Wednesday 15 May 2013

Interview IPG 2013..




Assalamualaikum..


Akhirnya entry bulan ni tiba juga yer. Aku tak de kekuatan sebenarnya nak tulis malam ni. Sebab penat pagi sampai petang tadi tak release lagi. Sakit segala urat sendi aku ni hah. Tangan kanan pulak lenguh sebab pagi tadi angkut beg sandang berat sangat. Tapi dah okey sikit pas adik aku urut tadi. Huhu.. Nak mula dari mana eak? Urmm, 6 Mei hari tu kan semakan tarikh temuduga keluar. Pukul 12 tu jugak cek dapat ke tak. Selalu kalau bukak KPM punya laman web slow gila. Tiba hari tu tekan-tekan terus keluar. Tengok-tengok dapat. Happy. Tapi alamak. Kenapa? Mesti le happy sebab mohon dapat eak. Bukan senang nak dapat iv IPG ni. Yang mohon bukan 100, 200 orang tew, nak beratur memang tak cukup line laa. Kiranya aku ni untung le eak dapat kan. Alamaknya jak gi aku cakap.

Pas da dapat tu terus je bagitau ayah yang aku dapat. Aku dapat Pendidikan Matematik SK. Memang pilihan pertama aku pon. So, interview nya kat IPGK Teknik, Bandar Enstek KL, Negeri Sembilan. Sebelah KLIA jer. Jadi kalau nak tengok aeroplane mendarat boleh tengok live kat situ. Eheh, auta. Jangan percaya. Dah le aku tak pena gi tempat tuh. Jadi tak tau la tempatnya kat mane kan. Cadangan aku bertolak dari rumah petang Isnin tuh pastu tiba sana check in hotel ke apa ke, malam cari tempatnya kat mane. Tapi ayah tak nak pulak. Ntah kenapa ntah. Pastu selang dua hari ayah cakap dia ada kawan kat sana yang bole tunjukkan jalan. Ayah cakap kawan dia tau tempat tuh. Aku pon humm, oke jelah kalau macam tuh.

Aku pon buat la preparation. Tengok experience2 diorang tahun2 lepas. Macam cuak pon ada. Macam takut pon ada. Tapi kan interviewer nye lain2. Tak sama. So, aku pon no worry la pasal tuh. Lantak le dia nak marah ke nak provoke aku ke apa ke. Tak kesah ler. Tak payah nak provoke2 sangatlah kan. Tulah yang diorang kata masa diorang kena iv dulu. Semua soalan2 nye aku salin atas ketas pastu cari jawapan. Penat salin slap pic jer. Pakaian simple cuma dia nak kita pakai kasut kulit/PVC. Hmm, mak ada. Pinjam je. Kasut tu dah try da kat uma lagi tapi tak pakai stokin laa masa tu. Try jalan hmm, okey je.

Ayah pulak asyik je cakap2 pasal nama menteri ini itu, aku pon owh nanti cek kat google. Pastu aya cakap ini itu, on internet terus cek google. Macam2 bagi nasihat kat aku cakap kuat2 apa semua, cakap je banyak2. Aku pon angguk2. Kemaen lagi ayah. Yelah ayah memang nak sangat aku masuk IPG. Padahal aku tak berapa nak sangat pon. Tak tau kenapa. Aku tau kerja cikgu ni antara yang terlapang daripada kerja yang tersibuk. Sebenarnya kerja mana2 pon sibuk je aku rasa. Cuma cikgu ni dia lain sikit tau. Menurut ayah , ( padahal aku dah tau pon ) kenaikan pangkat pagi guru yang dah ada Ijazah ni cepat sebab bila dah ada ijazah automatik kita punya DG41. Yeke? Ayah laa yang cakap. Mana aku tau bab2 ni kan. Aku cuma tau sikit. Tu pon sebab ayah dah cakap banyak kali. Mak aii. Nampak tak punya ler dia semangat nak aku dapat IPG tuh.

Bukan tu je, ada lagi alasannya, dia cakap jadi cikgu ni cutinya sama macam budak sekolah. Jadi masa cuti bulan 11 & 12 bole luangkan masa ngan keluarga. Memang aku akui inilah sebab aku minat nak jadi cikgu. Sebab aku ni perempuan, bila dah kawen nanti kena uruskan anak2 and keluarga. At the same time aku boleh didik anak2 aku supaya tak jadi budak nakal yang macam kat sekolah tuh. Ayah cakap ramai yang kerja pejabat makan gaji kat luar sana tanya macam mana nak apply guru. Ni yang aku nak marah ni. Aku memang pantang kalau orang merendah2kan kerjaya guru. Eeeie, kau ingat ko bole suka2 je ea nak jadi cikgu? Nak jadi cikgu sebab tak nak kerja pejabat. Hancur le budak2 kalau dapat cikgu macam kau ni tau tak. Nak mengajar biar ikhlas ea. Hah! Kan aku dah emo. Padan muka kalau siapa yang terasa tuh.

Pastu Isnin malam nye, aku baca balik nota2 yang aku cari kat google. Masa tu aku tak de mood. Ntah kenapa macam nak marah. Tak cukup tidur kot. Konon study awal kol 8 nak ingat2 balik le kan. Tiba2 dunia menjadi gelap. Padahal tengah baca ni. Rupanya tertidur. Tak masal tau tak sebab bangun2 jam dah pukul 12.09 tengah malam. Bapak dia lama gila aku tidur. Ngantuk sangat ke apa kau ni? Teruks seyh. Dah bangun tuh cepat2 cari nota baca balik. Kol 2.30 pagi mandi siap2 nak bertolak ke IPGK Teknik. Kol 3 lebih baru bertolak dari rumah. Bawak semua keperluan jangan sampai tertinggal benda penting. Naya je kalau tertinggal kan.

Sampai kat Seremban ayah call kawan dia. Ala, orang kampung jugak. Dia cakap dia tau tempatnya kat mana. Padahal tak tau. Aku jugak yang tunjukkan jalan. Bertuah punya kawan ayah ni. Sebab aku dah tau lokasi tempat tu kat maps google. Kat uma lagi aku dah search tempatnya. Kalau aku tak search memang sesat le kan. Grrr =,=''. Pastu sampai le tempatnya. Awal sangat sampai. Masa tu belum ada orang lagi. Pukul 7 kot. Memang le tak ada orang lagikan. Daftarnya kol 8 pagi. Tunggu le situ. Pastu tak tau nak buat apa aku pon pakai le kasut mak tuh siap2. Sarung muat, skali jalan asyik je nak tertanggal. Apa cerita ni. Macam apa dah aku jalan. Mak suro sumbat tisu/apa2. Aku pon sumbat. Sumbat tak sumbat. Dah ketat habis dah ni. Degil jugak nak terkeluar kakinya. Sakit kot kaki aku. Tak tahan dah.

Kat rumah okey sebab aku tak pakai stokin agaknya. Manalah aku tau kalau pakai stokin jadi macam tu. Ingat pakai stokin oke sikit. At the end, ayah cakap gune je kasut litup aku yang asal tu. Sakai pon sakai lah. Lagipon budak ni pakai kasut jalan tu je. Leklu je aku tengokkan. Sebab kasut aku ni dah berkhidmat lama. Sayang kasut tu. Macam tak sangka yang akhirnya ia jadi peneman aku masuk ke bilik iv. Bukan kasut mak. Lagi la sayang plus plus kat kasut tuh. Tak delah sakai sangat kan. Cuma macam nampak lah yang aku slalu guna kasut tuh. Mana tau berkat kasut tu aku diterima meneruskan pengajian kat IPG. Jangan memain tau. Hah!!

Kan semua tau kalau iv IPG ni ada 3 sesi. Pertama Ujian INSAK, sesi berkumpulan and sesi individu. Aku rasa dalam banyak2 sesi, sesi berkumpulan tu kot yang tak berapa nak oke sangat. Aku pon masuk lah bilik iv tu dengan fail2 sekali, beg dan alat tulis. Masa tu time kitorang nak ujian INSAK. Soalan 135, jawab dalam masa 30 minit. Pesan orang berpengalaman, iaitu ayah aku. Ayah aku ni dia banyak noh pesan sampai dia tak sedar dia dah cakap banyak kali. Dia cakap kena jawab semua. Kalau tak jawab semua automatik gagal. Masa dapat kertas OMR tu terus laa isi apa yang patutkan. Pastu baca doa2 yang patut. Dia cakap lepas dapat kertas soalan terus jawab. Aku apa lagi, terus bukak baca dan bulat. Memang tak sempat le nak fikir jawapan aku tu betul ke tak. Aku tanda je. Zup zap zup zap. Pantas gile aku jawab. Tiba2 dah sampai soalan seratus lebih. Ekor mata aku nampak budak sebelah aku ni tengok jam. Aku dari awal tak tengok jam. Sebab aku buat cepat gile kan, jadi aku ingat ada la dalam 10 minit lagi masa tinggal. Skali amek kau. Tinggal 5 minit. Dah le sejuk eak. tengok jam pulak dah nak times up. Apa lagi jantung aku automatik berdegup laju. Heyyy, tak berguna. Terus pembacaan aku macam berserabut sikit. Nasib baik segera dikawal. 

Pastu aku adjust2 lorekan aku, cek aku jawab semua ke tak soklan nye. Pastu dah time up, aku pon keluar. Tak lama pastu, dia panggil masuk. Aku ingat 6 orang je dia panggil rupanya 9 orang. Pastu tengah tunggu sorang budak ni, gi mana ntah dia. Jadi iver nyer suro kitorang perkenalkan diri. Aku jadi orang pertama yang cakap. Aku tak tahu isi apa yang aku kena cakap. Aku cakap la pasal diri aku. Aku cakap nama aku and tempat asal aku. Pastu dia suro aku terangkan pasal diri aku. Aku cakapla semuakan. Nak cakap semua tapi tak sempat sebab dia dah suro orang lain pulak bercakap. Aku baru promo diri aku sikit nih. Grrr. Aku pon berhenti bercakap. 

Pastu aku pon dengar lah budak sebelah aku perkenalkan diri. Macam hafal skrip je aku tengok. Gaya dia cakap memang gaya debator. Jadi taulah aku. Yang tak menahannye, dia cerita pasal family dia. Dia cakap mak ayah dia guru, abang and akak dia pun guru, mengajar kat sekian3 dalam subjek blablabla. Aku pun alamak, kena perkenalkan diri macam tu ke? Tu bukan perkenalkan diri, tu promote famili. Tapi tak pe, aku faham. Kau neves kan. Samalah kita. Jadi bila dia promote dia punya family dia tak sempat nak promote diri sendiri sebab iver nye dah suro berhenti cakap. Pastu sambung la budak2 ni yang lain. Masing2 promote family. Lantak korang lah beb. Aku sendiri pon tak sedar yang aku promo diri aku lelebih. Tak de le lebih sangat. Biasa jer. Masa sesi perkenalan tu, aku sedar yang kat situ ada 2 orang debator. Okey, bonus bagi korang kan sebab pernah jadi debator. Jadi senang nak cilok ayat2 gempak sikit. Aku bab buat ayat lambat sikit. Jadi ayat aku tak berapa nak cantik. Aku mana reti cakap skema. Aku cakap cara aku. Cara sopan la tapi. Bukan gaya debator yang hebat tuh.

Sepatutnya ikut asal group aku 3 orang je yang datang. Tapi dia nak cepat dia sekaliguskan kitorang. Mess up mind set aku je lah sebab aku ingt untuk tengok video je. Rupanya sekali iv. Sesi individu tak ada. Dia bagi tajuk kokurikulum. Perh senang gila tajuk. Tak de yang senang lagi gak nyer. Iver nye suro kitorang terangkan video yang kitorang tengok tadi. Cakap la video tadi menunjukkan aktiviti kokurikulum bla bla bla... Pastu, dia suroh ceritakan pengalaman kami dalam aktiviti koko. Aku cerita pasal camping masa skolah rendah, kawad kaki sekolah, aktiviti gotong royong. Pastu dah la, dia suro tukar orang lain pulak. 

Soalan seterusnya dia suro bincangkan faedah menyertai aktiviti koko. Disebabkan senang laa aku kekeringan idea walaupon senang eak. Tokle nak fikir yang bernas sebab semua dah start cakap. Aku kalau bole nak jadi orang pertama yang cakap, tapi ada yang lebih pantas dari aku. Aku pon biolah dia cakap. Ingat nak cakap orang yang kedua, rupanya ada yang menyambung. Aku dah gulp, isi apa yang aku nak bagi ni nanti. Lepas tu aku cepat-cepat cakap. Aku cakap la aktiviti koko ni penting sebab dapat mengeratkan tali persaudaraan. Sebagai contoh, blablabla... lepastu merapu sikit2 kat sini sebab tak ada ayat, ulang ayat yang sama pon ada. Mula lah lidah berbelit sikit sebab dah tak de ayat. Pastu aku berhenti laa cakap bagi chan kat orang lain.

Soalan seterusnya dia cakap " Kita ada 16 nilai2 murni. Pilih 1". Masing2 pilih. Aku terus cakap AMANAH. Dalam kepala cuba sedaya upaya fikir kerangka ayat. Tapi macam blur jer. Tiba turn aku, aku cakap la. Saya memilih sifat amanah kerana bagi saya kalau tak ada sifat amanah dalam diri, automatik sifat tanggungjawab, kerjasama, bersatu padu, tolak ansur tidak dapat dipupuk dalam 1 kumpulan. Contohnye, ...bla bla bla.... Ntah apa2 contoh ntah aku bagi. Mulut aku yang berkata-kata. Tibai je aku asal aku cakap kan. Tak payah la nak mempertikaikan aku ni asyik cakap ayat yang sama ke apa ke. Isi yang korang bagi pon lebih kurang sama je aku tengok. Aku je yang bagi contoh lain sikit. Korang tak habis2 bagi contoh camping kawad camping kawad. Taula aku kurang pengalaman berkawad. 

Next question. Dah keluar speaking ni, mula lah sesi speaking ni. Iver nyer tanye, speak anything about cocuriculum activities. Perh, bapak dia senang. Aku tunggu siapa yang nak cakap dulu. Nampaknya semua tengah merangka ayat. Aku terus je cakap I want to talk first. Kemain lagi aku. Mana aku dapat keberanian pon aku tak tau le. Aku memang merapu habis larh wa cakap lu. Sebab nervous jadi orang first speaking. Tulah mulut ni gatai noh kan. Otak rangka lain, mulut cakap lain. Ni ayat yang aku cakap, for me activities such as washing dishes, sweeping the floor, planting plants are activities cocuriculum for me because we also can gain our healthy life blablabla Tapi disebabkan aku punya susunan ayat speaking memang broken, mess gile. Padahal boleh cakap banyak sangat. Jadi dalam banyak2 ayat, ayat pertama je okey. Ayat kedua dan seterusnya habis grammer aku langgar. 

Dia tanya lagi, how cocuriculum activities can help you to success in life? Hwah, soalan apakah ini? Apa aku nak jawab nie. Blur giler. Dala tadi merapu. Kalau BM bole le aku mencilok eak. Ini speaking, mana aku nak cari kamus. Aku duduk je diam2, otak memikirkan ayat. Orang lain punya ayat aku tak berapa nak dengar sangat sebab aku nak cari bagaimana?bagaimana? Akhirnya jumpa. Tapi 1 ayat je aku bole buat. Aku cakap macam ni, Activity cocuriculum can help us to apply work ( padahal job, sebab dah berserabut tang tu ) that need outdoor activity at united or university. Nak sambung, tapi sambungan dalam BM je yang aku mampu buat dalam hati. 

Pastu dia tanya selain IPG ada dapat mana2 tak. Aku cakap aku dapat temuduga MARA and matrik Perak. Kat group tu pon ada jugak eak yang dapat matrik Perak. Tak best betul. Tak payah le nak sama ngan aku. Sebab aku harap that was the first and the last aku jumpa korang tau. Korang kan pepandai, korang masuk laa IPTA ke asasi ke. Jangan masuk matrik tau. Tapi tak kesah pon. Terserah. Lepastu dia tanya ada nak tanya apa2 tak sebelum bersurai. Mungkin part yang last tu dia bagi chan kitorang kenapa nak jadi cikgu aku jelaskan lah sejujurnya. Aku cakap sebagai seorang bekas pelajar, saya melihat segelintir guru mempunyai cara pengurusan pembelajaran yang kurang affective. Berdasarkan pemerhatian saya tanggungjawab guru bukan sahaja hanya mengajar malah membantu pelajar memahami sesuatu topik dan subtopik dengan cara yang lebih mudah faham. Bukan semata-mata mengajar berdasarkan nota dan buku rujukan semata-mata. Terutama dalam subjek sains tulen dan add math. Jadi pelajar terpaksa membuat bacaan semuala subjek tersebut di rumah. Lepastu dah stop dah.

Masa tulah aku teringat Cikgu Zarinah. Dialah satu-satunya cingu yang pernah aku jumpa yang sungguh-sungguh mengajar. Even budak2 ni selalu cakap belakang pasal dia pada aku dia la cikgu yang aku betul2 respect. Aku tak tau sebab apa diorang cakap belakang. Cikgu cakap masa belajar kat sekolah ni awak fokus betul2, nanti kat rumah awak asyik nak main aje. Memang betul pon apa yang dia cakap. Lagipon konsep semua dia dah buatkan, tinggal hafal je. Lepastu dia pesan jangan salahkan cikgu kalau cikgu tu tak ajar awak ke apa ke, awak sendiri yang kena bergerak, belajar sendiri. Sebab dia lah aku minat subjek sains ni. Sebab tulah, aku tak nak cikgu tu jadi cikgu sekadar suka2. Tolonglah. Orang yang nak belajar, terutama pelajar yang memerlukan bantuan pemahaman yang lebih mudah sebab bukan semua orang boleh cepat pick up. Lagi2 subjek sains tulen sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris, lagilah lambat nak faham. Ada orang lambat sikit baru nak faham. Macam aku ni. Kena study hard sikit baru boleh nak improve. Ini cakap je lebih. 

Sebab tu sains tulen aku baca dwibahasa. Jawab exam guna BM. Semua ni Cikgu Zarinah yang ajar. Memang betul dalam BM lebih senang memandangkan aku ni BI pon kurang okey. Tak bermakna aku tak bole jawab dalam BI. Boleh jer. Cuma BM lebih selesa. Ada lagi sorang yang sependapat ngan aku. Dia ni kurang bercakap dari tadi. Sepatah dua ayat je dia cakap. Tapi dia sependapat ngan aku. Cikgu ajar laju sebab nak follow silibus lepastu cikgu garang dan sebagainya. Benda ni jugak berlaku kat sekeliling aku. Tak payah nak amek contoh jauh2 sebab yang dekat pon dah ada. Jadi kawan kita lebih suka tanya kita berbanding cikgu. Dia cakap lagi walaupon cara nya lambat, tapi betul. Dia cakap dia suka cara pembelajaran yang santai. Bukan yang macam ni dan macam ni. Nak je aku cakap 'saya setuju sangat dengan pendapat awak'. 

Dan berakhirlah episod temuduga IPG aku untuk tahun ini. Aku dah cuba yang terbaik, tapi ada yang lebih baik daripada aku. Aku cuma nak orang kat sekeliling aku selesa ngan aku. Tapi jangan kau buat aku tak selesa ngan kau sebab kalau kau buat macam tu nanti kau akan tak selesa ngan aku. Jadi, aku akan start buat preparation untuk ke KMPk..KMPk mariiiiiii... tak sabar nak masuk matrik nih. 

Thanks for reading this entry.












3 comments:

Anonymous said...

Hi. So, saudari dapat juga ke IPG? *curious nih

Anonymous said...

hye.. awak dpat ke tak??

IamMawar said...

saya takut laa nak interview-ii ni.