Thursday 17 January 2013

Apa itu Husnul Khotimah..?


Assalamualaikum..



Kenapa eak aku masukkan entry ni..? Hmm, sebenarnya ini cuma untuk pengetahuan aku je. Aku sengaja buat research pasal ni sebagai peringatan. Actually, aku baru je tau husnul khotimah ni secara keseluruhan , sebelum ni macam kabur2 sikit. Selalu je dengar ustaz cakap kalimah ni masa tazkirah. So, aku nak tahu dengan lebih mendalam. Husnul khotimah sememangnya idaman and harapan and ganjaran yang tak terbayar oleh Allah kepada semua umat Islam di dunia ini. Cuba bayangkan kalau kita  tak dapat mengucap semasa menghadapi sakaratul maut? Astaghfirullahhalazim,..nauzubillah himinzalik.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dalam entry kali ni aku nak bagitahu serba sedikit pasal tajuk ni, tak semua, huraian pon aku buat sikit2 je, sekadar pengetahuan aku. Aku cuma pilih sikit tanda2 husnul khotimah yang boleh bagi peluang kat kita untuk dapatkan husnul khotimah ni.. Insya-Allah,...Selagi kita beriman, Allah akan permudahkan.. Sebagai makhluk ciptaan-Nya kita hanya perlu berdoa kepada Allah agar diberikan akhir yang baik pada hidup kita di dunia ni..

Tanda-tanda HUSNUL KHATIMAH : 

1. Mengucap dua kalimah syahadat semasa meninggal..
   - Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa barang siapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan dua kalimah syahadah maka ia dimasukkan ke dalam syurga. Kat sini jelas menunjukkan yang kalimah syahadah ni memang patut kita amalkan selalu. Kita kena sering mengucapkannya supaya Allah mempermudah lidah kita menyebut kalimah syahadah semasa sakaratul maut nanti. Bukan setakat dalam solat sahaja ye.

2. Ketika meninggal dahinya berkeringat..
  - Hal ini berdasarkan hadith Buraidah Ibnul Khasib. Dahulu Buraidah pergi menziarah saudaranya yang tenga sakit, tetapi telah meninggal. Buraidah terlihat keringat pada jidatnya. Lantas Buraidah berkata Allahu Akhbar.. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa matinya seorang muslim adalah berkeringat dahinya..Allah Maha Besar..

3. Wafat pada malam Jumaat..
   - Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda " tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jumaat atau pada malam jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur..

4. Mati syahid dalam medan perang dan berjuang pada jalan Allah..
   - Yang ni mestilah semua orang tahu sesungguhnya Allah sememangnya telah memberi syurga kepada para syahid.. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, mereka berjuang semata-mata untuk syahid pada jalan Allah.. mati syahid bukan sahaja semasa perang tetapi ketika belajar, ketika pergi mencari ilmu dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar, aku nasihatkan korang perbetulkan semula niat korang pergi dan datang ke sekolah..

5. Wafat kerana tenggelam dan menghidap penyakit tertentu..
   - Contoh penyakit yang mati syahid yang aku tahu berdasarkan research aku la..kolera, tuberculosis, busung perut, tumur di rusuk, tho'un. Kalau musibah seperti meninggal kerana tertimpa keruntuhan, meninggal kerana terbakar, itu pon dikira husnuh khotimah jugak..bila da tahu, jangan mengharap nak dapat penyakit nie. Bimbang nanti kita jadi malas beribadah apabila Allah sudah menjanjikan syurga kepada kita..

6. Wanita yang meninggal ketika melahirkan anak..
  - Jadi sebagai seorang yang dilahirkan sebagai perempuan kita patut bersyukur. Mana tahu kita diberi peluang oleh Allah..Mengapa wanita yang meninggal dikatakan mati syahid? Kerana sabda nabi tersebut membawa maksud bahawa anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya ke syurga..

7. Meninggal ketika mempertahankan harta dari perompak..
   - Siapa yang tak sedih kalau ahli keluarga meninggal ketika situasi sebegini? kalau aku pun, aku rasa tak sanggop kot..memang lunyai la aku kerja kan orang tu ..huhu..tapi jangan risau..inilah ganjaran Allah..dijamin syurga kelak..

8. Mati dalam membela agama dan jiwa..
  - Mengingatkan aku tentang kisah sumayyah sekeluarga..sangat menyedihkan..seandainya kita berada di tempat mereka sekeluarga bagaimana? Mampu ke kita tempuhi saat2 genting yang dialami mereka? Renung-renungkan lah..

9. Orang yang sering melakukan amal soleh sehingga akhir hidupnya..
   - Mulia sungguh orang yang suka melakukan amal soleh ni..kita bila lagi? Tidak mengapa jika beramal soleh sedikit2.. Tidak mengapa jika itu yang kita termampu. Sedikit kita buat, berganda-ganda pahala yang diberikan oleh Allah. Cuma kita yang tak nampak. Bayangkan kalau kita setiap hari beramal soleh walaupun sedikit, asal kan niat ikhlas, nescaya pahala yang kita kumpul akan bertambah banyak..yang penting perbetulkan niat..

10. Ketika meninggal, wajahnya kelihatan tenang, damai dan tersenyum ibarat melihat bidadari syurga..
   - Siapa yang pernah melihat jenazah yang situasinya sebegini, amatlah beruntung..bukan senang nak dapat meninggal dalam keadaan tenang and tersenyum macam ni..kalau berkesempatan, tanyala orang sekeliling yang rapat dengan si mati, apa yang dilakukan di dunia sehinggakan jenazahnya boleh setenang itu..itulah kuasa Allah..bila dah tahu, amal-amalkan lah..

Memang cemburu dengan orang yang dapat husnul khotimah ni..rasa diri ini tak cukup lagi berdamping dengan Allah..seriously, dalam hati ni, aku kagum dengan orang yang dapat husnul khotimah..nak tahu jugak apa je yang dia buat masa dia hidup kat dunia ni..apa salahnya kita share2..sama2 kita dapat husnul khotimah..yang penting niat kerana Allah..bukan kerana nak menunjuk-nunjuk..tak baik buruk sangka terhadap orang lain..

Thanks for reading this entry..

No comments: