Tuesday 15 January 2013

Pening + Resah + Runsing


Assalamualaikum..






Larh, tetiba je. Kenapa runsing pulak..?

Aku runsing sebab UPU tu lah. Banyak sangat cos yang aku minat sampai tak terpilih dah ha..=''= (banyak lah sangat fatihah oii!).. Dah tu, pilih2 tak sedar yang aku pilih semua bidang yang kritikal punya. Medic and dentistry.. OMG.. Tak nak amek med. Tak suka. Tapi entah le eak, sebab kat situ macam tak banyak pilihan, aku sendiri dah ada sesuatu yang berkenan, and aku harap lah sangat yang aku dapat masuk Universiti tu. Insya-Allah, doakan aku tau. Memang teringin sangat nak masuk situ..tapi, dengan syarat result gempak. Insya-Allah aku boleh..aku dah berusaha semampu aku.

Now, aku hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah. Dia yang menentukan segalanya. Hampir setiap hari aku runsing. Tak kisah lah sekejap ke, lama ke, yang aku tahu, kalau aku fikir pasal UPU, aku resah. Kalau rasa macam ni je mesti pasal UPU tu lah..Ala, aku tau lah budak2 lepas SPM memang akan mengalami masalah macam ni punya lah, bukan aku sorang je tau. Kalau tersalah pilih memang menyesal tak sudah ler jawabnyer. So, kene and mesti runsing + pening + resah.. Kalaw tak amek kesah, itu korang punya pasal lah kan, ini aku punya pasal, aku kene macam ni supaya lebih berhati-hati. Lain lah kalau korang anak orang kaya. Cakap je nak course apa, op coz akan dapatnyer. Dun worry kat situ.

Aku pon tak tahu dah nak research apa lagi. Aku takut kalau aku berharap sangat nanti aku kecewa sebab tak dapat. Actually, aku memerlukan pekerjaan yang santai, dan aku sendiri enjoy buat kerja tu. Yang sebenarnya, aku berimpian nak belajar sampai tahap PhD. Semua orang berimpian macam tu kan. Seronok kot, memang tabik spring lah kat orang yang ada PhD ni, sebab bukan senang nak dapat. Nak dapat A+  for full subjek pon susah..and kalau aku amek medic and dental, aku rasa aku boleh dapat hanya tahap degree je kot. Itu apa yang aku fikir buat masa ni. Aku baru 17 tahun setengah..so, pemikiran  tak meluas lagi. Tapi, kalau ada rezeki, insya-Allah aku akan sambung dan sambung.

Tapi..., ayah suggest kat aku suruh amek bidang pendidikan untuk pendidikan khas. Quite interesting. Macam makcik aku, sekarang dia tengah amek PhD dah. Tapi, aku cari2 untuk yang lepasan spm sumua nya tak ada..kenapa tak ada..?! Cuba cakap. haisyh..aku macam yakin yang aku mampu mendalami bidang ni. Itulah, aku tak nak pening2 macam ni, tapi tak boleh lah sebab ini masa depan aku, kalaw tersalah pilih macam mana? Even aku pon tak tau yang aku nak tu dapat ke tak, sekurang2nya aku ada perancangan dan Allah yang menentukan. Banyak dah aku baca2 kat blog2 orang yang ada pengalamn tuh. Semuanya berakhir dengan ketakutan dan kerisauan dalam diri aku ni. Tak memberi penyelesaian langsung. Apa yang aku mampu buat sekarang tunggu dan lihat..UPU dah isi, tapi nak tukar lagi..SPM pon da lepas kan. Budak2 yang straight A's tu pon ada yang tak dapat cos yang diorang nak apa lagi aku yang biasa2 ni hah..

Menjadi guru kepada kanak-kanak istimewa. Beruntung mereka yang mendapat gelaran yang sedemikian. Sebab, Allah menyayangi mereka lebih daripada kita. Mereka tiada dosa, tidak mengerti panorama dunia yang semakin agresif. Aku tau, nak mendidik mereka bukan senang, memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitu besar nikmat Allah tidak menguji kita dengan memberi kita anak-anak bergelar istimewa dan begitu besar nikmat Allah memilih kita untuk beroleh pekerjaan hanya diamanahkan untuk mendidik anak2 istimewa ini..Alamak, aku ni tak adalah tak penyabar sangat orang nyer. Aku ni tak ada ciri2 periang tak bertempat macam orang lain tuh. Aku cuma akan periang and gila2 dengan orang2 yang tertentu je. Tak adalah peramah sangat. Tapi, kalau orang tu okey, aku pon okey, don't worry. Dengan kanak2 istimewa, bila dibayangkan macam kekok jer. Nanti dah lelama biasa kot.

Sebenarnya, aku dapat tahu daripada 1 artikal nie, dia cakap, kanak-kanak yang mendoakan kita lebih afdal doanya kerana mereka tiada dosa. Sebagai memperingati diri sendiri and orang lain, kita sepatutnya jelas dengan tujuan hidup kita di dunia. Kita hidup di dunia hanya untuk mengejar ganjaran dan keredhaan Allah di akhirat kelak. Doa kanak2 dimakbulkan Allah tau sebab kanak2 yang meninggal dijamin syurga.

Apa yang aku perlu buat untuk menghilangkan kerisauan? Aku sure, ramai yang sedang dalam dilema sama macam apa yang aku rasa. Pertama sekali, kita perlu banyak2 berdoa pada Allah. Itu memang sangat penting, jangan putus asa. Selama ni Allah lah yang bantu kita. Secondly, kita perlu cari apa sebenarnya minat kita, apa yang kita suka, apa yang mempermudahkan urusan kita, and apa yang kita mampu sahaja. Jangan amek cos yang kita tak mampu, nanti kita menyesal. Jangan ikut kawan or terpengaruh dengan kawan jugak. Thirdly, kalau kita tak tahu apa yang kita suka, kita terima apa pemberian Allah. Kemudian, yakin bahawa apa yang Allah bagi tu semua adalah membawa kebaikan kat kita. Selagi kita berusaha pasti ada jalannya. Kan rezeki ada dimana-mana.

Aku pon tak terlepas daripada semua ni. Selalu memikirkan masa depan aku. Suka bayang kan yang bukan2. Memang itu bad habit aku lah. Tak boleh nak buang dah. Tahap imaginasi aku ni tinggi sangat. Tak caya tanya akak. Yeah aku sedar aku masih terlalu banyak kekurangan. Aku harap sangat, apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Bukan setakat berkata-kata sahaja. Kalau nak dapat apa yang kita nak, kita sendiri kena usaha ke arah tu. Cuma cepat atau lambat je yang kita tak tahu. And sekarang aku ada sedikit penyesalan sebab aku terlambat mengetahui tentang pendedahan di Universiti. Aku percaya, Allah akan membantu. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada kita semua kan.

Anyway, thanks sebab baca entry ni. Sebelum tu, baca ni dulu..(^_^)








No comments: