Monday 11 February 2013

Experience in LDL ( Part 2 )


Assalamualaikum..


Okey..now aku nak cerita masa nak naik bukit. Mula2 memang lah susah nak buat bukit nih, tapi dah lama2 senang je sebenarnya. Masalah nya aku baru first time kot masa tu. Pastu, masa mula2 bawak kereta pagi tadi guna kereta lain, petang ni guna kereta lain pulak. Agak problem jugak laa kat situ. Aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan kereta. So, yang aku kene buat ialah aku tekan clush, tukar gear 1, pastu jalan lepaskan clush slow2 and tekan minyak.! Masa ni, serious aku cakap yang aku tak tahu kalau masa tengah free gear kene tekan brek, pastu kalau nak tekan brek kene tekan clush dulu, sebab tak bole suka2 je break nanti terberenti dan bergegar kereta. Aku terbuat!! Akibatnya , aku kene marah sebab asyik terberenti2 jer.. Cikgu Nazmi tak cakap pon tadi, bukan salah aku kalau aku tak tau..grrrr



Hakhakhak..ini gambar cilok kat image google je sebab aku tak ada kamera nak amek gambo sendiri macam korang..Ala, kalau ada kamera pon belum tentu aku nak gi amek gambar kan sebab aku ni jenis yang pemalu lah kononnya, kecuali kalau tak ada orang, bole laa mencapap sorang2..huhu


Vooooommmm....priiiiiiittt...TAK LEPAS. Perh, alamak terbrek cepat laa pulak. Kene undur balik ( gigit bibir ). Malu. Yang cikgu tu dah membebel potpet2 ntah apa2. Nasib baik aku tenang, aku sendiri tak tau mana aku dapat kontrol ketenangan aku tuh. Yela, dia tau yang pagi tadi aku dah buat semua benda tuh, so tinggal buat dan buat lagi je. Tak ke teruk, dah la pagi tadi dah practise, pastu tak boleh buat pulak. Makin buat makin teruk pulak tu. Ni semua sebab faktor kereta, aku shock sebab tadi guna kereta lain, ni kereta lain. Cikgu tu suro aku buat lagi sekali, tak lepas jugak. Apa ni asyik tak lepas je, pagi tadi okey plak..mungkin aku yang terover nervous kot..Tenang lagi. Aku yakin aku boleh buat masa tuh. Jangan pandang rendah oke!.

Pastu kene buat parking sisi pulak......



tang ni, aku okey sikit..tapi kalau dah terlupa step kiri kanan kanan kiri memang tak masuk lah jawab nya..tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak langgar tiang lagi cuma terlanggar line putih. Gara2 tak reti main stereng..memang tak reti..betul nih

Dahla aku tak reti main stereng. Mula2 kan, biasalah. Bukan aku sorang je yang macam tuh. Pada aku leklu kot. Tak ada apa yang nak dimarahkan sangat lah. Kan pelatih2 tu suka pegang2 stereng lagi2 masa nak belok tuh, takut terlanggar la kononnya. Tau jela kan, aku kalau belok terus je pusing banyak, dah tu takut terlanggar batu tepi aku kedepan kan sikit keretanya baru pusing sebab takut terkena line putih, aku cepat2 la pusing. Dah sah2 le aku kene marah eak..memang majoriti aku kena marah masa nak belok..Sedih..tapi nasib baik tak menangis or touching. Aku cuba laa buat muka kesian, tapi haram tak layan, makin dimarahnya aku..sabar sabar sabar sabar dan sabar..Ya Allah, bila nak abes ni!!!! Sabar lagi. Takpa, sabar separuh daripada iman. Tak rugi la kat situ sebab dapat practise tahap kesabaran aku skali. Waaaaaaa..!!!



hah!!parking 3 penjuru yang menyusahkan aku time tuh..sememangnya memerlukan banyak tenaga dan kecepatan..dah la kene pusing dan balas, pusing lagi dan balas ( berapa banyak kali pusing daaaa, kepala pon mao pusing )..memang kelam kabut lah aku time tuh.. Toksah cakap dah, aku memang dah macam katun tau tak, kalau dirakam dan tengok balek, of coz kelako habis..merano oden. Kene buat banyak kali lak tuh..

Dah lepas buat parking sisi, aku buatla parking 3 penjuru pulak. Ah sudah, kene marah lagi sebab aku pusing tak betul.. Seriously aku tak tahu macam mana nak tau centre stereng tuh, so aku main pusing suka hati aku jela..dah aku tak tau.. tak sempat2 nak kira berapa pusingan, kereta dah terpaking dah kat dalam tuh. Bila dah pusing betul2, terapat pulak dengan tiang kat sebelah tuh. Menyemak lah kau tiang!! Dah tentu2 lah tak boleh nak reverse sebab nanti terlanggar tiang. Again aku kene marah. Masalahnya bukan skali je aku buat salah. Banyak kali kot..kuang3..Masya-Allah.. So, pada hari itu, aku puas menadah telinga mendengar kemarahan pelatih tuh. Patah semangat aku nak memandu lagi. Tak mao memandu dah. Penat. Fedup. Nak balik sekarang jugak. Lambat betul lah masa berjalan..haisyh. Tension aku. Pastu kol 4 rehat jap..aku berharap lepas rehat ni aku boleh buat yang terbaik lah kononnya.. Pastu duduk kat bangku tu, keluarkan empon dari beg dan mesej Haziqah..ngadu kat dia semua skali..

4.30 petang. Sambung lagi..mak ay..asal kejap noh rehat..awuh. Time tu aku dah tawar hati dah nak memandu. Da taknak memandu lagi. Taknak taknak taknak, sebab kene marah. Dah tu lepas rehat tuh makin banyak aku buat salah pulak tu lagi2 kat bukit. Makin lama makin tak betul, parking semua tak betul, memang something wrong lah.. Sebab aku dah penat sangat dan aku dah fedap..dah tu asyik salah dan kene marah. Faham le eak yang aku ni baru je first time memandu, sebelom ni tak pernah pegang stereng pon taw. Kesian le kat aku ni. Aku baru blajo bawak kereta 3 jam, kau da 20 taon memandu. Nampak tak apa bezanya? Nampak tak!!!! Takya le eak marah2 noh. Macam besar sangat je salah aku, aku rasa down gila kot time tu. Macam budak paling worse kat situ yang tak reti bawak kereta. Sob99990..

Akhirnya, dah pukul 5.30 baru selesai sesi memandu. Memang teramat sangatlah penat. Muka dah monyok habis tapi cuba dimaniskan sebab ramai orang kan masa tuh. Muka aku monyok dah le buruk. So, kene lah berlakon sikit bio tak obvious sangat. Masuk je kereta terus je lemah gemalai jadinya. Asyik teringat je kene marah tadi. Kalau aku tau ni yang akan berlaku, aku semestinya dah bersedia dari segi mental dan fizikal dari rumah lagi tau tak. Jadi kalau kene marah aku dah siap2 sumbat kapas kat telinga ni hah..aisyh, jahatnya..

Kat rumah aku asyik je risau. Risau macam mana aku punya latihan untuk hari2 yang berikutnya. Rasa telinga ni dah tak sanggop dah nak kene marah lagi. Tak nak pergi daa!!! faham tak.! Habis semua luahan aku tulis2 kat twitter. Ntah pape nta aku tulis. Ibarat macam kene dera ngan mak tiri lah pulak.. hakhakhak..lantak ler kan, yang penting terluah, dah tu tak tau nak cakap kat sape dah. And then, latihan aku buat kali ke-2 dah oke sikit..cuma 3 penjuru tu hah buat hal sikit..latihan yang ke-3, everything okey dah.. Now, happy..yeah!!

Sekarang aku dah dapat lesen L aku..pratest cikgu bagi aku markah 88/100..sikit sebab aku tersalah apa yang tak sepatutnya aku salah..rugi kat situ..tapi tak pelah, yang penting lulus..pasni tak mao buat salah lagi. Ingat sampay bila2..eah, tak2, ingat sampay lulus test JPJ jer..huhu







No comments: