Wednesday 16 January 2013

Jellyous..apa tuh?



Assalamualaikum..




Kenapa nak jealous2 dengan orang?
kenapa? Salah ke kalau aku nak jealous2 dengan orang?

JEALOUS. That's my hobby. Aku suka jealous2 dengan orang lain, tapi jealous ngan orang2 tertentu jelah, tak semua. Nanti tak masal pulak kang. Kadang2 aku jealous secara tak sengaja. Kadang2 sengaja. Depends la kan. Aku jealous bersebab, tak nak ler nak maen jealous2 cenggitu jer. Tak standard lar beb! Aku tak rasa pelik pun dengan hobi aku yang satu ni. Malah rasa bangga, chewwah..hakhak..Tapi, sesiapa yang rasa pelik or nak tahu dengan statement aku nie, sila baca..mungkin korang akan jadi kan jealous ni sebagai hobi baru korang. Kalau nak, boleh je join aku. Kalau tak nak tak apa, tak paksa kay..

Maksud jealous kat sini bukan jealous dengan boffie2 korang, girlish2 korang, n crush2 korang. Kalau ada lah, yang tak ada lagi bagus. Jangan salah anggap eah..aku sendiri malas nak fikir benda2 alah tu semua. Buat beban diri dan fikiran aku je. Jealous kat sini menuju ke arah kemajuan diri and memuhasabah diri. Jadi kalau ini tujuan kita, insya-Allah, kita boleh berubah dengan cara yang baik, bukan dengan cara yang salah. Jangan pulak dah jealous sampai berdengki sakan pulak. Tak boleh la macam tu. Tak elok tau.

Kenapa aku tulis entry ni? Because it always happened in myself and my daily life . Makes me felt humble actually. Macam ni, semalam, aku terbukak blog someone. Aku tengah search lain sebenarnya sebab aku tengah cari maklumat pasal upu tu la. Dah terclick, baca jelah. What i had found? Dia talk about her result SPM 2011. Budak tahun lepas kot. Lepas baca2 aku pon follow dia kat twitter. Dia buat aku rasa merendah diri. Rasa diri ni perlu diperbaiki. Sebenarnya geram sebab time SPM aku struggle last minutes.  Tak adalah last sangat. Aku sebulan before trial aku dah struggle dah. Malam2 tido lambat aw. Tapi, macam dah terlambat pulak. Itu lah kelemahan aku, sentiasa merendah diri dengan kelebihan orang lain. Rasa down sekejap. Aku suka perasaan merendah diri macam ni sebab, bila aku rasa macam tu, automatik semangat aku up 100% and aku akan usaha nak dapatkan macam tu juga. Alhamdulillah, dengan berkat HOBI aku ni, aku pon berjaya dapatkan apa yang aku nak. Tapi, nak jadi macam akak tu dapat straight A's, aku tengah tunggu result ni ( punah harapan bila terkenangkan paper biologi aku tuh..cedey, sob55). Banyak kali juga aku rasa perasaan macam ni..nak contoh lain? Ada banyak tapi aku amek yang certain2 part jela. Bukan nak berbangga. Just nak share untuk kita2 jer.

Event kali ni memang event yang pada aku amazing kot. Just like a miracle. Hmm, aku ingat lagi masa aku form 4, asal nya aku sekolah kat SMKBG ( look! aku cuma sekolah biasa je, bukan budak SBP/MRSM/ whatever la sekolah yang top2 kat Malaysia ni). Tapi, aku transfer pergi SMKTM b'coz nak amek arab, SMKBG tak ada arab. Kalau ada, for sure aku tak pindah lah, stay situ je. Banyak cabaran masa aku duduk sana especially kat hostel. Bile naik form 4, kan ada subjek baru yang kita kena belajar. Aku suka sangat dengan math. Math memang favourite aku semenjak skola rendah lagi. Jadi, aku tak terfikir yang add math tu sebenarnya agak susah, tapi tu cuma permulaannya. Tapi, aku taw yang add math tu subjek killer. Add math ni, belajar senang. Tapi nak jawab soalan susah. Kena ada panduan baru boleh on. Macam  tu lah aku bertatih untuk excellent Add Math. Okey, masa tu baru je lepas test 1, then dapat lah result masing2..Shock!! Add math aku amat and sememangnya teruk. Tak pernah di buat aku...

Ni result aku first time paling worse..46.. Rasa macam nak nangis pon ada, tak percaya aku dapat mark teruk macam ni skali. Masa kat SMKBG dulu tak pernah dapat markah macam ni. Aku tak tahu faktor apa yang membuatkan aku jadi macam ni teruk. Mungkin suasana and budaya asrama or maybe subjek baru..agaknyalah kot. Tapi, aku still boleh sabar masa tu. Mungkin Allah nak aku lebih berusaha lagi. Aku tenang. Tapi, dalam hati aku sorang je yang tahu. Tengok result dak lain semua okey2, even ada yang senasib dengan aku. tetap rasa down. Aku rasa rendah diri sangat. Dah la aku budak baru masa tu. Of course laa orang pandang rendah kan.!

Aku asyik tanya diri aku, kenapa teruk sangat aku kat sekolah ni? Owh mungkin aku malas nak buat latihah la ni. Tak pe, nanti aku buat latihan banyak2. Masa tu cakap je lebih, tapi tak buat pon. Tu la aku,. PEMALAS..huhu. Pastu, bila nak test second pulak, aku pon study la macam orang nak amek exam tu..bila dapat result test yang ke-2, add math aku sekali lagi teramat la worse..42..ya Allah. Dah nak gagal dah ni. Masa tu aku bersyukur sangat sebab masih lagi lulus. Tak nak la pecah record. Masa tu aku rasa ni bukan paper aku. Mungkin cikgu tersalah bagi, sebab aku dah study habis dah, tengok nama, hmm, memang betol paper aku. Memang sedih. Rasa macam nak balik je sekolah lama. Tapi.................

So, aku tekad dalam hati. Balik ni, beli buku latihan, buat banyak2. Tapi buku tu start buat masa da nak exam. Bila minggu balik, aku mengadulah kat ayah, cakap itu ini, tapi haram, satu pon tak layan. Asyik bagi aku nasihat, nasihat dan nasihat. Cakap memang ler senang, yang nanggungnya aku taudak? Seksa ya amet, down sesangat, bila nak balik asrama, aku tak bersemangat langsung. Mak lagi lah, asyik je baru 4bulan dok asrama, nanti da lama2 okey lah tu. Seriously, aku tension fikirkan add math and biologi aku, tak fikir lagi sejarah aku. So, start daripada tu la aku buat latihan banyak2, buat nota biologi banyak2, as a result, jeng jeng jeng. Result add math aku excellent masa mid year exam..94..Alhamdulillah..actually, aku target A- yang cukup2 makan je. Memang tak sangka. Time exam tu aku berharap sesangat and berdoa dpt A- . Biologi aku pon dah stabil. Cukup2 makan pun tak apa lah. Yang penting A. Untuk permulaan kita kena slow2 dulu. Tak moh le gopoh2kan. Rupanya Allah nak bagi A+. Memang aku rasa pengorbanan aku berbaloi and berbayar masa tu jugak, tak sia2 sakit tangan aku ni hah. Aku jadi sayang dengan buku yang aku beli tu. Buku tu banyak berjasa dengan aku. Kalau tak ada buku tu, ntah2 aku dah gagal for the first time kot..

Oww, memang aku takkan benarkan perkataan gagal hadir dalam kamus pengajian aku..insya-Allah, setakat ni aku masih mampu bertahan. Tak tahu la lepas ni macam mana. Masa tu, seronok tak terkata. Semua orang terkejut sebab aku dapat beat semua orang. Yelah, dahla budak baru, pas2 tak teror add maths pada awalnya, tiba2 dapat the highest mark. Sekarang, betul lah Cikgu Shabib cakap before SPM dulu, kita akan dapat keputusan yang excellent dalam masa yang singkat dengan usaha yang LUAR BIASA. Aku bersyukur sebab aku dapat pengalaman macam ni. Bukan senang tau, kalau korang nak, kene usaha lah yerk sendiri. Pagi petang siang malam buat latihan sambil tengok contoh jawapan dan jalan kira..



Nak contoh lain lagi..?  Ada..masa tu kat surau Darul Ilmi SMKTM..Ustaz Hussien bawak anak2 and wife dia sekali. Dalam hati ni rasa macam best sangat tengok anak perempuan dia pakai purdah. Ayu and sejuk mata memandang tengok dia pakai purdah. Aku pun nak jugak. Aku tahu, ramai perempuan kat Malaysia ni teringin nak pakai and amalkan purdah dan berniqab. Aku pon tak terkecuali. Aku jealous dengan anak ustaz tu. Sebab dia dah ada pembimbing untuk memakai purdah. Aku pun perlukan pembimbing. Takkan tiba2 je nak pakai purdah, pas tu bukak. Tak istiqamah lah macam tu kan? Aku pun nak jugak jadi macam dia, ajak la aku jugak pakai purdah. Kalau pakai sorang2 malu pulak, sebab orang2 kat sekeliling aku tak ada yang pakai purdah. Kalau pakai ramai2 tak rasa malu sangat. Mungkin sekarang bukan masa nya untuk aku memakai purdah.. Alhamdulillah, niat pun dah ada. Cuma masih lagi tak berkesempatan untuk memakainya. Bukan aku sorang je yang rasa. Ramai lagi yang rasa macam ni..

Aku selalu je jealous dengan akak2 and batch2 aku yang aku kenal yang amek medic ke dental ke apa ke . Seronok nyer diaorang dapat jadi doktor pastu berjaya bila dah habis study. Memang time ni, semangat aku nak jadi doktor tinggi habis..berkobar-kobar..sebab tu aku selalu cakap "KALAU KAU BOLEH AKU PON BOLEH!".. Memang aku boleh sebenarnya..yang penting semangat kena ada, yang penting lagi kene rajin. Kalau tak rajin payah le cenggitu kan?




Ada banyak lagi contoh yang berlaku sepanjang aku hidup kat dunia ni. Tapi, aku cuma sempat share ini je. Walaupon tak banyak yang aku share, tapi aku puas. Kadang2 kita jealous dengan dia sebab dia baik, pandai, kaya, ternama, banyak ilmu agamanya and apa2 lah lagi yang korang jealouskan. Kita boleh dapatkan semua ni,.yang penting jangan lupa pada Allah bila kita dah dapat kan sesuatu tu. Bila dah JEALOUS, kita akan dapat kesedaran, jadi kita berusaha untuk memperbaiki diri masing2. Aku memang banyak kekurangan. So, aku gunakan hobi ni sebagai panduan and jalan untuk aku memuhasabah diri dan mempertingkat kesedaran diri..




No comments: