Tuesday 15 January 2013

Newbie..


Assalamualaikum..

Hmm..orang lain ada blog, aku pun nak ada blog jugak. Yeah, untuk suka2 saja. Sebelum ni memang betul, aku tak berapa nak suka pasal blog2 ni. Tengok pon tak pernah kot sebab tak nak and tak pernah amek tahu. Bukan macam tu actually, aku tak ada pendedahan kot pasal berblog2 nieyh. That's why ;ah aku macam tu kot. Malas nak amek tahu. Uisyh3, Huhu. Tak tahu la apa yang aku fikir masa tu, tapi, yang aku tahu, aku tak reti nak berblog2. Nerd kot sebab blog pon tak tahu ( Memang nerd and blur ). Ntah pape je aku dulu.

Dulu kat kelas ada gak dengo diorang story mory pasal blog, blog itu blog ini. Dalam hati, aku fikir macam susah je, nak kene itulah inilah. Aku pon decide buat kerja sendiri je, malas nak amek port sebab aku tak ada blogkan. Pada aku orang yang tahu and celik IT je yang boleh buat blog2 ni ( dulu aku tak meluas lagi, sekarang baru maju sikit ) sebab masa tu aku agak kurang pengetahuan..tapi, itu dulu, time tu pemikiran tak meluas lagi. Form 3 baru nak ada FB. Yang aku tahu search apa yang ada je, sebelum ni tak pernah godek2 pon Mr Google ni ( asyik godek maaduu je )..hehehe. Entah kenapa disebabkan akak tu punya blog menarik minat aq, dah tu baca pengalaman dia, rase macam best pulak. So, start from that time lah, aku baru tersedar yang blog ni interesting jugak laa sebab ia umpama diari,..Oooh, baru aku tahu itu rupanya blogger. Patutlah akak tu suka blogging.

Aku sendiri pernah jadi pelik, lebih kepada wonderinglah sebab mase tu aku baca biografi sorang akak ni, masa tu aku form 2 tak salah akulah, tak nak lah cakap siapa akak tu kan, salah satu hobi dia ialah berblogging. Apa yang best sangat ngan blogging tu? Tapi, pertanyaan aku masa tu berlalu tanpa jawapan. Tak nak tanya ye macam tu jadinya.

And sekarang soalan aku dah berjawab. Boleh tahan la jugak penangan blogger ni. Aku bersyukur sebab aku suka bende2 yang lagho macam ni lepas exam, the BIG exam. Dulu after PMR aku start suka tengok drama2 korea. Now after SPM involve dalam blog pulak. Dulu aku cuma tahu facebook and maaduu. Twitter pon aku sign up pas SPM sebab dulu pernah buat tapi tak jadi2, apa masalah pon tak taw lah. Lagipon, aku kan budak lepasan SPM, jadi aku ada banyak masa kot nak update banyak entry ( yeke banyak masa?auta lettew ). Tapi, even banyak masa pon, rase macam tak sempat je. Apa yang aku buat pon aku tak tahu. Blogging tak pernah termasuk dalam senarai aktiviti lepas SPM aku, it just happened suddenly. Kiranya, kalau aku ada masa lapang and rase macam nak tulis2, maybe aku tulis kot. Still, aku ada banyak idea nak tulis entry..cuma malas dan tak sempat. Serius memang banyak.

So, apa yang aku cuba nak sampaikan untuk first entry ni, just nak bagitahu pandangan aku tentang blogger before and after je. Aku pon nak share2 pengalaman aku jugak. Maaflah, blog aku ni tak berapa nak menarik sangat kot sebab tak banyak gambar. Semua gambar yang aku masukkan, gambar2 cilok kat image google je. Buat masa ni, aku tak tergerak hati lagi nak share gambar2 aku. Just nak tulis2 apa yang terbaik. Pertama kali, aku memang excited sebab dapat hias blog ni yang pada aku blog yang kemas. Kemas tapi tak kreatif langsung. Taw, tak berapa nak cantik sangat pon. Admit it! Aku tak suka berserabut sangat. Dengan Ads yang ntah apa-apa. Nanti semak. Maybe, macam ni dulu da cukup okey kot.

Letak lagu kat blog? Tak nak lah letak. Bukak2 lagu yang sama, nak tukar2 malas. Nanti kalau lagu best sangat tak fokus pulak korang nak baca enrty aku ni. Kalau korang nak dengar lagu, dengar la lagu2 yang ada kat lappy korang tu. Bestfriend aku, dia dah lama ada blog, aku tahu. Cuma aku jenis yang tak berminat, dah tu dia pulak kalau aku tak minat bukan nak cerita2 yang blogging ni pon ada bestnye jugak. Tapi tak pe. Nasib baik dia tak cerita, nanti aku lalai tak sudah. Udah le cerita korea dia yang intro kat aku. 

Apa pon. thanks sebab baca entry yang tak seberapa ni..

1 comment:

wachiwirackliff said...

Casino near me, Henderson - MapyRO
Casino near me, Henderson. 광양 출장샵 Mapy's free 경기도 출장마사지 map 전라남도 출장안마 of all casinos located near me, 강릉 출장마사지 including the casinos, hotels, restaurants, and 안산 출장마사지 amenities.