Wednesday 30 January 2013

Experience in LDL ( Part 1 )


Assalamualaikum..



Amek lesen kereta..emm, memang salah satu aktiviti aku yang termasuk dalam senarai jadual selepas SPM. Mulanya, dalam perancangan aku nak amek sharp2 lepas SPM uh. Punya la excited time tuh. Tapi, tak jadi sebab ayah kate amek bulan 1, maybe tunggu gaji kot. Aku oke jelah, tak kesah pon sebenarnya. Memandangkan honeymoon panjang..

Lepas je bulan 1 tuh, ayah cakap kene gi kursus 5 jam kat tempat uh, huh tak sabar. Tapi tau yang kalau ceramah2 ni selalu membosankan. Masa kat sana aku pon dengo penceramah tu membebel kat depan..aku kadang2 fokus kadang2 terberangan skejap. Ada laa aku buat nota mana yang sempat aku pick up apa yang dia cakap..tapi macam susah sikit sebab dia guna slide, sakit tengkuk, kepala, mata, dan tulang belakang aku taw. So, catatan aku buat sendiri lah, nasib bawak buku nota. Aku memang bawak buku catatan eah...memang kebiasaan aku kalau nak gi mane2 majlis ilmu bawak buku catatan. Aku pelik, apesal budak2 ni tak bawak buku catatan. Memang pemalas. Taw nak melenggang je. Hmm, suka hati laa kan..

Aku tak saing pon ngan bestfriend aku sebab dia dah daftar awal lagi, awal bulan 12 tahun lepas. Sebab dia habis SPM lagi cepat daripada aku. Aku je yang terlambat. Tapi takpe. Okey, berbalik pada cerita tadi, sebenarnya takde apa2 pon yang berlaku time ceramah ni, cuma aku agak nervous sikit. Yela, mula2 datang sana, kene uruskan diri sendiri. Orang laen semua pakcik2 diorang uruskan. Pakcik yang bawak aku ni biokan je aku terkontang kanting kat situ. Aku mana lah taw sangat, so aku macam slow sikit masa kat sana. Aku cuma menurut seperti yang diarahkan. Dah tu masa datang2, aku pelik kenapa semua orang bayar rm100. Kat rumah tadi ayah cuma bagi aku rm17 je. Dalam hati alamak, malu la kalau tak cukup duit. Kan malu, dahla nak amek lesen, tapi tak bawak duit pendahuluan. Tiba je time aku, dia tak mintak pulak. Huh, nasib baik. Sepanjang masa tu, aku tak taw pon apa guna duit rm17 yang ayah bagi tu. Rupanya orang tu tersalah tulis. Makcik tu mintak maaf. Hmm, it's okey. Yang aku tau, semua dah beres. Memang penat ya amet. Dahlah rehat 2kali = 1 jam je..

Tu laa, yang aku geramnya, dia tak cakap pon yang masa ceramah tu, pukul 12.40 tak berhenti sampai kol 3. Aku ingat pas keluar bilik tu, terus balik. Rupanya kene tunggu Cek Mat pulak. Dahla aku tak solat lagi. Apa dia buat lama2 nie. Tak tau ke yang aku tak solat lagi nih, cepat le eak..haisyh. Memang aku resah masa tuh sebab dah nak masuk asar kot. Suka buat aku terseksa. Yang budak2 ni boleh lagi relek2. Tak sedar ke yang diri tu belom solat lagi. Arh!! Biokan. Yang aku taw, aku kene cari Cek Mat, nak tanye dia lama lagi ke tak, law lama lagi, aku nak solat dulu. Lepas tanye tu, dia soh aku gi solat dulu..Alhamdulillah, huh lega. Dahla sakit tengkuk tengok slide lama2 tadi. Panas tau tunggu kat luar tu, ramai orang plak tu..

At rumah pulak, aku study laa buku test undang2 tu. Bak kata penceramah Nazmi kalaw dapat 50/50 dapat rm100..konon betul lah tu. Tak pe dia menaikkan semangat aku kat situ. Memang tersimpan kemas laa dalam kepala semua ilmu2. Segala simbol2 and peraturan aku fahamkan..Alhamdulillah + happy sangat sebab test tu aku dapat 50/50. Masa jawab tu memang lancar. Tapi, ada la jugak yang konfius2 sikit. Tapi tak sangka aku punya jawapan betol semua. Daebak! Memang terbaek di dunia laa aku cakap. Keluar je bilik senyum habis. Cepat2 bagitau ayah.,,hakhak.. Tulah yang aku peliknya, kenapa diorang boleh gagal berbanyak-banyak kali? Kan semua jawapan dah ada dalam buku tu.. Hmm, ni mesti baca tanpa pemahaman. Manalah nak faham. Kesian jugak sebab duit rm27 burn macam tu je. Nak tolong bagi jawapan tak boleh pulak. Sipi2 je kot markah gagal diorang tuh..41, 40, 39, 38..kene usaha lebih sikit je. Sayang laa macam tu. Then, pengurus kat situ bagi aku tarikh untuk program seterusnya.

Next jadual untuk kelas 6 jam. Yela, datang macam biase tunggu kat kedai buah tu hah > orang jemput naik kereta > sampay sana cop jari > gi masuk bilik ceramah..tiba2 aku kene panggil ngan bos cina tu. Aku gi jela. Malu jugak sebab menjadi perhatian orang. Aku terfikir, ada problem apa ni? Ada kene bayar apa2 lagi ke? Haisyh, memang dupdap jugak laa. Nasib baik bukan aku sorang. Tapi segera dikawal sebab dah ramai orang masa tu. Aku pon keluar tanpa taw arah tuju ikut pelatih tu. Pelatih tu Cikgu Nazmi. Dia suroh masok dalam kereta, aku pon masuk dan duduk diam2. Sebenarnya, ada rahsia disebalik ni, ni semua ayah punya pasal, semata-mata duit rm100 tu laa. Naseb baek dia tak baca lagi mesej aku kat fb. Kalaw tak, malu weyh!! Mana nak letak muka ni hah. Kalaw tak de kejadian ni, dah lama aku tanya dia kita nak gi mana and blablabla kan. Tapi, aku choose untuk berdiam diri, ibarat macam dah tau yang dia nak bawak aku gi mana, padahal tak tau. Memang tak malu kau Fatihah...kahkahkah. Dah tu mulalah dia tanya aku macam2, skola kat mana, blablabla..pastu dia tanya lah, taw tak kita nak gi mana ni? Aku cakap lah tak. Dia cakap, boss yang suruh dia latih aku, sebab nama aku terpilih untuk practise tu. Dia pilih random je, dah tu nama aku termasuk sekali. Kiranya nama aku dah tertarik oleh si boss tue. Dia cakap, tak semua yang dapat macam ni, beruntung siapa yang dapat. Aku lah tu. Haha, bangga sekejap!

Aku pon tak sangka pagi2 macam ni aku dah kene bawak kereta. Tak masuk dek akal. As fast as i thought..kahkah. Happy sebab dapat bawak kereta. Memang aku takkan lupa laa orang pertama yang ajar aku bawak kereta tuh. Aku kan dah pernah jumpa dia masa kursus 5 jam hari tu. Tapi, da nak jadi macam tu kan,..huhuhu. Kiranya, aku tak masok laa kelas teori tu. Aku tak taw apa yang berlaku kat dalam kelas tu..sebab aku prac kat luar. Bukan aku sorang je tau. Ada lagi beberapa orang...haisyh, apa yang aku mengarut pepanjang ni? Aku punya fokus bukan ni sebenarnya. Kejap lagi, lepas ni. Saat2 genting aku pada hari pertama memandu. Maka bermulalah saat2 tak indah masa memandu walaupon pada awal nya aku excited sebab dah belajar kan tadi ngan Cikgu Nazmi. Jauh daripada jangkaan  aku. Aku pon tak sangka akan jadi macam ni. Terus jadi sedey. Teros je jadi tak bersemangat nak belajo kereta..



Aku punya sesi memandu petang, lepas abez kelas teori tu. Tunggu laa 3 jam tercongok kat situ dengan budak2 laen. Nak balik rumah jauh. Jangan haraplah ayah nak amek sebab kol 2 nanti dah nak kene hantar situ balik. So, stay je lah. Naseb baek time tu hujan renyai2 dan redup sikit. So, aku dapat merasakan yang keadaan kat situ aman, damai and tak rimas. Masa tu, aku tengah excited tunggu giliran. Sambil2 tu aku ingat lah balik apa yang aku buat pagi tadi. So, pas ni, aku dah boleh buatlah kononnya. Penat kot tunggu. Lama. Pastu, dah abez sesi pertama diorang, tibe pulak time aku, aku dapat cikgu perempuan. Tak salah aku nama pelatih tu Sarina. Aku pon, owh, ini pelatih aku. Aku pon ikut laa dia. Awal2 lagi, dia dah suruh cepat2. Aku pon menggelabah. Dia suruh baca etika sebelum memulakan pemanduan. Ada 5 je. Hmm, owh, dah taw sebab tadi dah buat kan. Okey. Tempat duduk bertukar. Buat 5 step yang aku baca tadi. Dan saat2 ni laa, memang aku tak jangka tau. Diluar jangkaan dan bayangan yang aku akan kena sampai macam ni. Tapi tak adalah teruk sangat.

Sambungan dia nanti sebab tak sempat dah nak buat. Tunggu part 2. Thanks sebab baca entry ni. Peace no war (^_^)..



No comments: