kat dia. Ada seorang utusan yang jaga dia. Utusan tu cakap kalau dia nak hidup balik, adia kena cari 3 titis air mata orang yang betul2 sayangkan dia dalam masa 49 hari. Dalam tempoh tu, roh dia kene hidup kat jasad orang lain. So, bermula dari situ, semua rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Memang the best lah. 




CD ni aku dapat masa tahun 2013. Tahun nilah. Kenapa aku beli CD ni? hahaha, sebab ada YooChun Park. Muka baby face dia menyebabkan aku nak beli CD ni. Tapi tak habis tengok lagi. Mula2 masa bulan satu tahun ni lah, aku tengok Miss Ripley. Ada YooChun jugak. Dalam cerita tu dia skema habis. Lepas tu, aku tengok I Miss You, ada dia lagi. Dalam cerita tu dia tak skema pulak. Macam weird sikit. Jadi cerita2 ni menaikkan keinginan aku nak beli CD Rooftop Prince ni. Seronok sebab kelakar. Dia travel 300 tahun ke depan sebab dia duduk kat zaman Joseon. Hakhak. Awkward kot datang tempat asing. Terkontang kanting pulak tuh. Heroin nya lah yang tolong.


Dah banyak sebenarnya aku tengok cerita korea. Cuma nak tunjukkan koleksi CD yang aku beli hasil kumpul duit. Memang membazir. Tapi puas. Kang tak dapat termimpi2 pulak. Tu lagi payah. Banyak kali aku alami sebab aku tak dapat apa yang aku nak sangat. Bukan tak boleh nak mintak ayah, boleh. Cuma aku rasa benda tu benda terlarang dan membazir. Aku beli guna duit sendiri dan tengok sorok2 kat lappy. So far, baru ni je CD yang aku beli. Aku simpan leklok tau. Ustaz kata tak elok tengok cerita korea ni. Tapi aku tengok jugak. Aku bukan nya fanatik sangat pon. Tak pon. Aku cuma suka biasa2 je. Bila dah mulakan, susah nak berhenti. Macam mana?

Thanks for reading this entry.







No comments: