Monday 27 May 2013

My Next Destination is KMJ



Assalamualaikum..


Ada beberapa jam je lagi aku nak bertolak ke KMJ. Macam tak percaya pulak yang aku ni dah nak jadi budak matrik. Admit jugak laa sebab dulu aku macam pandang rendah kat matriklulasi. Akhirnya aku memilih untuk masuk matrik berbanding masuk Asasi Sains UiTM. Aku harap aku dah buat pilihan yang tepat dan muktamad. Andai kata aku menyesal masuk matrik, berserah la pada Allah, semoga segalanya diredhai.

Apa eak yang aku rasa sekarang? Aku rasa tak sabar tapi takut, berdebar tapi berkobar2, bersemangat tapi dalam masa yang sama was2 dan cuak. Ye, aku memang tak sabar sangat nak masuk matrik, berkobar2 ni nak further study kat matrik, bersemangat habis dah ni. Malah aku berazam nak buat yang terbaik. Aku nak buktikan yang budak matrik lebih hebat daripada budak asasi. Dah target lepas matrik aku akan dapat sambung degree in dentistry. In Shaa Allah kalau ada rezeki. Segalanya peracangan Allah kan. 

Tapi dalam masa yang sama, aku takut. Aku ni boleh ke? Ke aku ni cakap lebou jer? Otak aku ni dah lama tak di generate. Boleh ke berfungsi macam dulu? Cuti ni macam2 benda aku makan. Asam, jajan, maggi. Jadi, aku tak tau otak aku ni pada tahap yang mana. Aku harap apa yang aku rasa sekarang ni bukan hanya hangat2 tahi ayam. Tak mao ler. 

Kesian kat ayah. Banyak dia berhabis duit kat aku bulan ni. Aku akan make sure 4 flat dalam tangan. Tapi bila tengok silibus biologi, kimia, math, sains komputer kat portal KMJ, aku gulp. Rasa macam, Masya-Allah. Boleh ke aku sumbat nota2 yang banyak gila ni dalam kepala? 1 chapter belajar 7 jam je. 1 chapter tu ada 80 m/s ++ nota ringkas. Even masa SPM dulu pon aku sumbat2 dia pantul balik. Orang kata kena rajin buat tutor. Okey, aku akan jadi orang yang paling rajin buat tutor key. Carry mark kena full. Koko kena aktif.

Sepatutnya aku berada di KMPk. Tapi disebabkan rayuan aku diterima, maka aku dipindahkan ke KMJ. Dekat je kot. 15 minit dah sampai. Sedih jugak sebab aku tak dapat sama2 study ngan bestfriend aku, Haziqah. For the second time, kami terpisah. Mungkin ini ujian yang kami harus lalui. Redha jelah. Kat mana kita berada, kita tetap kawan tau. 

Jadi, aku mesti berjaya. Aku kena buktikan kat semua orang yang aku boleh. Aku kena berhenti tengok cerita Korea, kurang kan tidur, fokus dalam praktikum, rajin buat tutor and nota. Jangan buang masa ngan benda2 lagha, kalau tak faham pelajaran, cepat2 tanya cikgu, jangan cakap banyak2 kalau jumpa kawan2 yang best macam akak atau pon macam Eka and Asma. The most important, aku tak nak ada sebarang masalah hati. 

So far, cuma 3 orang je yang aku rasa betul2 kawan aku. Bukan senang nak jadi kawan aku yang sebenar2 kawan. Sebab aku ni kalau bab kawan memang memilih sikit. Still, aku kawan ngan semua orang, cuma biasa2 je aku layan dia. Apa lagi eak aku nak cakap? Macam dah tak ada jer. Berhenti dululah. Ini entry terakhir untuk bulan ni. Jadi, entry yang berikutnya akan aku tulis kalau ada masa.

Thanks for reading.

1 comment:

Anonymous said...

mcm mana nk tukar kolej matriks ye kak?