Friday 25 January 2013

Inilah Pengorbanan Wanita..


Assalamualaikum








At first, baca kisah ni dulu..

KISAH 1

Ada sepasang suami isteri yang baru sahaja setahun setengah berkahwin, terlibat dalam kemalangan jalan raya. Si isteri mengalami kecederaan yang agak parah, namun suaminya lebih kronik kerana terpaksa menjalani beberapa pembedahan di kepala yang akhirnya meragut sebahagian ingatannya. Doktor mengesahkan si suami menghidap masalah saraf yang serius dan tidak boleh bekerja. Si suami dan isteri terpaksa berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan sehingga kini. Ada kalanya si suami diserang sawan apabila aktif atau tertekan. Si isteri melayani suami dengan sabar bagaikan seorang bayi yang masih kecil. Makan bersuap, memujuknya makan jika tiada selera dan pastinya menguruskan mandi dan berak kencingnya. Si isteri terus bekerja dan si suami tinggal di rumah dengan dibantu pengurusan diri oleh ibu dan ayah. Inilah pengorbanan si isteri. Bayangkan kepenatan yang diharungi setiap masa dalam mencari rezeki, kemudian menguruskan fizikal dan emosi suami untuk satu jangka masa yang lama.

KISAH 2 

Ada sepasang suami isteri yang bahagia dan dikurniakan 4 orang anak. Atas kesungguhan bekerja, si suami dinaikkan pangkat sebagai pegawai atasan. Mereka pun berpindah ke tempat kerja baru. ketika mengangkat sebuah almari pakaian ke bilik utama, tiba-tiba si suami jatuh terjelopok. Berlaku "slip disc" pada tulang belakangnya. Beliau terpaksa menghadapi beberapa ujian air tulang belakang dan pembedahan sehingga memberi kesan kepada sistem sarafnya. Keseriusan masalah saraf yang dihadapi termasuklah hilangnya deria rasa ketika ingin membuang air kecil dan besar. Beliau sentiasa memakai lampin dan diusung isteri ke bilik air. Jika isteri bekerja, pembantu rumah atau anak-anaknya yang akan mengambil alih. Si isteri terpaksa membuat pelbagai kerja. Di samping mengajar di sekolah, beliau menerima tempahan katering, menjual aksesori wanita dan sebagainya. Anak-anaknya pula pandai berdikari dan bijak dalam pelajaran..

Look!! Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Ini lah contoh dua orang wanita yang sedang hebat  diuji walau tak sehebat Khadijah isteri Rasulullah s.a.w..Setiap hari, hidup dijalani dengan tabah dan tanpa rungutan..Mengapa? Inilah bukti cinta kepada Allah s.w.t. Apa-apa sahaja yang Allah takdirkan diterima dengan hati yang lapang..Aku tahu tak semua perempuan macam ni..tapi sekurang-kurang kita cotohilah sedikit..aku tahu, ada juga wanita dan isteri yang baik tidak dihargai oleh sang suami, dan ada lelaki yang baik tidak dihargai oleh sang isteri..itu semua ujian daripada Allah..jadi, kita harus tabah menghadapinya..Allah tidak akan memberi ujian yang tidak tertanggung oleh hambanya..jadi kita perlu yakin dan percaya dengan Allah..segala penyelesaian ada pada-Nya..cepat atau lambat hanya Dia yang mengetahui..kita hanya mampu berdoa dan bertawakal secara istiqamah..jangan cepat mengalah..

Kisah tersebut juga merupakan pembuktian cinta kepada suami yang tidak berbelah bahagi. Mereka masih boleh menjalani kehidupan yang normal dan menyara anak-anak, malah tidak patah semangat. Oleh sebab itu, syukurlah dan nikmatilah hidup yang singkat ini dengan berbakti dan menggembirakan suami supaya tidak terkilan di kemudian hari..setiap kebaikan ada ganjarannya..Sebenarnya petikan ni aku ambil dari majalah Solusi..ada sedikit terkesan masa baca artikal ni..pun ada bayang kan yang diri ini mampu ke tak nak menghadapi ujian sebegini..hanya Allah yang tahu.. insya-Allah aku boleh..

Setiap orang ada situasi, masalah, takdir, rezeki, dan luck yang berbeza..apa salahnya kita menghargai pasangan suami isteri masing-masing..perlu ke mencari yang lain disebabkan nafsu yang memenuhi jiwa tu?..Aku tak rasa macam tu kot..kadang-kadang bila tengok drama kat tv, geram pun ada jugak, suami baik tapi isteri buat hal pulak..isteri baik, suami pulak buat hal..so, pada aku, dalam banyak2 contoh, mak and ayah aku lah contoh terbaik setakat ni..aku masih muda and mentah untuk memikirkan masalah rumah tangga..tapi, ini berdasarkan pemerhatian dan pemikiran aku..sometimes, kita perlu ambil tahu serba sedikit sebagai persediaan untuk masa depan..apa masalahnya..? Tak de masalah kan? 

Aku memang suka baca kisah-kisah yang memberi aku pengajaran..semua tu buat aku lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan..that's why aku lebih suka mintak pendapat orang..ada orang suka ambil positif dalam sesuatu perkara dahulu baru negatifnya..orang nasihat kan aku, aku ambil yang positifnya..ya betul..tapi, aku suka fikirkan yang negatifnya dulu sebelum ambil sesuatu tindakan..than baru aku think positif atas apa yang aku buat tu..sebab aku tak nak tersalah langkah..aku takut nak menghadapi pengalaman yang menakutkan tu semua.. Kadang2 masa aku mintak pandangan someone, ada jugak samapi nak berdebat. Hehe, saja nak uji keyakinan pendapat dia tu.. nak elak semoga dijauhi daripada ni semua, aku banyakkan berdoa pada Allah semoga urusan aku kat dunia ni berjalan lancar dan dipermudahkan..

Apa yang nak disampaikan kat sini, hargailah wanita, isteri, perempuan..kalau isteri ada buat salah, tegurlah, dengan cara yang baik..takperlu memaki hamun bagai, pukul2 sakan..wanita terlalu lemah..tapi aku tahu wanita adalah kekuatan bagi lelaki..contohnya ibu kita..siapa yang tak sayang ibu kita..ibu kita adalah wanita..wanita yang bergelar ibu tu lah yang melahirkan kita..apa-apa yang kita buat haruslah berdasarkan syariat Allah, Al-Quran dan As-Sunnah..kalau tak ada konsep ini, tak ke mana lah kita semua..berlaku lah sumbang mahram, penderaan..aku benci sumbang mahram berlaku..itu tak sepatutnya berlaku.. Kadang2 terlintas dalam fikiran aku, diorang tak ada otak ke? Tak fikir ke risiko atau kesan nya? Bila dah terpampang kat dada akhbar tak rasa malu ke? Astaghfirullah..So, kenapa berlaku perkara terkutuk sebegini..? Sebab tak takut dosa..tak ada iman, tak amalkan ajaran Islam..aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini..aku tak nak famili yang lain dah..Alhamdulillah.

So, setakat ni jelah entry aku kali ni..syukran


No comments: